Logo Design by FlamingText.com

Selasa, 5 Januari 2016

Festival Muzik Metal 2016 (Bhg. I)

Antara Festival Muzik Metal 2016.... 


Nepal Deathmetalfest 2016


Nepal Deathmetalfest 2016 akan diadakan di Kathmandu, Nepal pada 22 - 23 Januari 2016.

Untuk festival muzik metal tersebut setakat ini (5 Januari 2016) beberapa band telah bersetuju untuk terlibat membuat persembahan antaranya ialah Asphyxiate, Childwife, Corpse Sick, Defleshed, Dying Out Flame, Grenade, Laash, Nervochaos, Nihility, Rip Off, Rog, Undefined Human,  Sete Star Sept, Meat Train dan Fleshcrawl .


Florida Metal Fest 2016


Florda Metal Fest 2016 dijadualkan akan diadakan di Tampa, Florida pada 30 Januari 2016.

Beberapa nama besar akan turut terlibat antaranya Obituary, Deicide and Corrosion of Conformity, Broken Hope, Generichrist, Madball dan Malevolent Creation


70000 Tons Of Metal 2016 – Heavy Metal Cruise


70000Tons Of Metal 2016 yang akan belayar dari Fort Lauderdale, Fl ke Falmouth, Jamaica pada  4 – 8 Februari 2016.

Antara band yang akan menyertai 70000Tons Of Heavy Metal 2016 ini ialah Ancient Rites, At The Gates, Aura Noir, Belphegor, Carach Angren, Children Of Bodom, Cradle of Filth, Delain, DragonForce, Epica, Firewind, Fleshgod Apocalypse, Gamma Ray, HammerFall, Holy Moses, Iced Earth, Insomnium, Lacuna Coil, Manilla Road, Moonspell, My Dying Bride, Rhapsody of Fire, Rotting Christ, Samael, Sodom, Thyrfing, Tsjuder, Turisas, Tyr dan Visions of Atlantis


Blastfest 2016


Blastfest 2016 akan diadakan di Bergen, Norway pada 17 – 20 Februari 2016.

Antara band yang akan terlibat dalam Blastfest 2016 adalah seperti 1349, Abbath, Arcturus, Audiopain, Blodhemn, Blood Tsunami, Bömbers, Cor Scorpii, Cvlt, Djevel, Dødheimsgard, Endezzema, Execration, Funeral, Gorgoroth, Gravdal, Green Carnation, Hadens, Ihsahn, In The Woods, Inculter, Khold, Krakow, Manes, Mistur, Nekromantheon, Nocturnal Breed, One Head, One Tail, Red Harvest, Reptilian, Slegest, Solefald, Sulphur, Svarttjern, The 3rd Attempt, Throne of Katarsis, Tristania, Troldskugge, Viper Solfa, Virus, Voluspaa dan Vulture Industries



Female Voices Fest 2016


Female Voices Fest 2016 antara nama festival muzik metal yang cukup gah di arena antarabangsa dan tahun 2016 ia akan diadakan di  Live-Club, Bamberg, Jerman pada 19 Februari 2016

Antara band yang akan turut serta setakat ini (5 Januari 2016) ialahBlack Daffodils, Brocelian, Evil,  Iris, Jaded Star, Serenity, Sin,Visionatica, Xandria dan Xiphea.


Netherlands Deathfest 2016


Netherlands Deathfest 2016 akan diadakan di 013, Tilburg, Netherlands pada 26 – 28 Februari 2016.

Antara band yang akan turut serta dalam Netherlands Deathfest 2016 ialah AbigailAgoraphobic, Nosebleed, Antropomorphia, Aosoth, Asphyx, Autopsy, Beheaded, Blasphemy, Blaze Of Perdition, Blind To ,  Bastards, Cruciamentum, Cyness, Darkened Nocturn Slaughtercult, Decimation, Demilich, Disentomb, Disma, Dodecahedron, Doom, Dropdead, Entrails, Entrails  Massacre, Excruciating Terror, Flesh Parade, Gadget, Gruesome, Haemorrhage, Heaving Earth, Infest, Inhume, Interment, Keitzer, Kraanium, Lord Belial, Magrudergrind, Morpheus Descends, Ofermod, Pig Destroyer, Profanity, Putrisect, Razor, Revenge, Sargeist, Severe Torture, Squash Bowels, Teethgrinder,Thanatos, Undergang, Visceral Disgorge, Vitamin X, Wolfbrigade dan Wormed


Metal Over Malta Festival 2016


Metal Over Malta Festival 2016 dijadualkan akan diadakan di Chateau Buskett, Malta pada 18 – 19 Mac 2016.

Bebarapa buha band akan terlibat dalam Metal Over Metal Festival 2016 ialah Martyrium, Septicflesh, The Foreshadowing dan Weeping Silence.


Inferno 2016


Inferno 2016 akan diadakan pada 23 – 26 Mac 2016 bertempat di Rockefeller, John Dee, Oslo, Norway.
Antara band yang akan menyertai Inferno 2016 ialah Abyssion, Blood Red, Throne, Craft, Exodus, Gorguts, Ics Vortex, Marduk, Mayhem, Mork, Nifelheim, Nile, Order, Psycroptic, Thaw dan Vader


Full Metal Mountain 2016


Full Metal Mountain 2016  akan diadakan di Nassfeld, Austria pada 28 Mac – 3 April 2016.

Beberapa band telah tersenarai untuk rurt serta dalam Full Metal Mountain 2016 seperti band Accept, Alkbottle, Avantasia, Beyond The Black, Devil's Train, Dog Eat Dog, Eskimo Callboy, Gamma Ray, Heaven Shall Burn, In Extremo, Korpiklaani, Orden Ogan, Powerwolf, Russkaja dan Sabaton


Ragnarök 2016


Ragnarök 2016 akan berlangsung di  Stadthalle Lichtenfels, Jerman pada 1 – 2  April 2016.

Manakala band yang dijangka akan menyertai Festival Ragnarök 2016 ialah Aeba, Ctulu, Eis, Ensiferum, Gernotshagen, Lantlôs, Rabenwolf, Saturnian Mist, Welicoruss dan Wind Rose.


Isnin, 4 Januari 2016

W.O.A (Wacken Open Air)

W:O:A (Wacken Open Air) 2016



W:O:A (Wacken Open Air) merupakan festival muzik heavy metal tahunan yang diadakan dalam musim panas di sebuah perkampungan kecil Wacken di Schleswig - Holstein, Jerman Utara. Denganlebih 86 ribu pengunjung dari seluruh dunia hadir semasa festival WOA 2011. Festival muzik metal secara terbuka ini mengetangahkan pelbagai sub genre muzik rock metal dan telah menarik pelbagai penggemar sub muzik rock dan metal.
Festival ini pertama kalinya telah diadakan pada tahuh 1990 sebagai satu acara kecil untuk band - band lokal Jerman. Namun ianya telah berkembang menjadi sebuah acara festival muzik metal berstatus dunia apabila WOA telah dihidangkan kepada dunia.Kebiasaannya festival ini diadakan diawal bulan Ogos dan berlangsung selama 3 hari.
Sekadar untuk kita lihat semula penganjuran WOA beriut adalah tarikh - tarikh WOA yang telah diadakan sejak 1990.

                
Tahun

Tarikh

Pentas / Stage


Jumlah Band Terlibat

1990
24 – 25 Ogos 1990
1
6 artis / band
1991
23 – 24 Ogos 1991
1
7 artis / band
1992
21 – 22 Ogos 1992
1
26 artis / band
1993
20 – 22 Ogos 1994
2
42 artis / band
1994
19 – 20 Ogos 1994
2
28 artis / band
1995
19 – 20 Mei 1995
1
33 artis / band
1996
9 – 10 Ogos 1996
1
32 artis / band
1997
8 – 9 Ogos 1997
2
50 artis / band
1998
7 – 8 Ogos 1998
2
79 artis / band
1999
5 – 7 Ogos 1999
4
95 artis / band
2000
3 – 5 Ogos 2000
3
72 artis / band
2001
2 – 4 Ogos 2001
3
81 artis / band
2002
1 – 3 Ogos 2002
3
86 artis / band
2003
31 Julai – 2 Ogos 2003
3
62 artis / band
2004
5 – 7 Ogos 2004
3
60 artis / band
2005
3 – 6 Ogos 2005
4
80 artis / band
2006
2 – 5 Ogos 2006
3
80 artis / band
2007
1 – 4 Ogos 207
3
102 artis / band
2008
30 Julai – 2 Ogos 2008
3
75 artis / band
2009
29 Julai – 1 Ogos 2009
4
100 artis / band
2010
4 – 7 Ogos 2010
6
124 artis / band
2011
4 – 6 Ogos 2011
3
103 artis / band
2012
2 – 4 Ogos 2012
4
142 artis / band
2013
1 – 3 Ogos 2013
4
140 artis / band
2014
31 Julai – 2 Ogos 2014
2
44 artis / band
2015
30 Julai – 1 Ogos 2015
4
153 artis / band
2016
     4 – 6 Ogos 2016*
- *
19 artis / band*


Nota  *tarikh, stage dan artis yang telah dikenal pasti setakat artikel ini ditulis – 4 Januari 2016


W:O:A 2016 dijadualkan akan diadakan pada 4 - 6 Ogos 2016.




Selamat Tahun Baharu 2016

Tahun Baharu 2016 Daripada shaqmetal


Sedar tak sedar hari ini dah masuk hari yang keempat kita menjejakkan kaki kita di dada 2016. Alhamdulillah semuanya sihat dan sejahtera dan mudah-mudahan 2016 ini akan memberikan sesuatu yang lebih mengujakan buat kita semua masyakarat rock dan metal. Yahhhhh.... bagi kita selain daripada keindahan serta kenikmatan yang telah kita kicapi sepanjang 2015 akan menjadi memori indah tetapi azam baharu juga kita sematkan dihati. Mudah - mudahan azam tersebut jangan cuma disematkan dihati tetapi kita harus berusaha untuk mencapainya untuk tahun ini kalaulah azam tahun lepas tidak dapat kita nikmati manisnya.

Bagi rockers dan metalers selain daripada azam semangat dan cita- cita baharu kita juga mengharapkan sangat bunyi dan melodi bagi muzik rock dan metal akan terus menyala garang untuk tahn 2016. Secara peribadinya shaqmetal melihat pada perkembangan industri muzik rock dan metal tempatan yang kian malap harus kita semarakan lagi nyalaan api rock dan metal tempatan. Lihat sahaja perkembangan muzik rock dan metal tempatan sepanjang tahun 2015... semakin layu, dimana silap atau salahnya. Rasa kalau kita jengah gig - gig disetiap ceruk pelusuk negara tercinta ini cukup banyak apatah lagi gig - gig yang terselindung dan tidak uar - uarkan, cukup banyak. Tapi kalau kita lihat pada skala yang lebih besar pada konsert apatah lagi festival muzik rock dan metal, langsung kuncup. 

Dimanakah warga masyarakat rock tempatan? Kemana perginya pemain industri muzik rock dan metal tempatan? Itu yang perlu kita cari jawapan yang mungkin jawapan tidak sahaja ada ataupun tidak ada... tetapi memerlukan jawapan dan penjelasan yang lebih panjang lebar. shaqmetal cuma mampu meluahkannya di sini lantaran inilah ruang yang shaqmetal ada. Bagi peminat, penggemar dan pemain insdustri rock serta metal tempatan ini merupakan satu tamparan yang hebat untuk ditepis dan juga harus di lihat sebaik mungkin bagi meneruskan langkah - langkah gah menelusuri lorong sepanjang 2016 ini.

Apapun shaqmetal tidak mahu bercakap panjang lebar cukuplah sekadar sokongan moral agar apa yang menjadi mimpi ngeri 2015 tidak akan berulang tahun ini. Bagi shaqmetal harapan untuk mendapatkan bunyi, melodi dan hasil terbaharu amat;ah dihargai. shaqmetal bukan sahaja mengimpikan sesuatu yang lebih mengujakan daripada pemain industri diperingkat antarabangsa terutamanya di peringkat lokal. Selamat tahun Baharu 2016 dan selamat berkayra untuk rockers dan metalers semua.

Rabu, 16 Disember 2015

Metalwings

Metalwings – lahir di Sofia.
Sekadar nak berkenalan dengan band symphonic yang berasal dari Bulgaria  ditubuhkan di Sofia pada September 2010. Cerita bermula bila Stela Atanasova yang mempunyai idea  untuk projek menubuhkan sebuah band yang bakal memainkna muzik symphonic metal dan melodic metal dengan vocal opera. Idea tersebut digabungkan dengan suara opera vokalis wanita, keyboard, biola elektrik, kekuatan paluan dram dan gitar bass menjadikan bunyi Metalwings yang unik dan sedap didengar.
Selain Stela Atanasova yang mengilhamkan projek bagi penubuhan band Metalwings, kehadiran gitaris Velislav Uzunov, pemain dram Emo Arsoz, pemain gitar bass Konstantin Uzunov dan kemudian sedikit penyertaan pemain keyboard Angel Kitanov melengkapkan band Metalwings. Apa pun percaturan itu berubah dalam tahun 2013 di mana tempat  gitaris Velislav Uzunov digantikan oleh Boyan Boyadjiev. Setahun kemudian sekali lagi posisi gitar bertukar tangan, dalam tahun 2014 Boyan diganti oleh Grigor Konstadinov. Kemudian memenuhkan lagi senarai ahli band Metalwings dalam tahun 2015, dalam bulan November, Krasto Jordanov menyertai band tersebut sebagai pemain  gitar kedua juga selaku vokalis lelaki.
Perjalanan Metalwings kian rancak dan benar – benar memberi impak pada  tersebut dalam tahun 2011 di mana banyak konsert dan persembahan live melibatkan mereka di Bulgaria. Antara konsert yang amat penting bagi band tersebut ialah Rock Fest in Slivniza 2011; The Fest Rock 2 Night in Route 80 2012; The Fest Rock Revival Cherven Briag  2012; International Motorfest „Night Wolves“  2012 dan 2013; The Rock Fest  Berkstock 2012;  Live show in Kiustendil  - musim panas 2013;  The Power of Rock 3  2013; Polinero Rock Fest 2014; persembahan live dengan band dari Croatia -   AngelSeed - Sofia  2014 . Dalam tahun 2015 Metalwings tampil dengan video muzik rasmi untuk lagu – “Crying of the sun”. Dalam tahun 2015 juga mereka akan mengadakan konsert di kelab yang terbesar di Sofia – Joy Station.
Metalwings unik kerana bunyi bawaan mereka mempunyai naluri dan cita rasa tersendiri dengan memasukkan elemen tersendiri yang lebih spesifik yakni gabungan elemen celtic yang banyak, bunyi muzik yang melodic dan mistik. Metawings hadir dengan tenaga bunyi untuk muzik metal yang mampu menarik minat peminat muzik metal untuk mendengar tenaga, kekuatan dan bunyi simfoni yang mekar serta ada rasa tersendiri. Nikmati muzik bawaan Metalwings dan hayatinya tanpa ada pengaruh bunyi muzik metal dari band lain, ia unik dan sedap di dengar.


Selasa, 8 Disember 2015

Jaga Dari Lena Yang Panjang..

Rock Tetap Rock...




Mungkin itu frasa yang agak tepat untuk Shaq Darkshadow dan secara keseluruhannya shaqmetal ... Baru terjaga dari lena yang panjang... sebenarnya terlalu banyak urusan harian yang perlu dilunaskan sepanjang 2015 sehinggalah ke detik ini. Namun pada nama rock dan metal sebenarnya shaqmetal tidak pernah lupa diri dan sentiasa ditemani oleh rock dan metal cuma ruang dan peluang untuk berkarya dalam ruangan ini sangat - sangat terhad. 
Benar bila rock dan metal sudah sebati dalam diri apa pun yang kita lakukan, dimanapun kita dan genre  muzik apapun yang disumbatkan kepoada kita.... jiwa rock dan metal tidak akan pernah luntur... tidak akan pernah berubah... tidak akan pernah curang... Rock dan Metal tetap bertaktha di hati. Rock dan metal adalah segalanya andai ianya diibaratkan sebagai insan yang sedang bercinta.
Namun dalam ketiadaan shaqmetal berkarya di sini shaqmetal cuba mencari sesuatu yang baharu dan unik dalam aliran - aliran muzik rock yang mengalir deras... jelas rock terus berkembang. Insha Allah untuk seterusnya shaqmetal akan terus cuba mencungkil sedaya shaqmetal untuk kita kongsi di sini.Salam rock dan metal buat rockers dan metalers semua.... Rock on.

Isnin, 27 April 2015

Kylesa

Kylesa... Band Sludge Metal 


Kylesa merupakan band sludge metal yang berasal dari Savanah, Georgia, Amerika Syarikat. Kylesa ditubuhkan dalam tahun 2001 dan mengambil nama Kylesa dari "kilesa mara" iaitu terma dalam agama Budha yang lebih kurang menjelaskan tentang tahap delusi mental.

Muzik Kylesa mengabungkan bunyi experimentalis seperti riff sludge serta elemen psychedelic rock. Mereka juga menguatarakan bunyi muzik yang dipinjam dari elemen crust punk,  psychedelic rock, stoner rock, sludge metal dan indie rock lantas menjadikan sebuah muzik bawaan Kylesa.


Band sludge metal dari Amerika Syarikat ini diangotai oleh Phillip Cope - vokalis dan gitar, Laura Pleasent - vokal dan gitar, Chase Rudeseal - bass, Carl McGinley - dram dan perkusi, Eric Hernandez - dram dan perkusi.

Kronologi dan diskografi Kylesa ;

Album Studio Penuh
Kylesa (2002)
To Walk a Middle Course (2005)
Time Will Fuse Its Worth (2006)
Static Tensions (2009)
Spiral Shadow (2010)
Ultraviolet (2013)

EP
Point of Stillness (2002)
No Ending / 110 degree Heat Index (2004)
Delusion on Fire (2003)
Bacteria Sour double 7 (2004)
Unknown Awareness (2009)

Split Releases
Split with Memento Mori (2002)
Split with Cream Abdul Babar (2003)
Split with Victims (2009)


Anion Effect

Anion Effect Metallers Dari Russia
Sudah agak lama tidak menitip cerita dalam ruangan ini. Alasannya cukup mudah... terlalu sibuk, meskipun demikian shaqmetal tidak pernah lupa pada shaqmetal blogspot dan muzik rock. Namun untuk catatan kali ini shaqmetal ingin berkongsi sedikit info mengenai band agak baharu juga yang ditubuhkan  di Kaliningrad (bekas Konigsberg), Russia iaitu band Anion Effect. Anion Effect ditubuhkan dalam tahu  2013 dan dianggotai oleh Konstantin Galetskiy – vokal, Pavel Pachkunov – gitar, Roman Bazelevich – bass / back vokal dan 

Mikhail Burtovoy – dram / keyboard.
Muzik Anion Effect adalah gabungan dan crossover muzik melodic death metal dengan adunan muzik modern metal. Lirik lagu - lagu mereka dalam bahas Inggeris dan Finland. Dalam tahun 2014 meeka telah merakamkan demo pertama mereka dan mereka juga telah membuat beberapa persembahan di Russia.
Album sulung mereka ini diberi judul Syntyma yang memuatkan 11 buah lagu. Lagu dalam bentuk digital telahpun berada dalam pasaran pada 17 April 2015 di webstore seprti iTunes, amazon, Spotify, Deezer, Google Music, Nokia, Emusic dan banyak lagi. Untuk lebih lanjut dan mengetahui macamana bunyi muzik Anion Effect anda dapatkan sendiri dipasaran.





Selasa, 10 Mac 2015

Winner


 Winner Rock Band Dari Jakarta



Pernah dengar nama Winner Band tak? Winner Band merupakan band pop rock yang ditubuhkan di Jakarta, Indonesia dalam tahun 2009.  Winner Band dianggotai oleh Oly (vokal – sudah keluar dari Winner Band), Dodhly (gitar), Beben (gitar), Icez (bass), Rio (keyboard) dan Posan (drum).
Oly yang tamat kontrak dengan Winner terpaksa meninggalkan Winner dan dikatakan bakal bergerak secara solo untuk meneruskan kariernya sebagai penyanyi. Penganti Oly dikatakan Nova yang telah tampil dengan Winner band untuk album baharu mereka. Untuk album tersebut beberapa single telah dikeluarkan antaranya yang baru dikeluarkan ialah single ketiga mereka iaitu “Telanjangi Dunia” selepas mereka mengeluarkan 2 single terdahulu iaitu “Pusing’ dan “Kesaktianmu”
Berikut antara anggota band Winner
NOVA - Lead vocals (2013 - sekarang)
BEBEN - Rhythm and lead Guitars (2009 - sekarang)
RIO - Keys (2009 - sekarang)
POSAN - Drums (2009 - present)
Ahli terdahulu
Oly – vokalis utama (2009 - 2013)
Doddy - gitar(2009 - 2011)

Maklumat lanjut mengenai Winner band klik di sini https://www.facebook.com/winnerofficial