Logo Design by FlamingText.com

Rabu, 15 Mei 2013

Sorronia


Sorronia... Band Symphonic Metal Hungary
Band yang berasal dari Hungary... Sorronia
Sorronia merupakan band symphonic metal yang berasal dari Hungary. Band ini ditubuhkan dari serpihan band Tristana. Boleh dikatakan band Sorronia ini asalnya adalah band Tristana yang menukarkan nama mereka menjadi Sorronia atas beberapa sebab, antara sebab utamanya ialah pertukaran barisan anggota . Menurut vokalis band tersebut, Anna dengan ujudnya Sorronia seakan-akan menjadikan mereka sesuatu yang berlainan dari bunyi progressive seterusnya membawa konsep yang kini mereka terokai. Sama sekali berbeza konsep dari Tristana iaitu menjadi band symphonic metal.
Hasil buah tangan dan material yang dikeluarkan oleh Sorronia agak bersifat peribadi sentuhannya berbandingan dengan band symphonic metal yang lain. Menurut  Anna lagi mereka mereka adalah mengenai kehidupan, tentang perasaan,  kesedihan atau penderitaan, ketakutan dan juga kasih saying. Tambahnya lagi setiap lagu mempunyai mesej yang berbeza kepada setiap individu . Kalau diamati juga bunyi yang dihasilkan oleh Sorronia banyak dipengaruhi oleh muzik klasik, metal dan melodic metal. Bunyi yang agak ketara juga adalah bunyi dan rasa persamaan dengan band seperti Nightwish, Sirenia , Epica, Evanesnce, Within Temptation dan beberapa band lain namun secara totalnya Sorronia adalah Sorronia. Band ini masih lagi terlalu muda usianya, ianya ditubuhkan penghujung 2011 oleh Istvan Biro dan Anna Kiraly.
Sorronia dianggotai oleh
1.   Anna Király (vocalis)
2.   István Biró (keayoardis)
3.   László "Hümér" Szabó (guitaris)
4.   Kevin Beri (bass guitaris)
5.   Kristóf Vízi (drummer)

Tiada ulasan: