Logo Design by FlamingText.com

Jumaat, 30 Januari 2009

Band Tempatan dan symphonic metal....?

Ada beberapa perkara yang rasanya perlu shaqmetal kongsi dan fikirkan bersama. Dalam masa membelek satu majalah rock tiba-tiba teringat akan satu artikel yang pernah shaqmetal baca dalam majalah rock tempatan majalah Empayar, mengenai sebuah band tempatan yang mengaku mereka membawa aliran muzik atau sub genre symphonic metal.
Kalau begitu pasti dahsyat, band Malaysia main symphonic metal dan pasti bunyinya hebat. Tetapi sayang seribu kali sayang bila shaqmetal dengar dan amati album yang mereka lahirkan tidaklah sehebat bunyi yang dinyatakan. Band tersebut lebih terarah kepada heavy dan muzik bawaan mereka itu banyak kepada bunyi heavy metal berbanding symphonic metal.
Kalau diamati dengan lebih terperinci bunyinya cuma terlalu sedikit elemen yang ada hubung kaitnya dengan symphonic dan power metal. Bagi shaqmetal bunyi sedemikian lebih elok di katakan muzik heavy metal yang ada sedikit elemen power metal. Jauh sekali dari symphonic metal. gaya gitar, pukulan dram dan vokalnya lebih terarah kepada heavy metal dan cuma satu lagu sahaja yang dimasukkan sedikit elemen symphonic metal yakni suara ala-ala choir itupun terlalu sedikit dan selebihnya dimasukan sedikit bunyi keyboard. Kalau nak dikatakan lagu tersebut ada elemen power metal mungkin shaqmetal setuju tetapi bukan symphonic metal.
Band itu sendiripun rasanya tidak layak lagi dikategorikan dalam sub genre power metal apatah lagi symphonic metal lantaran peranan instrumen utama power metal seperti keyboard tidak menyerlah atau tidak bombastik bunyinya. Seperti yang kita tahu selain ketukan drum dan alunan gitar yang berlainan sedikit dari heavy metal, keyboard juga merupakan nadi utama dalam power metal yang boleh menjadi tanda aras bahawa band tersebut dalam aliran power metal.
Janganlah sekadar menyebutkan aliran sub genre yang dianuti sekadar untuk publisiti. Rosak dan kacaulah arena rock kita nanti. Kalau nak bawa muzikm power metal atau symphonic metal biarlah betul-betul pada landasan yang sebenarnya, bukan sekadar gimik sahaja. shaqmetal bukan nak mengata tetapi sekadar ingin meluahkan rasa yang terbungkam dalam hati ini.
Rasanya kalau nak dengar band power metal shaqmetal syorkan dengarlah beberapa band seperti Darkmoor, Kamelot, Magica, Primal Fear, Magic Kingdom, Silent Force, Dream Theatre, Vanishing Point, Rhapsody Of Fire, Moonspell, Avantasia dan banyak lagi. Itu sekadar beberapa contoh, apapun untuk mendengar lagu yang agak best dan power sesekali tu cuba dengar rancangan Rock Selamba di stesen radio MUZIKfm.

2 ulasan:

ieda berkata...

hi shaq..

salute u coz u're deeply into the stream.u know wat u're talking and dis definitely needs u to be truly into it (all the metal stuffs!)tak bole nk kelentong la!

i dont really know all these stuffs but one thing i know,u hv my support!

go dear!!

Umie berkata...

hai shaq..ko to belawai..kan to ga'an tah? kerja gak an kedau?


it's me
umikgadismelanau.blogspot.com