Maria Escarlata dari Mexico
Shaqmetal menemui sebuah lagu daripada Maria Escarlata menerusi youtube
dan terus menikmati lagu tersebut yang membawa kepada pencarian shaqmetal pada nama Maria Escarlata. Siapa Maria escarlata
seorang individu (solo) atau berkumpulan (band), tetap menjadi persoalan. Bila
melihat gambar dalam youtube sah Maria Escarlata adalah sebuah band nama kesahihannya
perlu dibuktikan, apakah Maria Esdcarlata itu benar-benar sebuah band atau
bagaimana. Memang pencariabn itu sesuatu yang memeritkan kadangkala namun bagi mencari
serta memastikan Maria Escarlata itu sebuah band adalah berbaloi. Memang namanya
nama seorang perempuan kebetulan pula suara vokalisnya juga seorang wanita jadi
memang Maria Escarlata itu sebuah band yang ditubuhkan dalam tahun 2003 dan
berasal dari Apatzingan, Michoacán, Mexico.
Maria Escarlata yang begitu aktif sejak penubuhan mereka kini sudah pun
menerbitkan 3 buah album studio penuh
iaitu album El Misterio (2008), El Defasio (2011) dan Lagrimas De Amaor
Y Muerte (2013). Muzik bawaan mereka dikatakan berbaur heavy metal, melodic dan
gothic namun bila mendengar vokal Duan
Marie terpancar vokal sopranonya maka penjelasan mengenai sub genre muzik bawaan
band Maria Escarlata akan shaqmatal perbincangkan lagi selepas ini.
Kita berkenalan dahulu dengan Maria Escarlata yang dianggotai oleh 4
anggota (3 lelaki dan 1 wanita) terdiri daripada Patrick (gitar bass), Sorkin (drums),
Ulisses Mac (gitar), Manuel (keyboard) dan Duan Marie (vocal). Sebelum menyertai dan menunuhkan Maria
Escarlata, Ulisses dan Duan Marie adalah anggota band Anabantha. Ada juga
cerita mengatakan Maria Escarlata merupakan projek solo vokalis Anabantha, Duan
Marie. Biarkan cerita itu, yang pentingnya Maria Escarlata memang ujud dan
telah tampil dengan 3 buah album studio penuh begitu juga dengan Anabantha yang
tetap ujud dengan pembawaannya sendiri namun peranan Duan dan Ulisses juga
tetap pada Maria Escarlata dan Anabantha. Selain dengan band Anabantha, Duan
juga dikaitkan dengan sebuah lagi nama band iaitu ‘Maquiavelia’.
Biarpun demikian fokus catatan
shaqmetal ini ialah Maria Escarlata yang rata-rata lirik lagi mereka dalam bahasa
masyaearat di Mexico. Dari pengamatan lagu dan muzik memang ada unsur gothic
dalam muzik mereka dan yang cukup dimasukkan ialah elemen folk serta melodic
yang menjadikan muzik bawaan Maria Escarlata sedap untuk didengar dilenggokkan
dengan vokal Duan Marie yang lunak serta soprano (sesakali di lontarkan). Kalau
diamati lirik lagu – lagu yang dimuatkan dalam album mereka lebih bertemakan
cinta, kesakitan / keperitan dan perhubungan. Untuk menilaiu sendiri bagaimana
bunyi yang dihasilkan oleh Maria Escarlata anda boleh nikmati lagu-lagu mereka
secara percuma menerusi youtube atau mendapatkan yang asli / original.
Berikut adalam tajuk album dan
lagu yang telah dihasilkan oleh Maria Escarlata ;
Album : El
Misterio
1. El Misterio
2. La Llama de nuestro amor
3. Hechizo de amor
4. Sirena
5. Tu Nombre
6. La Soledad
7. Cuéntame
8. Mar Escarlata (instrumental)
9. El Veredicto
10. Volveré (Bonus track feat.
Interpuesto)
Album : El Desafio
1. El Castigo
2. El Desafio
3. Escucha
4. Chiquitita (Abba cover)
5. Ay Corazon
6. Tu Regazo
7. El Viento
8. Tu Alma Gamela
9. tan Solo Por Amarte
10. ¿A donde van los sueños?
Album : Lagrimas De Amaor Y Muerte
1. Relatos
2. El Color De La Tristeza
3. Alma De Pirata
4. Lágrimas De Amor Y Muerte
5. El Ladrón
6. El Guardián
7. Valiente
8. Maktub
9. Oh Maldición