Logo Design by FlamingText.com
Memaparkan catatan dengan label single. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label single. Papar semua catatan

Jumaat, 7 Mei 2010

Single Terbaharu Blind Guardian - A Voice In The Dark

Blind Guardian sebuah band metal dari Jerman yang telah ditubuhkan pada pertengahan 1980an. Band yang berasal dari Krefeld, Jermany ini lmembawa muzik power metal untuk diketengahkan. Meskipun demikian pengaruh speed metal juga jelas dalam bunyi muzik bawaan mereka. Walaubagaimanapun Blind Guardian merupakan antara band power metal yang sudah dikenali ramai khasnya peminat muzik power metal dan metal amnya.
Itu bukanlah perkara sebenarnya yang nak shaqmetal kongsikan menerusi ruang ini tetapi tentang lagu dan muzik Blind Guardian. Semua sudah sedia maklum yang album terakhir Blind Guardian sudah menemui peminatnya dalam tahun 2006, album A Twist In The Mist. Dan perkhabaran terbaharu dari Blind Guardian ialah buah tangan terbaharu mereka yang mana mereka bakal hadir dengan single terbaharu mereka yang diberi judul 'A Voice In The Dark'. Single yang memuatkan 3 buah lagu itu dijangka akan dirilis pada 25 Jun 2010 di Jerman.Antara lagu yang dimuatkan dalam single tersebut ialah ;
1. A Voice In The Dark
2. You're the Voice
3. War Of Thrones


Selain itu Blind Guardian juga telah merakamkan lagu tema untuk Scared 2 Fallen Angel bagi permainan video RPG. Sebelum ini mereka juga pernah terlibat dalam pembikinan soundtrack fantasy movie - In The Name Of The King : A Dungeon Siege Tale dalam tahun 2006.



Dalam bulan Oktober tahun lalu (2009, Hansi mengeluarkan kenyataan menerusi laman sesawang mereka yang album terbaharu mereka itu berjudul A Storm to Come or Punishment Coming yang akan memuatkan 11 buah lagu. Antara lagu yang bakal dimuatkan dalam album tersebut ialah ;
1. Wheel of Time
2. Valkyries
3. A Voice in the Dark
4. Cry for Tanelorn (Into the Void)
5. Curse my Name
6. The Road of No Release (Pale Reign of Misery)
7. War of the Thrones
8. Control the Divine
9. Sacred
10. Ride Into Obsession
11. You're The Voice

Rabu, 8 Julai 2009

BURNMARK

Single - Sesuatu Yang Pasti.

Ingat lagi pada lagu Secebis rayuan antara lagu yang meletup dalam era kegemilangan rock 80an, maka pasti anda juga ingat pada nama Burnmark. Rasanya bagi otai atau mungkin generasi yang remajanya pada era 80an pasti tahu akan nama Burnmark. Itu ketika kegemilangan Burnmark era 80an, apa pula cerita Burnmark 2009 ini?
Dengan siapnya single Sesuatu yang pasti diharap dapat mengembalikan era kegemilangan Burnmark setelah sekian lama mendiamkan diri. Namun Burnmark 2009 ini tampil dengan Syed Zainal – bass, Din – keyboard, Joe – gitar, Taib – vokal dan Yazit (Search – drum untuk single ini). Single yang memuatkan dua buah lagu iaitu Sesuatu yang pasti dan Dendam cinta tidak menghilang sentuhan Burnmark 80an. Seandainya kita dengar buah tangan terbaru mereka itu masih ada lagi nilai Burnmark 80an. Ini bagi shaqmetal merupakan comeback yang menarik dari Burnmark. Muzik mereka tidak jauh berbeza namun ada penambaikan kalau kita bandingkan Burnmark 80an dengan yang shaqmetal dengar menerusi single Sesuatu yanhg Pasti. Namun secara jujurnya 2 lagu dalam single Sesuatu yang pasti ini sedap untuk didengar terutamanya lagu Sesuatu yang pasti yang mana lagu sebegitu mudah membelai telinga pendengar kita yang sudah terbiasa dengan lagu agak jiwang dan melankolik. Lagu Dendam cinta pula dengan melodi yang agak segar untuk didengar namun kiranya kita nakkan lagu yang lebih berat melodi dan muziknya mungkin lagu Dendam cinta kurang sesuai namun andai digarapkan lagi dengan muzik yang lebih berat bunyinya mungkin lagi terkesan pada jiwa mereka yang sukakan irama yang lebih berat. Apapun kedua-dua lagu dalam single tersebut sedap juga untuk didengar dan mungkin ini satu bonus dari Burnmark setelah sekian lama mendiamkan diri.

JUMP-P

Yang segar dan baru dari JUMP-P

Asal - Pulau Pinang
Ditubuhkan - 2006
Muzik - Power metal

Ahli
Mohd. Redzuan Abdul Aziz (Oney) - vocal
Bard - bass
Rlee - drum
Xul - gitaer
Boy Razak - keyboard

Discografi
Halusinasi (2007)
Single – Mitos saka (2009)
Mitos (2009)

JUMP-P mungkin kurang dikenali dan nama itu tidak segah nama Search, Wings, Lefthanded dan beberapa nama besar lain dalam dunia rock atau metal tempatan namun demikian nama JUMP-P pernah hadir seketika waktu dalam mewarnai muzik rock tempatan. Tetapi sayang penampilan sulung mereka tidak menjadi dan tenggelam begitu sahaja tanpa ada publisiti dan hasil terbitan yang boleh dikongsi bersama oleh warga rock tempatan. Namun itu semuanya cerita lama dan menurut Oney dan Rlee itu biarlah menjadi pengajaran buat mereka agar lebih cermat dan berhati-hati menongkah arus perdana dunia muzik tempatan.
Apa yang dihasilkan dahulu menjadi iktibar buat mereka lantas tampil dengan hasil terbaru yang lebih segar, unik dan berlainan. Boleh dikatakan buah tangan terbaru dari JUMP-P menghidangkan sesuatu yang nyata berlainan baik dari segi konsep dan muzik seterusnya membawa mereka kearah sub genre yang berlainan dari apa yang ada di pasaran waktu ini.
JUMP-P yang membariskan Oney bekas vokalis Lipanbara berdiri selaku penyumbang suara utama bagi JUMP-P selain Bad untuk gitar bass, Rlee – drum dan Xul gitar serta menampilkan Boy Razak selaku pemain keyboard. Apa yang diketengahkan oleh JUMP-P adalah sesuatu yang berlainan dari apa yang telah dihasilkan sebelum ini dan ini merupakan suatu pembaharuan yang cukup dinanti-nantikan dalam arus muzik perdana tempatan.
Menerusi single pertama mereka yang memuatkan dua buah lagu iaitu Mitos Saka dan Moga Sempurna menjayikan sesuatu yang segar dan baru buat pengemar muzik metal tempatan. Menerusi single pertama mereka jelas arah tuju muzik mereka baik menerusi lagu Mitos Saka dan Moga Sempurna yakni lebih menjurus kepada power metal.
Setelah mengamati dan menghayati Mitos Saka ternyata aura dan sentuhan serta arah tuju JUMP-P tidak perlu dipertikaikan lagi yang elemen yang dimuatkan itu membawakan mereka ke arah baru muzik metal tempatan. Power metal yang dipersembahkan terserlah dan begitu jelas serta sukar untuk dinafikan. Mitos Saka memberi satu nafas baru buat JUMP-P untuk terus menongkah arus muzik metal tempatan. Bukan niat untuk memberi ulasan atau komen pada single terbaru JUMP-P namun itulah hakikatnya, JUMP-P punya resipi terbaru yang mampu dihidangkan dengan senyuman untuk pendengar irama metal tempatan. Kalau diamati peranan keyboard cukup jelas dan menarik sebagai satu instrumen dan elemen utama bagi power metal ditambahkan lagi dengan riff gitar yang heavy, menarik dan catchy. Lontaran dan alunan vokal Oney yang sedap dan kedengaran sesuai dengan muzik bawaan mereka menjadikan lagu Mitos Saka sedap dan segar untuk didengar.
Lagu kedua yang dimuatkan dalam single tersebut ialah Moga Sempurna, lagu yang pernah popular dan mengangkat nama Lipanbara suatu ketika dahulu telah diolah semula dengan muzik yang lebih segar, padat, berat dengan kelainan. Intro untuk lagu Moga Sempurna lain dari yang lain, bila mendengarnya kita seolah-olah mendengar irama sebuah ork,estra yang sedap dan cukup membuat kita tertanya-tanya tanpa menunjukkan yang lagu tersebut adalah lagu yang pernah dipopularkan oleh Lipanbara dahulu. Suatu pembaharuan yang baik dari JUMP-P lantaran pada permulaannya elemen symphonic jelas seterusnya mampu menarik lagu tersebut ke medan muzik yang lebih universal yakni symphonic metal tetapi sayang bila semakin menghampiri ke bahagian tengah lagu elemen tersebut mulai hilang dan apa yang dihasilkan pula kembali ke stail muzik tipikal power metal. Elemen symphonic seakan hilang dan cuma dimuatkan semula secara tidak menyeluruh sehinggalah ke penghujung lagu tersebut. Sepatutnya keyboard yang menjadi teras utama dalam penghasilan bunyi instrumen orchestra kian tenggelam menjadikan melodi untuk Moga Sempurna kembali kepada bunyi power metal dengan sedikit elemen symphonic metal di bahagian awalnya. Andai bunyi yang begitu dihasilkan sehingga ke akhir lagu tersebut maka Moga Sempurna akan menjadi lebih menarik dan unik lantas boleh dikatakan sebagai symphonic metal. Apapun percubaan yang cukup berani dan menarik dari JUMP-P patut diberi pujian lantaran ada usaha untuk meletakkan sub genre muzik sedemikian dalam persada muzik metal tempatan.
Kalau kita imbas semula beberapa band yang pernah cuba tampil dengan elemen power dan symphonic metal antaranya Metalasia menerusi lagu Puspasari Penawar Putri yang mengandingkan Ning Baizura, One menerusi lagu Suntikan Durjana, Aisunam menerusi lagu Bisikan selain dan beberapa buah lagu lagi yang boleh dibilang dengan jari. Itulah antara usaha pemuzik metal tempatan dalam membawa kelaianan dalam dunia metal tempatan. Apapun ini bukanlah sesuatu yang baru, sebenarnya kalau kita dengar lagu Amarrah dan lagu Dungun 12 Syawal dari Iklim ternyata elemen-elemen power metal sebenarnya telah sedia ada dalam lingkungan pemuzik rock dan metal tempatan. Persoalan adakah kita sedar atau tidak akan keujudannya sebelum ini? Jelas kita tidak ketinggalan tetapi kita cuma tidak menyedari akan keadaan itu.