Sabtu, 10 Januari 2009
DELAIN - Lahir dari kesengsaraan
Delain adalah salah satu nama yang mulai mekar dan bakal bertapak gah dalam arena muzik metal antarabangsa. Namun kehadiran Delain tampil bukanlah dengan mudah dan sekadar mengisi ruang yang tersedia untuk muzik symphonic metal malah ianya lebih dari itu. Kesengsaraan yang ditempuh sebelum itu telah mematangkan Delain untuk terus bertapak kukuh seperti band metal yang lain dari Nertherland. Delain bukanlah sekadar band yang memainkan muzik untuk suka-suka tetapi berbekalkan kekentalan semangat yang tidak pernah luntur sejak orang kuatnya Martijn Westerholt terjerumus ke dalam dunia metal antarabangsa.
Martijn Westerholt
Martijn Westerholt yang dilahirkan pada 30 Mac 1979 di Zolle, Nertherlands. Mulaberjinak dengan muzik ketika berumur 9 tahun bila dia mula belajar bermain keyboard. Sewaktu umjur Martijn menjangkau 11 tahun, dia belajar bermain piano sehingga umurnya 19 tahun. Sejak itu Martijn sering bermain dengan beberapa band sekolah dan memulakan karya seni secara serius dalam tahun 1997 ketika berumur 17 tahun dengan menganggotai Within Temptation sehinggalah berumur 21 tahun, seterusnya dikeluarkan dari band Within Temptation.
Masa remaja Martijn lebih banyak terisi dengan pelbagai aktiviti seperti menonton wayang, bermain permainan computer, menyelusuri pelbagai genre muzik dan banyak lagi selain belajar bermain peralatan muzik seperti keyboard dan piano.
Latarbelakang sedemikian lebih banyak mempengaruhi dan mendorong Martijn untuk terlibat secara serius dalam bidang muzik. Selain itu dengan penglibatan saudaranya Robert Westerholt (Within Temptation) antara penyebab penting selain latarbelakangnya untuk terlibat dalam bidang muzik dan seterusnya menganggotai Within Temptation pada umur seawal 17 tahun. Itulah detik awal Martijn bergelar sebagai seorang pemuzik sehingga tahun 2001 bila dia terpaksa melangkah keluar dari Within Temptation kerana sakit.
Kebangkitan Delain
Bayangkan anda telah menjadi sebahagian dari band tersebut sejak 5 tahun dan akhirnya bila mula menjadi terkenal dan belum sempat menikmati kemanisan hasil usaha bersama anda perlu meninggalkan band tersebut. Itulah yang telah terjadi kepada Martijn Westerholt, dari tahun 1997 hingga 2001 dia adalah ahli sepenuh masa band Within Temptation antara band metal dari Netherland yang telah berjaya di peringkat antarabangsa. Sementara abangnya, Robert dan rakan-rakan goth rocker Netherland mulai menguasai dunia dengan muzik mereka, Martijn ketika itu dipaksa meninggalkan Within Temptation lantaran dia mengidap penyakit Pfeiffer yang kronik.
Tetapi dia tidak pernah putus asa, sebaik sahaja dia sihat semula dan cukup bertenaga untuk terus bergiat dalam muzik metal dia menulis dan mencipta lagu yang pada mulanya sebagai alasan untuk mengisi masa yang terus berlalu. Tetapi beliau merasakan dia perlu dan mengimpikan untuk bergiat terus dalam dunia muzik yang lebih professional semula Secara perlahan dan pasti, idea untuk projek muziknya mula bertapak dan berkembang bagi membentuk kenyataan muzik Martijn Westerholt
Bagi merealisasikan projek tersebut Martijn menyenaraikan nama pemuzik yang berkebolehan serta terkenal dan mulai menghubungi mereka secara peribadi dengan cara menghantar demo juga membuat panggilan telefon yang akhirnya harapan dia mulai menampakkan keberhasilan untuk sebuah projek bertaraf antarabangsa.
Lantaran itu dia menamakan projek tersebut sebagai Delain, yang diinspirasikan dari kerajaan Delain karya Stephen King – The Eyes of the Dragon.
Delain, sebuah nama baru dalam dunia metal antarabangsa menandatangi perjanjian dalam bulan Julai 2005 dengan Roadrunner Records, sebuah label yang cukup kuat untuk jenama metal, dan ini merupakan rakan yang cukup ideal buat Delain kerana hubungan dan pengetahuan yang luas dalam genre tersebut.
Dengan kata ringkasnya Delain terhasil dari usaha gigih Martijn Westerholt, bekas pemain keyboard band Within Temptation yang juga bersaudara dengan salah seorang pengasas band Within Temptation, Robert Westerholt. Martijn meninggalkan Within Temptation dalam tahun 2001 dan mulai menubuhkan Delain dalam tahun 2002.
Anggota Delain
Untuk melengkapkan Delain dari sebuah projek peribadi menjadi sebuah band yang mantap, Martijn pada mulanya menemui Anne Invernizzi (vokalis), Roy van Enkhuyzen (guitars), Frank van der Meijden (guitars), Martijn Willemsen (bass) dan Tim Kuper (drums).
Namun gandingan tersebut tidak kekal, tempat Anne Invernizzi digantikan oleh Charlotte Wessels, Frank van der Meijden selaku gitaris juga digantikan oleh Ronald Alexander Landa begitu juga dengan Martijn Wilemsem sebagai pamin bass diambil alih oleh Rob van der Loo. Dan Martijn sendiri bermain keyboard juga selaku peneraju Delain.
Selain itu antara nama yang pernah menganggotai Delain ialah bekas anggota band To Elysium dan Seraphim, Ray van Lente (gitar).
Barisan terkini Delain pula terdiri dari Charlotte Wessels (bekas aanggota band To Elysium dan Infernorama) – vokalis, Ronald Alexanda Landa (bekas anggota band Infinite Dawn(Hol)) – gitar dan vokal, Martijn Westerholt (bekas anggota Within Temptation dan Infernorama) - keyboard, Rob van der Loo (bekas ahli band Fifth, Exivious, Freak Neil Inc., Hubi Meisel, Sun Cagrd, Triple 7 dan Soulcather) – bass dan Sander Zoer (belas ahli band Nemesea) – drum.
Charlotte Wessels
Meski pada hakikatnya Delain merupakan sebuah jenama projek namun Martijn dan vokalis berbakat Caharlotte Wessels menjadi tulang belakang kepada band tersebut. Martijn mencipta kebanyakan lagu-lagu untuk album tersebut ditambah dengan vocal Caharlotte yang unik dan berkarekter tersendiri menjadikan Delain tampil dengan identity yang tersendiri. Vokal yang tenang dengan bunyi poppy berbeza dari stail vokal seakan opera yang tinggi serta tipikal untuk genre gothic.
Martijn bertemu dengan Charlotte yang ketika itu berusia 18 tahun melalui peluang yang kebetulan ada didepannya. Lantaran pada ketika itu Martijn belum lagi mencari vokalis dan sekadar menyuruh Charlotte mencipta lirik dan menyumbangkan sebahagian dari vokal yang diperlukan. Tetapi bila Martijn mendengar Charlotte menyanyikan beberapa lagunya ketika dalam studio, beliau terus berkenan dan menawarkan Charlotte untuk menyertai Delain. Peluang yang terbentang didepan mata, Charlotte rebut tanpa berfikir panjang dan mulai detik itu secara rasminya Charlotte menjadi anggota baru Delain.
Charlotte Wessels atau nama sebenarnya Johanna Charlotte Wessels dilahirkan di Zwolle, Netherlands pada 13 Mei 1987. Sebelum menganggotai Delain Charlotte pernah bersama band To Elysium dan menyertai Delain dalam tahun 2005.
Perjalanan Lucidity Delain
Perjalanan jauh dalam arena metal antarabangsa Delain sebenarnya bermula pada Julai 2005, apabila Delain menandatangi perjanjian dengan Roadrunner Records. Selepas itu Delain mula merakamkan album sulung mereka di Jerman, Finland, Sweden dan Nertherland bersama Oliver Phillips dan Martijn sendiri selaku penerbit, di samping itu Stefan Helleblad yang pernah berkerjasama dengan band Opeth, Rammstein dan Dark Funeral turut membantu untuk membuat mixing terakhir projek Lucidity, Delain.
Album sulung Delain, Lucidity menjadi impian dan harapan besar Delain untuk terus melangkah ke arena antarabangsa. Album Lucidity yang sepatutnya dirilis dalam bulan April 2006 telah menghadapi beberapa rintangan sehingga ditunda ke tarikh yang baru iaitu penghujung bulan Mei dan kemudian diubah lagi ke tarikh 21 Ogos. Namun tarikh itu juga tidak manjadi sehingga akhirnya pada 4 September 2006 ia menjadi kenyataan.
Lucidity
Lucidity terhasil dari sumbangan ramai tenaga professional dan pemuzik terkenal seperti Marco Hietala dari Nightwish dan Tarot, Jan Yrlund bekas anggota Lacrimosa untuk gitar, vokalis Leaves’ Eyes dan bekas anggota Theatre of Tragedy, Liv Kristine, vokalis Within Temptation, Sharon den Adel, Ad Sluyter gitaris Epica, bekas vokalis dan gitaris Orphanage, George Oosthoek dan Guus Eikens serta pemain drum God Dethroned, Arien van Weezenbeek.
Keunikan album Lucidity adalah kerana gabungan vokalis yang menarik seperti Liv Kristine dan Marko Hietala untuk lagu day For Ghost dan dengan Charlotte untuk lagu See Me In Shadow. Menerusi lagu No Compliance, vocal distinctive Sharon den Adel bergabung dengan suara garau Marko Hietala manakala bunyi heavy grunt Geoge Oosthoek bergabung dengan suara yang mendamaikan Charlotte untuk satu lagi trak yang lain. Juga gabungan yang cukup menarik ialah untuk lagu The Gathering antara Charlotte dan Marco Hietala.
Meskipun keluasan dan kepelbagaian (diversity) muzik serta vokal dalam album Lucidity, tetapi album itu sendiri telah menjadikan ianya satu paduan yang unik dan indah.
Karekteristik muzik Delain adalah bunyi prominent keyboard, koir yang bombastic dan perubahan temponya ditambah dengan riff gitar yang berat dan ketukan drum yang padat dengan melodi yang cukup hebat menjadikan ianya indah, melankolik dan bertenaga malah muziknya yang euroforik. Selain itu yang menjadikannya lebih menyerlah dan penting ialah perasaan getaran yang ada pada setiap lagu dalam album tersebut.
Mungkin Lucidity juga boleh dikata sebagai pelakuran antara Within Temptation, Nightwish, Epica, Leaves' Eyes dan Orphanage, namun ianya adalah lebih dari itu, Lucidity mempunyai kekuatan dan keunikannya yang tersendiri pada setiap lagunya.
Lucidity, andai diamati dari alunan irama metal, ianya cukup menggetar dan bertenaga namun di sebalik lirik yang diungkapkan dapat telusuri temanya yang lebih terarah pada kesakitan, kepedihan, kesedihan, keinginan, kerinduan dan cinta yang teradun cukup indah menjadikan Lucidity satu hadiah sulung yang cukup indah dan menarik daripada Delain.
Dalam Lucidity juga banyak elemen yang indah termasuk motif keyboard yang atmospheric dan terkandung juga sentimen lama yang indah serta menyenangkan bila didengar. Selain itu komposisi lagu dicipta dengan matang bersama melodi keyboard yang menjadikannya eerie dan seakan dalam persekitaran mimpi yang indah.
Demo ‘Amenity’
Sejak kemunculannya dalam tahun 2001, Delain telah melahirkan demo Amennity dalam tahun 2002. Itu merupakan demo rakaman studio pertama Delain dan dirilis oleh Roadrunner Records yang memuatkan 4 buah lagu antaranya Maniken (Daylight lucidity demo), Predestined lives, Amenity (Silhouette of a dencer demo) dan Forest. Demo inilah yang mula memperkenalkan Delain sehingga lahirlah projek sulung Delain, Lucidity.
Single
Album Lucidity yang dirilis dalam tahun 2006 menyenaraikan sebelas buah lagu dan dua lagu bonus termasuk satu lagu bonus untuk rilis di Jepun sahaja. Untuk album Lucidity, Delain telah mengeluarkan tiga single iaitu Frozen (2007), See Me In Shadow (2007) dan The Gathering (2008).
Single pertama, Frozen di keluarkan pada 21 Mei 2007 itu mengandungi dua buah lagu iaitu Frozen dan (Deep) Frozen serta video klip Frozen.
Dalam tahun yang sama juga single kedua telah dirilis pada 23 Julai 2007. Single See Me In Shadow itu memuatkan empat buah lagu iaitu See Me in Shadow (single edit), Frozen (acoustic version), Silhouette of a Dancer (acoustic version), See Me In Shadow (acoustic version) dan video See Me In Shadow.
Untuk memantapkan lagu Lucidity, Delain mengeluarkan single yang ketiga berjudul The Gathering (2008).
Lagu
Sebagai buah tangan sulung yang cukup membanggakan, Lucidity diterbitkan oleh Oliver Phillips. Lucidity mengandungi tiga belas lagu termasuk satu lagu bonus untuk rilis di Jepun. Antara lagu yang dimuatkan dalam album Lucidity ialah Sever, Frozen, Silhouette of a Dancer, No Compliance, See Me in Shadow, Shattered, The Gathering, Daylight Lucidity, Sleepwalker's Dream, Day For Ghosts, Pristine, (Deep) Frozen (bonus track) dan Silhouette of a Dancer (acoustic) (Bonus track for Japan).
Untuk lagu-lagu dalam album Lucidity Sharon den Adel telah menyumbangkan suara untuk lagu No Compliance, George Oosthoek pula untuk lagu Silhouette of a Dancer, Pristine dan (Deep) Frozen. Liv Kristine pula terlibat dalam lagu See Me vIn Shadow dan lagu Daylight For Ghost manakala Marco Hietala pula untuk lagu Sever, No Compliance, The Gathering, Daylight Lucidity dan Day For Ghost.
Album baru … 2008?
Setelah berhasilnya Lucidity dengan kejayaan yang membanggakan, Delain ingin terus bertapak kukuh dalam arena muzik metal antarabangsa terutamanya sub genre symphonic metal dengan merangka dan merancang untuk mengeluarkan album keduanya dalam tahun 2008. Namun perhitungan itu seakan akan samar lantaran kini 2008 kian menghampiri penghujungnya.
Material untuk album kedua Delain sebenarnya telah dikumpul dan pencarian untuknya bermula penghujung 2007 lagi. Tajuk untuk album tersebut juga masih lagi menjadi tanda tanya namun dua buah lagu yang akan dimuatkan dalam album baru Delain sudah dimain dan dibawa ketika membuat persembahan live. Dua lagu tersebut ialah Stay Forever dan Star Swimming. Untuk album kedua Delain persoalan, apakah resipi yang sama iaitu pengabungan beberapa ahli muzik terkenal dari band-band lain, akan masih digunapakai juga mungkin akan masih diteruskan.
Namun bila diajukan persoalan mengenai album seterusnya Martijn mengatakan yang mereka masih berusaha untuk mendapat material. Tambahnya lagi ianya akan tetap mempunyai pemuzik undangan lantaran itu merupakan sebahagian dari Delain. Martijn menyatakan yang beliau suka berkerja dengan orang yang berbeza kerana ia akan memberikan kejutan dan menjadikan muzik itu sendiri lebih luas/diversity. Apa yang pasti Martijn menjelaskan yang album seterusnya akan lebih kepada penampilan sebuah band. Perancangan untuk album kedua Delain, pemuzik undangan akan tetap ada, namun peranan mereka tidak sebesar semasa projek album Lucidity. Ini bermakna stail yang diketengahkan dalam Lucidity juga tidak akan banyak berubah untuk album kedua. Maka untuk kepastian kehadiran album kedua Delain tetap menjadi tanda Tanya bagaimanakah bunyi sebenarnya.
Untuk sedikit info mengenai album baharu delain rujuk April Rain - Album baharu Delain.
“So I didn't expect anything. I just wanted to make music what concern in my heart that I just love making.” – Martijn Westerholt, Delain.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan