Logo Design by FlamingText.com

Khamis, 30 Mei 2013

Konsert Thunder In The East...

Konsert Thunder In The East.. Bakal menggegarkan KL


Buat julungkalinya 4 nama besar  serta lagenda dalam muzik rock dan metal Asia bergabung untuk merealisasikan Konsert Thunder In The East yang dijadualkan akan diadakan pada 30 Jun 2013 bertempat di Stadium Merdeka. Bayangkan nama besar seperti Loudness(Jepun), Search(Malaysia), Rusty Blade (Singapura) dan Slank (Indonesia) akan bersatu tenaga untuk menggegarkan Stadium Merdeka pada konsert tersebut. Konsert itu sendiri bakal menjanjikan kehebatan muzik rock, heavy metal, rock n roll era 80an dan bakal juga membangkitkan semangat metal 80an.Memang kita tidak pernah menjangkakan 4 abnd besar ini akan bergabung dibawah 1 konsert dan diadakan di Malaysia, sesungguhnya ini adalah ruang dan peluang untuk rockers dan metalers di Malaysia, negara jiran Singapura dan Indonesia turun padang ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan sendiri penampilan keempat-empat band tersebut nanti.Kesahihan cerita itu telah pun disahkan oleh penganjur konsert tersebut, Clockwork Event yang bertanggungjawab menganjurkannya. Menurut penganjur idea ini hadir dan tercetus daripada  konsert Big Four America yang pernah diadakan di Amerika Syarikat.Kalau dilihat pada band-band tersebut tentang hubngkaitnya dengan konsert ini kungkin band Loudness ada pertaliannya, ingat tak pada album kelima Loudness yang memuatkan lagu-lagu hits seperti Heavy chains, Crazy nights, Run for your life, Like hell dan beberapa buah lagu lagi. Judul album tersebut ialah ‘Thunder In The East’ .Apa pun idea disebalik nama konsert atau penganjuran itu hakikatnya ia adalah dari buah minda penganjur, shaqmetal Cuma sekadar memberi sedikit pandangan peribadi dan info untuk kita kongsi bersama. Yang penting bagi kita warga  serta peminat rock dan metal ini adalah satu penghargaan yang cukup besar buat peminat rock dan metal tanah air meskipun terpaksa membayar harga yang agak mahal untuk menikmatinya. Harga rasanya tidak perlu kita pertikaikan yang penting kalau kitra rasa kita mampu dan berkeinginan terpulanglah pada diri kita sendiri. Untuk makluman kita bersama harga tiket dijual dengan harga RM888 untuk kelas VIP Platinum, RM398 untuk kelas VIP Gold, RM258 bagi kelas VIP Silver dan RM138 untuk tiket kelas biasa.Kita tinjau sedikit info mengenai banmd yang bakal terlibat serta turut membuat penampilan dalam konsert ini nanti untuk kita kongsi bersama infonya.


Cover album Thunder in The East - Loudness (1985)

Loudness
Band yang berasal dari negara matahari terbit ini telah ditubuhkan dalam tahun 1980 oleh gitaris Akira Takasaki dan pemain drum Munetaka Higuchi. Dalam bahasa Jepun nama band ini di sebut ラウドネス Raudonesu (Loudness). Band yang berasal dari Osaka, Jepun ini dianggotai oleh Akira Takasaki – gitar dan backing vokal, Masayoshi Yamashita – bass dan backing vokal, Minoru Niihara – vokalis utama dan Masayuki Suzuki – drum.  Sekadar untuk makluman kita bersama juga salah seorang pengasas Loudness, Munetaka Higuchi telah pun meninggal dunia di Hospital  Osaka City pada 30 Noivember 2008 kerana kanser hati.
Berikut adalah album studio penuh yang telah dirilis oleh band Loudness sehingga kini (sehingga artikel ini di tulis – 30 mei 2013) ; The Birthday Eve (1981), Devil Soldier (1982), The Law of Devil's Land (1983), Disillusion (1984), Disillusion (1984) – versi English,  Thunder in the East (1985), Shadows of War (1986), Lightning Strikes (1986), Hurricane Eyes (1987), Hurricane Eyes (1987) – versi Japun, Soldier of Fortune (1989), On the Prowl (1991), Loudness (1992), Heavy Metal Hippies (1994), Ghetto Machine (1997), Dragon (1998), Engine (1999), Spiritual Canoe (2001),  Pandemonium (2001), Biosphere (2002), Terror (2004), Racing (2004), Breaking the Taboo (2006), Metal Mad (2008), The Everlasting (2009), King of Pain (2010), Eve to Dawn (2011) dan 2012 (2012).
Selain itu Louydness pernah meriliskan juga 3 buah EP, 8 buah abum Live, 17 buah album kompilasi, 25 buah single dan 20 buah video (home video).
 
Gambar lama Kumpulan Search (sekadar hiasan)
Search
Band Search telah dianggap sebagai band lagenda di Malaysia dan telah ditubuhkan dalam tahun 1981 di Johor Baru oleh Yazit (drum), Hillary Ang (gitar), Nasir (bass), Zainal (gitar) dan Amy(vokalis). Band yang masih mampu lagi bertahan hingga ke saat ini telah pun meriliskan sejumlah 25 buah album seperti - Cinta Buatan Malaysia (1985), Langit Dan Bumi (1986), Mentari Merah Di Ufuk Timur (1987), Di Pintu Sepi (1988), Berpaling (1988), Fenomena (1989), Search Live (1989), Karisma (1990), Sepuluh Tahun (1991), Rampage (1992), Double Trouble (bersama band Wings – 1992), Remix EP (1994), Terbaik (1994), Gema Di Timur Jauh (1995), Gema Di Timur Jauh "Unplugged" (1995), Rock 'N' Roll Pie (1996), Rock N' Roll Pie Live N' Loud (1997), Double Trouble 2 (bersama band  Wings – 1998), Bikin Wilayah (bersama  Awie – 1998), Selepas Banjir (1999), Rockestra (2001), Fenomena 2003 (2003), Gothik Malam Edan (2006), Konsert Rock Search Evolusi 2004 (2007), Live at Planet Hollywood (2007)
Selain itu band Search juda pernah meriliskan 19 buah album kompilasi, 11 video (kaset/Vcd/Dvd) dan 12 video muzik. Mereka juga pernah terlibat dalam filem baik sebagai pelakon atau lagu latar seperti filem Kembara... Seniman Jalanan (1986), Rozana Cinta '87 (1987), Kepala Angin (1987), Fenomena (1990), Isabella (1990) dan Rock (2005).



Rusty Blade
Band Rusty Blade merupakan sebuah band Heavy Metal yang berasal daripada Singapura dan mencipta nama di Malaysia. Pada asalnya band ini dianggotai oleh Yantzen (Vokal), Khalid Mubin (Gitar), Mamat (Gitar), Razak (bass) & Zan (Dram). Band Rusty Blade juga diberi gelaran Iron Maiden Singapura oleh pengemar dan peminat muzik metal diSingapura.
Namun menerusi album terakhir mereka, barisan Rusty Blade dianggotai oleh Mazwan(Guitar), Rahman Aziz(Guitar), Lee Space(Drum), Razali(Bass Guitar), J.Yantzen dan Asheed(Vocals). Namun kalau dilihat pada penampilan penuh mereka ketika album Awas dalam tahun 1989 mereka dibarisi oleh Khalid Mobin (Gitar), Md. Noor Hendrix (Gitar), Mann Karen (Bass),  Azizan Abu Bakar (Drum) dan J.Yantzen (Vokal).
Sepanjang penglibatan mereka dalam scene  rock dan metal band Rusty Blade telah pun meriliskan 5 buah album antaranya Ikrar Perwira (1985), Rintangan Hidup Dunia (1986), Berat(1988), Awas (1989) dan Lagenda Putra Fenomena (2012).


Slank
Band Slank merupakan sebuah band yang berasal dari Jakarta, Indonesia. Band ini mulai aktif semenjak 1983 dengan membawa muzik aliran rock. Slank dianggotai oleh Akhadi Wira Satriaji (Kaka), Bimo Setiawan Almachzumi Bim Bim - pemain dram, Mohammad Ridwan Hafiedz Ridho - pemain gitar /keyboard, Ivan Kurniawan Arifin Ivan - pemain gitar bass dan Abdee Negara Abdee - pemain gitar.
Sepanjang pembabitan mereka dalam bidang muzik sejak penubuhannya Slank telah pun meriliskan 16 buah album - 1990 - Suit-Suit....Hehehe (Gadis Sexy), 1991 – Kampungan, 1993 – Piss, 1995 - Generasi Biru, 1996 – Minoritas, 1996 - Lagi Sedih, 1997 – Tujuh, 1998 - Mata Hati Reformasi
1999 – 999, 2001 – Virus, 2003 - Satu Satu, 2003 - Bajakan!, 2004 - Road to Peace, 2005 – Plur, 2006 – Slankisme dan 2007 - Slow But Sure.




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://eekshop.com
5 Aloe vera skin cream is the fact that an important cleanser and for all skin types.