Isnin, 30 November 2009

GEMILANG 101-LAGU HANGAT SEPANJANG ZAMAN.


Band Wings


Band Masa Scarecrow


Band Febians


Band Menara


Lagu-lagu retro terbaik...

Fenomena ataupun kegilaan terhadap lagu-lagu rock 80-an serta berirama sentimental ataupun slow rock 90-an masih dirasai kehangatannya. Meskipun ada di antaranya berusia lebih 20 tahun, iramanya tetap akan berkumandang setiap masa.

Tarikan muzik begini adalah dari segi melodi dan bait-bait lirik yang mempunyai aura serta makna yang memberi kesan. Jadi tidak keterlaluan dikatakan, irama rock itu yang lebih sinonim dengan panggilan rock kapak tidak akan luput ditelan zaman. Jika didengar secara sekali lalu, muzik rock kapak adalah berunsur sentimental dan metaforanya berasaskan cinta.

Pemilihan struktur lirik yang kreatif serta muzik yang mendamaikan adalah antara sebab lagu-lagu sebegini masih bertahan. Ada juga lagu-lagu tersebut diberi nafas baru dengan perubahan pada susunan muzik serta ada yang dinyanyikan semula oleh penyanyi baru. Namun irama asal diakui lebih menyengat dan melekat di hati. Buktinya, di mana-mana sahaja seperti pusat karaoke, majlis keraian atau ditujukan kepada yang istimewa, ianya lebih menjadi pilihan.

Tidak begitu adil sekiranya membandingkan aliran muzik kini dan cara penyampaian muzik terdahulu kerana masing-masing mempunyai ikutan dan skor yang tersendiri. Atas pemerhatian dan suasana industri muzik masa kini, muzik 80-an serta 90-an masih lagi bertahan. Sehinggakan ada tertubuhnya stesen radio yang khas untuk muzik-muzik malar segar ini. Oleh yang demikian, nostalgia dan kenangan dapat sentiasa dikenang dan dihayati melalui muzik yang diperdengarkan.

Teknologi canggih untuk memperoleh lagu dengan mudah seperti muat turun lagu daripada internet banyak membantu merancakkan industri hiburan. Namun begitu, tradisi membeli album dalam bentuk CD,VCD ataupun kaset masih belum luput. Peminat boleh membuat pilihan samada mengunjungi kedai-kedai CD ataupun memuat turun sahaja. Kedua-duanya sama membei manfaat dan juga tanda sokongan terhadap artis-artis.

Oleh yang demikian, lagu-lagu ’berhantu’ berkenaan banyak yang diterbitkan semula dalam bentuk kompilasi supaya peminat-peminat dapat memiliki lagu-lagu berkenaan secara ekslusif. Ada baiknya juga menerbitkan album kompilasi kerana tidak semua lagu yang pernah menjadi siulan satu ketika dahulu mudah didapati sama ada melalui cara muat turun mahupun keluaran khas lagu itu sendiri.

Album kompilasi merupakan alternatif bagi memberikan pilihan kepada peminat untuk mendengar variasi lagu. Oleh yang demikian, proses penghasilannya daripada cetusan buah fikiran,pengumpulan bahan dan penerbitan akhir juga perlu mengikuti kehendak pasaran agar menjadi produk yang berkualiti dan mudah mendapat sambutan. Ini adalah bonus selain dapat mendengar lagu kegemaran peminat juga boleh dijadikan koleksi peribadi.

Kebiasaannya, lagu-lagu yang digabung dan diterbitkan semula secara kompilasi adalah dipilih daripada lagu-lagu yang benar-benar bernilai komersial dan mampu menarik minat pengikut setia industri seni tanahair. Jika diteliti dari segi pemilihan artis, kesemuanya adalah artis-artis popular dan kemunculan album kompilasi juga boleh mengubati kerinduan kepada artis-artis tempatan.

Ada diantara kumpulan-kumpulan ini tidak lagi bersama kerana komitmen kepada kehidupan peribadi, peredaran masa dan bergerak sendirian. Sedikit info, Awie yang pernah melengkapi kumpulan Wings sebenarnya sudah lama bergiat secara solo. Lebih dikenali sebagai pelakon sekarang, Awie adalah salah seorang ikon dalam muzik rock walaupun Wings seringkali menghadapi pergolakan semasa zaman kegemilangan mereka. Posisi vokalis yang sering bertukar ganti bukanlah masalah bagi mereka. Buktinya, sehingga kini mereka masih lagi mampu meraih sokongan peminat.

Itulah kuasa dan pengaruh lagu-lagu dan artis zaman slow rock atau rock kapak. Lagu-lagu mereka adalah halwa telinga terbaik dari dahulu hingga kini. Pernah mengungguli carta radio satu ketika dahulu, hari ini pun mereka masih bersaing merebut perhatian peminat di corong-corong radio.

Seiring dengan atmosfera, album Gemilang 101 hadir dengan 101 buah lagu dalam satu album yang sama dan dijual pada satu harga. Semestinya sangat berbaloi untuk dimiliki, terdapat enam keping cakera padat (CD) di dalamnya. Sebanyak 30 buah kumpulan terhebat di Malaysia seperti Wings, Illusi, Olan, Medicine, Dinamik, Ukays, Febians, Massa dan ramai lagi.

Percaturan menggabungkan mereka semua di dalam satu album amat berbaloi kerana ia adalah pakej lengkap lagu-lagu malar segar rock klasik dan pop yang harus dimiliki. Ditambah pula dengan sokongan peminat yang tak pernah hilang, album kompilasi sentiasa menjadi pilihan walaupun seringkali diterbitkan.

Antara senarai 30 artis hebat dan lagu hits dalam album ini adalah seperti Olan dengan Cinta Bandar Tasik Selatan, Febians dengan Penantian, Dinamik dengan Dilema Rindu, Wings dengan Taman Rashidah Utama, Illusi dengan Puisi Cinta, Massa dengan Patahnya Sayap Malam, Meditasi dengan Biar Pedih Kasih Memanjang, Lela dengan Bidadari, Gravity dengan Sinambungan Cinta, Mellisa dengan Cinta Untuk Nabila, Medicine dengan Tika Dan Saat Ini, Gamma dengan Bahang Asmara, Sweet Charity dengan Cinta Dan Cipta, Ukays dengan Kekasihku Di Menara serta Menara dengan Sayang.

Terdapat juga, Kamikaze dengan Pergi Selamanya, Himalaya dengan Junaidah 730, Success dengan Kejam, Cinema dengan Harum Mawar Tanpa Kuntumnya, Lestari dengan Malang, Vagrant dengan Kerana Takdir, Analisa dengan Figura Cinta, Viper dengan Nekad dan Lagenda dengan Hikayat Cinta Kita. Dengarkan saja lagu-lagu berhantu tersebut, pastinya menangkap selera dan menambat jiwa.

Gemilang 101, album kompilasi 30 buah kumpulan dengan 101 lagu slow rock kekal hangat dalam enam CD, setiap satunya menyenaraikan 17 buah lagu hebat. Set CD Box ini telah dirilis di pasaran pada 30 November 2009. Jangan ketinggalan untuk mendapatkan set cd box yang menarik dan himpunan lagu-lagu terbaik retro rock tempatan ini.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bro, klu bole tlg letak full list tajuk lagu dgn kumpulan yg ade dlm album ni. thnx bro.

Tanpa Nama berkata...

ok... i'll update it soon. Tq.

- shaqmetal.

Rockerz0604 berkata...

Album dah sempoi.tapi yang potongnya ada plak cmpur band boboy dgn sup.

Aiman Khusyairi berkata...

Awie

Mohd Hashiran berkata...

Blues lama takkan hilang di Malaysia