Selasa, 23 Disember 2014

Heavy Metal

Heavy Metal - Cerita Ringkas

Heavy metal atau ringkasnya disebut metal merupakan sub genre muzik rock yang berkembang pesat sejak 1960an dan awal 70an di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Dengan asas akarnya blues rock dan psychedelic rock bagi band yang mencipta heavy metal sebagai aliran muzik mereka akan mengembangkan bunyi tebal, kuat dengan karakter bunyi distorsi amplifier yang kuat/tinggi, solo gitar yang panjang, rentak atau beat yang empatik dan secara keseluruhannya nyaring dan kuat. Stail persembahan dan lirik heavy metal boleh dikatakan sering dikaitkan dengan maskuliniti, kekerasan dan makismo.
Deep Purple, antara band pelopor heavy metal
Black Sabbath, pelopor dan nama besar dalam aliran muzik heavy metal
Antara band heavy metal yang terawal ialah Led Zeppelin, Deep Purple dan Black Sabbath telah menarik perhatian jumlah peminat dan pendengar yang besar meskipun mereka sering kali dikritik. Di pertengahan 1970an, band Judas Priest memacu perkembangan pada evolusi genre muzik heavy metal dengan mengasingkan atau menyingkirkan pengaruh blues manakala, Motorhead memperkenalkan rasa dan pengaruh punk rock dengan menitikberat pada peningkatan speed pada muzik tersebut. Antara band yang mengiringi perkembangan muzik heavy metal ialah  band dalam New Wave of British Heavy Metal (NWBHM) seperti Iron Maiden dan Saxon berada dalam aliran yang sama. Sebelum berakhirnya dekad tersebut peminat heavy metal dikenali dengan “metalheads” atau “headbangers”.
Iron Maiden kesinambungan heavy metal menerusi NWBHM
Beranjak dari dekad 70an, sub genre glam metal pula muncul dalam era 80an. Glam metal mula menjadi sebahagian dari aliran muzik dalam arus perdana dengan kekuatan pengaruh komersialnya band seperti Motley Crue dan Poison mula menular. Manakala suasana di sebelah yang berbeza iaiatu underground scenes menghasilkan rangkaian yang lebih ekstrem, stail yang lebih agresif iaitu sub genre thrash metal mula mengembangkan jalurnya dan terus menular. Band seperti Metallica, Megadeth, Slayer dan Anthrax mula memecah masuk ke dalam suasana arus perdana. Manakala stail lain dari sub genre metal yang paling ekstrem seperti death metal dan black metal kekal dalam fenomena sub budaya underground.

Sejak pertengahan 1990an pula stail yang popular seperti groove metal yang mengabungkan  stail ekstrem metal dengan hardcore juga mula mendapat perhatian seprti band Pantera dikuti pula dengan kehadiran band Slipknot yang membawakan sub genre nu metal yang mengabungkan elemen grunge dan hip hop telah mengembangkan lagi definisi bagi sub genre tersebut.
Saxon antara band yang mula-mula mendominasi NWBHM


Tiada ulasan: