Isnin, 22 Disember 2014

Rock n Roll


Latarbelakang Ringkas Rock
Secara umumnya kita tahu dan sering terbaca atau terdengar yang genre muzik rock antara genre muzik popular yang tidak pernah pudar dimamah waktu. Ia berasal dan dikenali dengan nama  “Rock and Roll” di Amerika Syarikat dalam tahun 1950an dan berkembang kepada  stail dan genre yang lebih luas dan berbeza dalam tahun 1960an dan kemudiannya khasnya di Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Asal Usul Rock n Roll
Rock n Roll berkembang dan didefinisikan sebagai stail muzik di Amerika dalam tahun 1950an meskipun elemen rock n roll telah didapati dalam rakaman rhythm and blues (RnB) seawal 1920an. Diawalnya rock n roll mengabungkan elemen RnB, blues, boogie woogie dan jazz dan ianya juga dipengaruhi oleh muzik folk tradisional, gospel, country dan western

Asal Usul Nama Rock n Roll
Kali pertama perkataan rock and roll diganding/pasangkan dalam rakaman dibuat dalam tahun 1916 iaitu rakaman kerohanian berjudul “The Camp Meeting Jubilee” oleh kuartet yang tidak diketahui nama mereka dikeluarkan oleh Little Wonder Records. Antara liriknya ialah “We’ve been rocking and rolling in your arms / Rocking and rolling in your arms / In the arms of Moses”. Dalam tahun 1922, penyanyi blues Trixie Smith telah merakamkan “My Man Rocks Me (with One Steady Roll)” yang pertama mempersembahkan dua perkataan itu dalam konteks yang sekular. 12 tahun kemudian, iaitu dalam tahun 1934, The Boswell Sisters telah menjadi terkenal dengan “Rock and Roll”.

Walaubagaimanapun untuk bertahun-tahun mungkin seabad sebelum itu, terma rocking and rolling telah digunapakai sebagai terma nautika untuk menyatakan sisi ke sisi dan pergerakan maju kehadapan serta mundur ke belakang sesebuah kapal di lautan. Maksud tersebut juga telah digunapakai metaforikalnya dalam rakaman oleh Buddy Jones “Rockin’ Rollin’ Mama” dalam tahun 1939, “Waves on the ocean, waves in the sea / But that gal of mine rolls just right for me / Rockin’ rollin’ mama, I love the way you rock and roll”.

Terma rocking juga telah digunakan oleh penyanyi gospel di Amerika selatan untuk menyatakan sesuatu yang hampir kepada semangat dan kegembiraan yang keterlaluan. Ironi dan maksud yang berganda menjadi kesedaran yang popular dalam tahun 1947 oleh artis blues Roy Brown’s dengan lagu “Good Rocking Tonight” (yang juga dinyanyikan semula setahun kemudian oleh Wynonie Harris dalam versi yang lebih luas dan liar.) yang mana “rocking” boleh dirujuk sebagai menari tetapi menyembunyikan secara halus dan tidak langsung kepada seks.

Rock n Roll
Rock n Roll buat pertama kalinya digunakan oleh Alan Freed seorang DJ (Disc Jockey) di Cleveland dalam tahun 1951. Yakni ianya diambil dari lagu “My baby rocks me with a steady roll”. Penggunaan perkataan rock, roll, rock and roll dan sebagainya adalah merujuk kepada perilaku seksual.

Rock Dalam erti Kata Penyiaran
Rock dalam ertikata penyiaran boleh dirujuk kepada sebahagian besar muzik popular yang dirakam sejak awal 1950an. Asasnya rock and roll ujud dari pelbagai genre pada akhir 1940an terutamanya ‘jump blues’. Ia buat kali pertamanya dipopularkan oleh penghibur seperti Chuck Berry, Bill Haley, Buddy Holly dan Elvis Presley yang mana mengabungkannya dengan bunyi irama country menjadikannya rockabilly. Bertitik tolak dari pertengahan 1960an band dari Britain mendapat inspirasi dari blues Amerika dan R & B menjadi popular.

Muzik Rock
Akarnya berasal dari rhythm and blues, muzik country, dari tahun 40an dan 50an serta berbagai pengaruh lainnya. Selanjutnya, muzik rock juga mengambil gaya dari berbagai muzik lainnya, termasuk muzik rakyat (folk music), jazz dan muzik klasik.
Bunyi khas dari muzik rock sering berkisar pada riff gitar elektrik atau gitar akustik, dan penggunaan back beat yang sangat ketara pada bahagian rhythm dengan gitar bass, drum, keyboard - seperti organ atau piano dan synthesizer. Disamping gitar atau keyboard, saksofon dan harmonika dengan gaya blues kekadang digunakan sebagai instrumen muzik solo. Dalam bentuk asasnya, muzik rock mempunyai tiga kod, bakcbeat yang konsisten dan menjulang/meninggi dan melodi yang menarik.

Penghujung tahun 60-an dan awal 70an, muzikk rock berkembang menjadi beberapa jenis. Sebagai contoh ringkas muzik rock yang dicampur atau dimasikkan elemen muzik folk, ianya menjadi folk rock, dengan blues menjadi blues-rock dan dengan jazz, menjadi jazz- rock fusion serta banyak lagi. Pada tahun 70an, rock menggabungkan pengaruh dari soul, funk, dan muzik latin, ini terus menjadikan muzik rock berkembang dengan pesat dengankepelbagaian sub genre.
  

Lanjutan dari artikel ini akan dimuatnaik lagi... bersambung.

link asal artikel dari shaqmetal.blogspot

http://shaqmetal.blogspot.com/2008/12/info-rock.html#
http://shaqmetal.blogspot.com/2008/12/info-asal-usul-rock-n-roll.html
http://shaqmetal.blogspot.com/2008/12/info-asal-usul-nama-rock-n-roll_09.html
http://shaqmetal.blogspot.com/2008/12/info-rock-dalam-ertikata-penyiaran.html

Tiada ulasan: