Antonio Lucio Vivaldi dilahirkan di Venice, Italy pada 4 March 1678 dan telah meninggal dunia pada 28 July 1741. Beliau adalah seorang pemain violin dan komposer. Vivaldi dikenali sebagai seorang komposer muzik Baroque yang terhebat. Antara hasil karyanya yang teragung ketika itu dan sehingga kini The Four Seasons (Le quattro stagioni - Itali) merupakan set 4 konsert violin oleh beliau yang digubah dalam tahun 1723 dan seterusnya menjadi hasil kerja yang amat hebat dan terkenal dan juga sebagai antara gubahan muzik Baroque yang sangat terkenal dan popular. Hasil karya Vivaldi ini juga turut mempengaruhi dunia rock dan metal antarabangsa. Beberapa ciptaan semula dari hasil karya Vivaldi adalah seperti berikut - contohnya...
* Video dari Youtube ini bukanlah untuk tontonan videonya tetapi adalah untuk audio sahaja.
Rabu, 30 Mac 2011
Ludwig van Beethoven dan Beethoven Symphony No. 5
Ludwig van Beethoven yang dilahirkan di Jerman merupakan seorang pemain piano dan merupakan seorang komposer yang paling berpengaruh, ternama dan terkenal sepanjang masa. Hasil karya agungnya menjadi rujukan dan sanjungan dan ikutan sehingga kini sebagai contohnya - Symphony No. 5 yang dicipta oleh Ludwig van Beethoven dalam tahun 1804 - 1808 merupakan satu ciptaan yang sangat popular juga sebagai gubahan yang paling tersohor muzik klasikal dan juga simfoni yang paling kerap dimainkan.
Ciptaan agung itu turut mempengaruhi dunia rock dan metal. Kita lihat beberapa contoh karya agung Beethoven yang disuntik elemen rock dan metal (sekadar memapar beberapa contoh sahaja).

Jumaat, 18 Mac 2011
Jepun...
Takziah Jepun…
Amaran - Artikel ini tidak ada hubungkaitnya dengan muzik rock dan metal tapi cuma sekadar rasa simpati shaqmetal dengan apa yang terjadi di Jepun sekarang ini.
Payah untuk kita gambarkan menerusi catatan ini, namun video telah kita tonton, berita sudah kit abaca dan dengar begitu juga dengan cerita dari mulut ke mulut, semuanya yang sedih .. cerita tentang kemusnahan… Bro n sis ini bukanlah antara tema atau bait-bait lirik lagu metal tetapi hakikat dan kenyataan yang melanda Jepun ketika ini. Band-band yang berasal dari Negara matahari terbit itu pasti lagi terasa akan musibah itu… Jepun bergegar dek gempa bumi…. Jepun musnah dek tsunami(nama yang Jepun sendiri cipta) dan Jepun(bukan semua negeri atau daerah) yang ditakuti dek loji nuclear meletup dan kadar radiasinya yang merbahaya kepada kehidupan manusia.

Khamis, 10 Mac 2011
Jebat... Amukan Jebat!!
Single Terbaharu Jebat
Nama Jebat sinonim dengan kepahlawanan, keberanian dan ketangkasannya. Jebat antara satu nama dari lima pahlawan Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu dan mungkin mengambil dari aura nama Jebat maka band Jebat juga ditubuhkan. Itu cuma pada jangkaan dan telahan shaqmetal namun dari bunyi material yang dipaparkan Jebat punya aura tersendiri menerusi single pertama mereka ‘Amukan Jebat’. Single yang memuatkan 2 buah lagu itu baru saja diperdengarkan dan antara lagu yang dimuatkan dalam single tersebut ialah ‘Amukan Jebat’ dan ‘Memori Cinta’.
Mendengar pada apa yang dipersembahkan Jebat dalam single tersebut yakni Amukan Jebat , menghamburkan melodi yang keras sesuai dengan tajuk lagu itu sendiri. Apapun Amukan Jebat sekali dengar macam melodi lagu rock dan metal biasa tetapi tiada kelainan yang boleh dibicarakan, namun kalau diamati Jebat masih punya keunikkan tersendiri kalau kita dengan dari riff gitar dan drum serta lenggok dan stail pukulan drum. Lenggokan vokal sedikit menyelamatkan bunyi lagu tersebut namun nafas 80an nya tetap jelas.
Secara keseluruhannya single Amukan Jebat yang memuatkan sebuah lagu fast dan sebuah lagu slow itu masih boleh dinikmati. Untuk lebih tahu dan mengenali Jebat anda kena dengar dan nilai sendiri single terbaharu mereka ‘Amukan Jebat’. Shaqmetal sekadar berbicara mengikut apa yang shaqmetal dengar secara peribadi dan tidak semestinya muktamad. Rock jalan terus dan untuk mengenali Jebat yang dianggotai oleh J-Batt (Gitar l), Karl (Bass), Emmy Killer (Drum), Ujang Dickinson (Vokal) dan Ammet Jebat (Gitar ll) perlulah menikmati sigle mereka dahulu. Lagu yang dimuatkan dalam single Amukan Jebat iaitu Amukan Jebat lagu/lirik : Ujang Dickinson manakala lagu Memori Cinta lagu/lirik : Sham J-Batt.

Isnin, 7 Mac 2011
Queen of metal versi shaqmetal…
Atas pilihan anda setakat beberapa minggu secara online di blog shaqmetal berikut antara vokalis wanita yang menjadi pilihan anda namun secara puratanya dari senarai nama yang agak ramai berikut adalah pilihan anda senarai 10 Queen of metal versi shaqmetal.
1. Sharon Den Adel (Within Temptation)
2. Tarja Turunen (solo / ex-Nightwish)
3. Anette Olzon (Nightwish)
4. Simone Simon (Epica)
5. Sabine Dunser (Elis)
6. Nadejda (Offertorium)
7. Ann Louise (Diablo Swing Orchestra)
8. Sarah Jezebel (Angtoria)
9. Ana Mladiovici (Magica)
10. Heidi Pariainen (Amberian Dawn)
Apapun ini hanyalah sekadar nilai secara rambang dan tidak menyeluruh namun kalau nak dibandingkan dengan undian yang dibuat oleh majalah terkenal antarabangsa dan web atau laman-laman berpengaruh yang lain, hasilnya tidak jauh berbeza. Apapun ini adalah sekadar untuk mengisi ruang yang ada dalam kita hendak memlih band yang mana harus menjadi keutamaan.
Langgan:
Catatan (Atom)