Logo Design by FlamingText.com

Jumaat, 2 Januari 2009

Ad Sluijter (Epica)


Epica satu nama besar dalam dunia muzik symphonic metal dan album The Divine Conspiracy masih lagi hangat dalam pasaran dan mereka telah mengeluarkan single kedua, Chasing the dragon dari album The Divine Conspiracy. Satu lagi lagu yang dimuatkan dalam single tersebut ialah Replica (lagu cover Fear Factor). Single tersebut telah di rilis 27 Julai 2008 yang lalu. Itu bukan cerita utama yang nak Shaq Metal khabarkan, yang sebenarnya begini...

Cerita ini agak lambat kita terima namun ia tetap mengejutkan khasnya peminat Ad Sluijter, gitaris Epica secara peribadi atau Epica itu sendiri tentang pengunduran Ad dari band Epica. Ad Sluijter merupakan antara anggota pengasas band Epica telah menarik diri dari menyertai Epica pada 16 Disember 2008 yang baru lalu. Epica kini tinggal berlima iaitu Mark, Simone, Yves, Coen dan Ariƫn.

Tiada ulasan: