Logo Design by FlamingText.com

Rabu, 8 Julai 2009

BURNMARK

Single - Sesuatu Yang Pasti.

Ingat lagi pada lagu Secebis rayuan antara lagu yang meletup dalam era kegemilangan rock 80an, maka pasti anda juga ingat pada nama Burnmark. Rasanya bagi otai atau mungkin generasi yang remajanya pada era 80an pasti tahu akan nama Burnmark. Itu ketika kegemilangan Burnmark era 80an, apa pula cerita Burnmark 2009 ini?
Dengan siapnya single Sesuatu yang pasti diharap dapat mengembalikan era kegemilangan Burnmark setelah sekian lama mendiamkan diri. Namun Burnmark 2009 ini tampil dengan Syed Zainal – bass, Din – keyboard, Joe – gitar, Taib – vokal dan Yazit (Search – drum untuk single ini). Single yang memuatkan dua buah lagu iaitu Sesuatu yang pasti dan Dendam cinta tidak menghilang sentuhan Burnmark 80an. Seandainya kita dengar buah tangan terbaru mereka itu masih ada lagi nilai Burnmark 80an. Ini bagi shaqmetal merupakan comeback yang menarik dari Burnmark. Muzik mereka tidak jauh berbeza namun ada penambaikan kalau kita bandingkan Burnmark 80an dengan yang shaqmetal dengar menerusi single Sesuatu yanhg Pasti. Namun secara jujurnya 2 lagu dalam single Sesuatu yang pasti ini sedap untuk didengar terutamanya lagu Sesuatu yang pasti yang mana lagu sebegitu mudah membelai telinga pendengar kita yang sudah terbiasa dengan lagu agak jiwang dan melankolik. Lagu Dendam cinta pula dengan melodi yang agak segar untuk didengar namun kiranya kita nakkan lagu yang lebih berat melodi dan muziknya mungkin lagu Dendam cinta kurang sesuai namun andai digarapkan lagi dengan muzik yang lebih berat bunyinya mungkin lagi terkesan pada jiwa mereka yang sukakan irama yang lebih berat. Apapun kedua-dua lagu dalam single tersebut sedap juga untuk didengar dan mungkin ini satu bonus dari Burnmark setelah sekian lama mendiamkan diri.

Tiada ulasan: