Ahad, 1 November 2009

TRIMATRA




Band : Trimatra
Muzik : Rapcore
Aktif : 2002

Ahli
She-D - drum
Bambang - bass
Eyyo - gitar dan back-up vokal
Samiez Anelka - programming, loop dan rap
Fairoze - vokal

Discografi
Album

Bising Bising (2002)

Sebut nama TRIMATRA mungkin kita terfikir semula jenis muzik yang mereka bawa yang bunyinya agak pelik waktu itu iaitu dalam tahun 2002. Di Malaysia waktu itu nama seperti nama Linkin Park dan Limp Bizkit belum lagi meletup dan mungkin segelintir insan saja yang kenal akan band itu, namun begitu TRIMATRA sebenarnya sudahpun berada di pasaran arus perdana waktu itu membawa muzik yang seakan Linkin Park atau Limp Bizkit yakni Rapcore, subgenre yang terlalu baru buat halwa telinga masyarakat Malaysia waktu itu. Waktu itu kita masih tidak dapat lagi menerima muzik sedemikian sehinggalah produk Linkin Park dan Limp Bizkit dibawa masuk ke Malaysia barulah pendengar kita mula dapat menikmati muzik sedemikian.

Persoalannya apakah yang diketengahkan oleh TRIMATRA terlalu advance / awal atau terlalu terkehadapan dalam mengetengahkan jenis muzik? Baru sekarang kita sedar yang sebenarnya TRIMATRA telah mendahului kita dalam menjelajah muzik namun kita tidak pernah menghargainya. Kita kurang beri sokon gan pada mereka dazn bila mereka sudah entah kemana barulah kita nak mencari-cari mereka. Nasi sudah menjadi bubur TRIMATRA pun entah ada entah tiada. Namun kita sebenarnya rugi bila kita membiarkan band sbegitu berlalu tanpa sokongan yang kuat.

TRIMATRA yang dianggotai oleh She-D, Bambang, Eyyo, Sameiez Anelka dan Fairoze cuma terdaya tampil dengan album Bising Bising dan mereka terus tiada berita. Album yang diterbitkan oleh Mohalim, bekas anggota band Iklim itu memuatkan 10 buah lagu seperti Bising, Tomahawk, Enigma, Ganggu, Khayalan, Neraca, Trauma, Hidup, Dera dan 13 April.

Menurut penerbit album TRIMATRA, Mohalim, "Album TRIMATRA adalah album melayu tempatan yang berkonsep rock masa kini (waktu itu - 2002) yang memuatkan elemen-elemen hip-hop, techno,ethnic, punk, reggae, metal, hardcore, loop drum dan juga efek bunyi. Gabungan elemen tersebut telah melahirkan TRIMATRA".

Cuma andaikan kalaulah TRIMATRA masih giat memainkan muzik mereka ketika ini pasti mereka seperti juga setanding band rock atau metal yang telah menyinar ketika ini. Sayang mereka yang advance dengan subgenre sebegitu kita telah abaikan... fikirkanlah semula.

6 ulasan:

she-D berkata...

Terima kasih atas komen saudara.
Kami mmg terkilan dgn scene waktu itu.Hampir 5 tahun kami bersama dan sain dgn Rock Record namun hanya 5 tahun terakhir baru kami dpt masuk studio dan mengeluarkan LP kami.Namun kami redha atas ketentuan..mungkin ada hikmah disebalik kejadian.Kami berpecah selepas itu.Kerana masing2 ada komitmen.Eyyo jadi tenaga pengajar di Yamaha,Samaiez jadi sound tecnician,Bambang jadi studio cordinator,Fairuz ingin merakam Album solo,Shidi bekerja di Sebuah Bank.

Tanpa Nama berkata...

Salam... bro ternyata apa yang dihasilkan oleh trimatra sesuatu yg amat baru ketika itu dan mungkin kita masih tidak sedar dan mungkin juga segelintir sahaja dari peminat muzik metal tahu macamana stail muzik Trimatra.... Apapun apakah tiada nawaitu untuk Trimatra reunion semula? Itu adalah persoalan yang mungkin ada dalam kepala segelintir peminat metal?

shaqmetal

Tanpa Nama berkata...

Insyallah kami akan buat reunion tahun depan.nantikan kemunculam kami semula.
u can find me at my facebook under my name she-d trimatra or icementhol@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

yup...band ni mmg aku minat gak...lagi satu mase Trimatra ni wujud time2 Black Maria and Tribe kot...skrg sume pun pas satu album trus hilang...sayang..muzik sume best..cam Black Maria-veto...Tribe-Mata Satu...perggh...

Kream Krakers

Tanpa Nama berkata...

I'm curious to find out what blog platform you're using?
I'm experiencing some minor security issues with my latest website and I would like to find something more safe. Do you have any suggestions?

Feel free to surf to my blog post: cellulite treatment cream

Tanpa Nama berkata...

Salam..
Band ni klu x silap pernah masok dlm juara lagu tp xlame.. So adakh Trimatra masih lagi mnyimpan karya2 korg sbb klu boleh saya nk rekord balik lagu2 trimatra,, Apa2 pon sila contact saya di email ini sekiranya korg sume ad pape maklumat@info..

slay_spike@yahoo.com