Rabu, 17 Mac 2010

Cerita sana sini... rockers/metalers


Aaahhhh agak lama juga shaqmetal tidak aktif update blog ni, rasanya banyak kerja lain yang perlu dilangsaikan terlebih dahulu. Kerja yang boleh dikatakan penting, perlu dan urgent! Bukan niat untuk mengabaikan ruangan yang menjadi medan untuk shaqmetal berkarya dan meluahkan perasan rock n metal tetapi sesuatu yang lebih berat dan perlu didahulukan diutamakan. Maka serasa macam terabailah pula blog, namun idak sedikitpun tibul perasaan mengabaikan ruangan ini... jauh sekali. Dalam pada itu ketika sibuk dengan urusan dan rutin harian sempat juga bersembang dengan Ali (bekas vokalis Terarosa, XPDC dan Mprie) yang sekarang ini tengah sibuk dengan urusan perniagaannya... maklumlah orang 'bisniss', sentiasa sibuk. walaupun demikian Ali tetap maintain 'bisnis is bisnis' tapi ngan kawan Ali tetap cool n selamba... salute ler bro. Siapa tak kenal Empayar Kita sdn Bhd kalau kat area KL dan kawasan tengah Semenanjung Malaysia hehehe... kira orait juga le tu. Sebenarnya Ali masih aktif dengan pertunjukkan pentas cuma kadang-kadang ruang dan kesempatan itu tidak mengizinkan untuk Ali 'perform'. Ali tetap macam dulu macam yang aku kenal ketiak pertama sekali aku kenal dan ber'geng' dengan Ali. Dan di Trolak, Ali menyumbangkan suara semasa Karnival Jom Ke Felda, Ali bergabung dengan band Cropoh dan juga pada malam kedua konsert Ali bergandingan dengan Lan Kristal. Sentuhan Ali masih kuat dan berbisa dan 'head banging'nya masih ada kelas... hehehehe. Dengar cerita pula Ali nak buat comeback dengan Terarosa... tapi dengan 'line-up' baru... Irtu kata Ali, apapun kita tunggu dan lihat je le...

Itu cerita pasal Ali, cerita pasal bekas sang juara Rentak Juara pula band Aisunam, hari itu tak semena-mena telefon bimbit shaqmetal berbunyi rupanya Fauzi Aisunam telefon. Sekadar nak bertanya khabar kawan-kawan katanya, Terima kasih lah Fauzi... ingat juga kawan-kawan dengan shaqmetal. Shaqmetal juga ingin bertanyakan khabar Aisunam, apa aktiviti terkini mereka. Fauzi kata mereka tetap sibuk dengan pelbagai aktiviti pentas dan juga pelbagai undangan. Dan apa yang menariknya menurut Fauzi mereka kini sedang membuat persiapan untuk ke London dalam bulan April ini nanti. Ini merupakan cerita baru dan menarik dari Aisunam. Tahniah Aisunam, mudah-mudahan Aisunam mampu melebarkan lagi sayap muzik metal Malaysia ke persada antarabangsa. Shaqmetal tumpang gembira dengan berita itu, mudah-mudahan selepas ini makin banyak lagi band tempatan menjengah tirai senario metal antarabangsa. Mmmm banyak lagi yang ingin shaqmetal kongsikan dalam catatan kali ini tapi masa kurang mengizinkan... Artikel lain kita akan kongsikan lagi info terkini mengenai rockers dan metalers tempatan dan antarabangsa... Rock on...!!

Tiada ulasan: