Rabu, 8 Ogos 2012

Info Symphonic metal...

     Bercerita mengenai muzik khasnya rock dan metal tidak akan ada penghujungnya, semakin kita teroka semakin kita rasa ada sahaja yang tertinggal. Menjurus kepada sub genre muzik yang banyak mendorong shaqmetal mentelaah jenis muzik pada asalnya ialah heavy metal kemudian thrash metal, glam metal, symphonic metal, power metal, progressive metal, hardrock, avant-garde, gtohic metal, viking metal dan folk metal. Namun dalam banyak-banyak sub genre yang ada shaqmetal lebih tertarik dan terdorong pada sub genre symphonic metal. Ini adalah kerana komposisi, susunan, gubahan, talaan, adunan dan melodinya yang indah dan menarik serta unik untuk dinikmati lantaran gabungan instrumen angin, string, gendang/dram dengan instrumen tipikal muzik rock menjadikan hasil melodinya cukup indah diselitkan dengan suara wanita (baik soprano atau mezzo) dan juga adakalanya digandingkan dengan suara growl vokalis lelaki. ini menghasilkan bunyi symphonic metal yang terlalu indah untuk dihayati dan dinikmati.
     Symphonic metal kalau kita selidiki dan buat kajian sedikit merupakan terma digunakan untuk menjelaskan tentang muzik heavy metal yang mempunyai elemen symphonic yakni elemen yang dipinjamkan dari genre muzik seperti klasik, progressive rock dan lain-lain tetapi biasanya juga menggunakan lebih bunyi keyboard atau gitar akustik dan tipikalnya menggunakan khidmat vokalis wanita sebagai vokalis utamanya (kebanyakkan band symphonic metal). Biasanya juga vokalis wanita band symphonic metal bersuara lantang baik soprano atau mezzo.
     Meskipun banyak band symphonic metal berasaskan stail mereka yang kuat pada muzik klasikal, lebih epik, stail muzikfilem atau 'movie soundtracks' dan ada juga yang memasukkan elemen teaterikal untuk menjadikan bunyi symphonic metal yang tulen. Sebagai contoh pendekatan yang diambil oleh band Nightwish, Therion, Within Temptation dan sebagainya yang menyelitkan elemen-elemen tersebut.
Pengaruh utama muzik pada symphonic metal ialah gothic metal, power metal dan muzik klasikal. Dalam pada itu juga dewasa ini kebanyakkan band symphonic metal lebih banyak bergantung pada instrumen keyboard dan ianya menjadi titik fokal kepada muzik tersebut. Sementara instrumen lain biasanya dimainkan secara ringkas dan menjadikan bahagian bunyian bagi keyboard menjadi kompleks dan lebih teknikal serta mencabar. Ianya juga biasanya dimainkan dengan banyak kepelbagaian dengan stail klasikal sehingga menjadikan bunyi susuanan orkestra yang penuh.
Dari penetilian secara amnya petikkan alunan gitar dan juga bass bagi stail muzik sebegini akan menjadi tugas yang agak sukar. Untuk menjadikan sebuah bunyi symphonic metal yang lengkap selain bunyi instrumen tema lagu juga perlu diambil kira lantaran ianya juga membawa makna yang tersendiri pada muzik symphonic metal. Selain itu lagu dan liriknya mesti juga sesuai dengan aliran bunyi muzik symphonic metal lantaran semuanya itu akan mencipta mood bagi menghasilkan bunyi yang sesuai dengan atmosfera bunyi serta tema muzik symphonic metal.
     Sebagai rujukan dan untuk kita kongsi bersama dalam ruangan ini, band terawal yang mengetengahkan bunyi symphonic metal ialah band trash metal, Believer untuk lagu "Dies Irae" dalam tahun 1991 yang dimuatkan dalam album Sanity Obscure. Kemudiannya pendekatan operatik sedemikian juga telah diadaptasikan oleh band Therion dan Nightwish.
     Bertitik tolak dari itu lahirlah juga sub genre yang ada pertalian dengan symphonic metal seperti symphonic black metal, symphonic power metal dan symphonic gothic metal. Namun demikian banyak juga sub genre lain telah digabungkan dengan nama symphonic metal yang seringkali digunapakai oleh band-band tertentu. Selain nama symphonic metal ada juga band yang memberi nama, symphonic metal menjadi operatik/opera metal dan beberapa nama lain lagi, apapun ianya tetap symphonic metal.
     Untuk info tambahan mengenai symphonic metal boleh klik pautan ini

2 ulasan:

sedutzone berkata...

nice info bro... minat gak ngan symphonic metal... nice...

Tanpa Nama berkata...

hehehe blend of metal and symphony bro... terbaeekkkk