Blind Guardian sebuah band metal dari Jerman yang telah ditubuhkan pada pertengahan 1980an. Band yang berasal dari Krefeld, Jermany ini lmembawa muzik power metal untuk diketengahkan. Meskipun demikian pengaruh speed metal juga jelas dalam bunyi muzik bawaan mereka. Walaubagaimanapun Blind Guardian merupakan antara band power metal yang sudah dikenali ramai khasnya peminat muzik power metal dan metal amnya. Itu bukanlah perkara sebenarnya yang nak shaqmetal kongsikan menerusi ruang ini tetapi tentang lagu dan muzik Blind Guardian. Semua sudah sedia maklum yang album terakhir Blind Guardian sudah menemui peminatnya dalam tahun 2006, album A Twist In The Mist. Dan perkhabaran terbaharu dari Blind Guardian ialah buah tangan terbaharu mereka yang mana mereka bakal hadir dengan single terbaharu mereka yang diberi judul 'A Voice In The Dark'. Single yang memuatkan 3 buah lagu itu dijangka akan dirilis pada 25 Jun 2010 di Jerman.Antara lagu yang dimuatkan dalam single tersebut ialah ; 1. A Voice In The Dark 2. You're the Voice 3. War Of Thrones
Selain itu Blind Guardian juga telah merakamkan lagu tema untuk Scared 2 Fallen Angel bagi permainan video RPG. Sebelum ini mereka juga pernah terlibat dalam pembikinan soundtrack fantasy movie - In The Name Of The King : A Dungeon Siege Tale dalam tahun 2006.
Dalam bulan Oktober tahun lalu (2009, Hansi mengeluarkan kenyataan menerusi laman sesawang mereka yang album terbaharu mereka itu berjudul A Storm to Come or Punishment Coming yang akan memuatkan 11 buah lagu. Antara lagu yang bakal dimuatkan dalam album tersebut ialah ; 1. Wheel of Time 2. Valkyries 3. A Voice in the Dark 4. Cry for Tanelorn (Into the Void) 5. Curse my Name 6. The Road of No Release (Pale Reign of Misery) 7. War of the Thrones 8. Control the Divine 9. Sacred 10. Ride Into Obsession 11. You're The Voice
Blind Guardian melengkapkan lagi scenario sub genre muzik metal Jerman selain Helloween, Running Wild, Accept, Grave Digger, Sinner, dan Rage. Blind Guardian yang lebih dipengaruhi muzik power metal dan speed metal berasal dari Krefeld, Jerman ditubuhkan dalam tahun 1984. Melihat kepada muzik Blind Guardian dua album awal (album pertama dan kedua) mereka lebih terarah kepada muzik speed metal. Namun dengan kelahiran album ketiga, Tales from the Twilight World, mereka tampil dengan ciptaan muzik yang lebih komplikated dengan mengurangkan bunyi speed metal. Dengan terbitnya album keenam mereka, Hansi Kursch yang merupakan pemain bass gitar telah memberi tumpuan kepada vokal dan seterusnya menjadi vokalis Blind Guardian. Bermula saat itu Blind Guardian mulai memasukkan elemen orkestra yang kuat ke dalam susunan muzik mereka disamping mempebagaikan teknik overdubbing seperti yang sering digunakan oleh band Queen sebelum itu.
Untuk mencipta bunyi epic yang gah dan menyeluruh, Blind Guardian mempergunakan staccato guitars dan double bass drumming yang menjadi karekteristik power metal dengan penggunaan overdubs. Teknik tersebut digunakan sepenuhnya dalam penerbitan album A Night at the Opera.
Menurut Hansi, dengan perubahan tersebut, Blind Guardian boleh dikategorikan sebagai band symphonic speed metal. Memeriahkan lagi dunia metal global Blind Guardian telah mengeluarkan single berjudul Another Stranger In Me dalam tahun 2007. Itu merupakan produk terkini dari Blind Guardian namun sehingga menutup tirai 2008 dan hadir 2009 menghampiri penghujungnya namun berita mengenai album terbaharu Blind Guardian belum juga kedengaran. Walaubagaimanapun mereka telah mengeluarkan video berjudul Sacred dalam tahun 2008, namun video tersebut merupakan video animasi Sacred 2 Fallen Angel yang dimasukkan untuk permainan video.
Ahli terkini Hansi Kürsch – vokal dan bass André Olbrich – lead guitar Marcus Siepen – rhythm guitar Frederik Ehmke – drums, percussion, flute and bagpipes
Discografi Battalions of Fear (1988) Follow the Blind (1989) Tales from the Twilight World (1990) Somewhere Far Beyond (1992) Imaginations from the Other Side (1995) Nightfall in Middle-Earth (1998) A Night at the Opera (2002) A Twist in the Myth (2006)
Dalam era 80an nama band seperti Magica contohnya memainkan muzik klasik metal dengan lirik yang mengisahkan tentang naga. Manakala dalam era 90an ianya akan menjadi seakan-akan Blind Guardian manakala era 2000an persoalannya apakah band seperti itu merujuk kepada Nightwish atau tidak… Namun kalau dilihat ianya adalah satu nama metal yang cukup kuat dan sudah pasti dengan mudah meletakkan nama itu dalam peta metal Eropah serta akan terus memberi panduan kepada citarasa band tertentu seperti Magica itu sendiri.
Melihat pada band dari Romania, Magica mempunyai banyak elemen Nightwish dalam muzik mereka, namun itu bukanlah satu bantahan lantaran setiap seorang dari pendengar akan menerima atau menolak Magica. Apa yang penting ialah untuk melihat ketidaksamaan Magica berbanding dengan band kelahiran Finland itu. Secara amnya yang menarik ialah sebahagian dari cubaan Magica menampakkan keberkesanan dengan mengetengahkan melodic power metal. Terjawab di sini bahawa Magica bukan band celup malah jauh sekali dari identity Nightwish dari cara penampilan, vokal, lagu dan gaya muzik. Mungkin penggunaan keyboard yang banyak dalam setiap lagunya serta penggunaan vokalis wanita membawa persepsi bahawa mereka seakan-akan Nightwish. Muzik melodic power metal bawaan Magica andai diamati amat menyerlah dengan keyboard, solo yang jelas dengan bunyi yang mengalun yang tenang dan sabar serta bermelodi. Contoh terbaik ialah lagu dari album Hereafter – All the waters have the colour of drowning. Apapun kalau menghayati album Hereafter dengan atau tanpa tujuan, penerbitannya adalah lebih mentah dari apa yang diharapkan untuk beberapa buah lagu. Pukulan drum yang bunyinya agak stiff dan keseluruhan penerbitan untuk album itu kurang digilap kehalusannya dan ini mungkin antara faktor yang telah mengaitkan Magica dengan Nightwish. Cuba ingat semula tahun 1997, dengan kelahiran Angels Fall First, Nightwish. Cuma mengandaikan kelahiran album Hereafter enam atau tujuh tahun yang lalu, mungkin kejayaannya adalah terlalu mudah untuk dikecapi, tetapi kini dengan persekitaran sekarang yang banyak dilambakkan dengan muzik sub genre gothic, symphonic dan power metal, adalah sukar untuk di ramal kesudahannya. Sejujurnya andai dihayati dan ditelusuri melodi dan muzik dalam Hereafter adalah lebih kepada power gothic metal. Beralih dari menyentuh tentang album Hereafter dan bunyi sebenar Magica, sedar tak sedar Magica sebenarnya sudah hadir dengan empat buah album dan sebuah video live sejak kehadiran mereka mengisi dunia muzik metal antarabangsa. Magica band yang berasal dari Constanta, Romania di tubuhkan oleh gitaris, Bogdan “Bat” Costea pada tahun 2002 bertunjangkan muzik Power Metal. Magica yang kadangkala muziknya seakan-akan bunyi Power Gothic Metal dan adakalanya juga seperti bunyi Symphonic Power Metal di anggotai oleh Anna Mladinovici – vokalis, Bigdan “Bat” Costea – gitar, Sorin Vlad – bass, 6 Fingers – keyboard dan Hertz – drum. Namun sebelum gandingan yang sedia ada Magica juga pernah dianggotai oleh Adrian Mihai – drum, Viorel Raileanu – keyboard dan Emilian Burcea – gitar. Perjalanan Magica sejak 2002, telah menghasilkan 4 buah album studio antaranya The Scroll of Stone yang dikeluarkan dalam tahun 2002 manakala album Lightseeker dirilis dua tahun kemudian iaitu dalam tahun 2004. Hereafter, album ketiga Magica pula dikeluarkan dalam tahun 2007. Menyusul kemudian album keempat berjudul Wolves and Witches baru dirilis dalam tahun 2008. Menyusur pada trivia penerbitan album Magica dari awal keujudannya dalam tahun 2002, seawal musim bunga, album pertama The Scroll of Stone yang mengisahkan tentang Puteri Alma yang diperdaya oleh kuasa jahat yang menghendaki puteri mencari The Scroll of Stone untuk memusnahkan kekuatan kuasa jahat. Album sulung Magica yang lebih kepada tema epik dan mitos itu diterbitkan di Romania oleh Sigma Records dan diterima baik oleh media meskipun kekurangan dari segi promosi utama ketika itu. Band itu juga telah dinobatkan sebagai the best Newcomer of 2002. Ini telah memberi impak yang cukup besar dalam perjalanan muzik metal Magica yang baru bertapak waktu itu. Dengan berbekalkan gelaran Best Newcomer mereka muncul dengan album kedua dalam jarak waktu yang agak jauh iaitu dalam tahun 2004. Album Lightseeker dilancarkan dalam bulan Oktober 2004. Untuk terus menguatkan lagi jenama Magica, dalam tahun 2006 mereka telah diundang untuk turut serta dalam tour bersama dengan band After Forever. Penerbitan album penuh ketiga Magica, Hereafter meruap umpama mistikal dalam ideology antara berat dan tenang memperlihatkan keajaiban serentak dengan kehadirannya yang menguatkan lagi asas pada muzik bawaan mereka. Pada awal penerbitan album tersebut tampak tidak berapa memberangsangkan tetapi Magica mempunyai sesuatu yang unik, yakni mengetengahkan identity atrocious yang kebanyakan band tak mampu lakukan. Manakala kerja vokal yang dilakukan oleh Ana Mladinovici pada album Hereafter memberangsangkan dan menemukan hala tuju yang mula terarah kepada opera. Muzik yang teradun dengan rif yang cepat serta paduan mid-paced choppers dalam menyeimbangkan keharmonian bunyi seperti semulajadi. Album Hereafter yang dirilis pada 5 November 2007 memuatkan 11 lagu dan menambahkan 2 lagu sebagai untuk Digipack bonus. Menerusi album Hereafter juga mereka telah meriliskan juga 2 video klips iaitu untuk lagu "All Waters Have the Colour of Drowning" dan "Engtangled". Susulan dari album tersebut dalam tahun 2008 Magica mengeluarkan satu lagi album studio penuh yang diberi judul Wolves and Witches yang telah dirilis pada 28 November 2008 oleh AFM Records. Album keempat Magica ini memuatkan 10 buah lagu dan sebuah lagi bonus. Antara lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ialah Don’t wanna kill, They stole the sun, Hold on tight, Hurry up ravens, Maiastra, dark secret, Just for 2 coins, Until the light is gone, Chitaroptera, Mistreess of the wind dan lagu bonus In the depths of the lake. Menghayati lagu-lagu dalam album Wolves and witches tidak susah untuk kita mengenali band ini lantaran bunyi melodi, muzik dan vokal serta lagunya tidak jauh beza dari album Hereafter. Seakan-akan ada persamaan bunyi dan lagu yang dimuatkan dalam album Hereafter dan Wolves and Witches, mungkin ini adalah trade mark mereka sendiri untuk memperkenalkan Magica serta cuba mengalih tanggapan sesetengah orang yang mneyatakan Magica itu juga seakan-akan Nightwish. Maka dengan kehadiran album terbaru mereka itu Magica boleh berdiri dengan label, stail vokal, muzik serta lagu mereka sendiri. Dan peminat Nightwish, Edenbridge dan After Forever akan mempunyai satu lagi pilihan untuk band yang membawa muzik yang boleh dikategorikan antara symphonic – power – gothic – melodic metal.
Yang segar dan baru dari JUMP-P Asal - Pulau Pinang Ditubuhkan - 2006 Muzik - Power metal Ahli Mohd. Redzuan Abdul Aziz (Oney) - vocal Bard - bass Rlee - drum Xul - gitaer Boy Razak - keyboard Discografi Halusinasi (2007) Single – Mitos saka (2009) Mitos (2009) JUMP-P mungkin kurang dikenali dan nama itu tidak segah nama Search, Wings, Lefthanded dan beberapa nama besar lain dalam dunia rock atau metal tempatan namun demikian nama JUMP-P pernah hadir seketika waktu dalam mewarnai muzik rock tempatan. Tetapi sayang penampilan sulung mereka tidak menjadi dan tenggelam begitu sahaja tanpa ada publisiti dan hasil terbitan yang boleh dikongsi bersama oleh warga rock tempatan. Namun itu semuanya cerita lama dan menurut Oney dan Rlee itu biarlah menjadi pengajaran buat mereka agar lebih cermat dan berhati-hati menongkah arus perdana dunia muzik tempatan. Apa yang dihasilkan dahulu menjadi iktibar buat mereka lantas tampil dengan hasil terbaru yang lebih segar, unik dan berlainan. Boleh dikatakan buah tangan terbaru dari JUMP-P menghidangkan sesuatu yang nyata berlainan baik dari segi konsep dan muzik seterusnya membawa mereka kearah sub genre yang berlainan dari apa yang ada di pasaran waktu ini. JUMP-P yang membariskan Oney bekas vokalis Lipanbara berdiri selaku penyumbang suara utama bagi JUMP-P selain Bad untuk gitar bass, Rlee – drum dan Xul gitar serta menampilkan Boy Razak selaku pemain keyboard. Apa yang diketengahkan oleh JUMP-P adalah sesuatu yang berlainan dari apa yang telah dihasilkan sebelum ini dan ini merupakan suatu pembaharuan yang cukup dinanti-nantikan dalam arus muzik perdana tempatan. Menerusi single pertama mereka yang memuatkan dua buah lagu iaitu Mitos Saka dan Moga Sempurna menjayikan sesuatu yang segar dan baru buat pengemar muzik metal tempatan. Menerusi single pertama mereka jelas arah tuju muzik mereka baik menerusi lagu Mitos Saka dan Moga Sempurna yakni lebih menjurus kepada power metal. Setelah mengamati dan menghayati Mitos Saka ternyata aura dan sentuhan serta arah tuju JUMP-P tidak perlu dipertikaikan lagi yang elemen yang dimuatkan itu membawakan mereka ke arah baru muzik metal tempatan. Power metal yang dipersembahkan terserlah dan begitu jelas serta sukar untuk dinafikan. Mitos Saka memberi satu nafas baru buat JUMP-P untuk terus menongkah arus muzik metal tempatan. Bukan niat untuk memberi ulasan atau komen pada single terbaru JUMP-P namun itulah hakikatnya, JUMP-P punya resipi terbaru yang mampu dihidangkan dengan senyuman untuk pendengar irama metal tempatan. Kalau diamati peranan keyboard cukup jelas dan menarik sebagai satu instrumen dan elemen utama bagi power metal ditambahkan lagi dengan riff gitar yang heavy, menarik dan catchy. Lontaran dan alunan vokal Oney yang sedap dan kedengaran sesuai dengan muzik bawaan mereka menjadikan lagu Mitos Saka sedap dan segar untuk didengar. Lagu kedua yang dimuatkan dalam single tersebut ialah Moga Sempurna, lagu yang pernah popular dan mengangkat nama Lipanbara suatu ketika dahulu telah diolah semula dengan muzik yang lebih segar, padat, berat dengan kelainan. Intro untuk lagu Moga Sempurna lain dari yang lain, bila mendengarnya kita seolah-olah mendengar irama sebuah ork,estra yang sedap dan cukup membuat kita tertanya-tanya tanpa menunjukkan yang lagu tersebut adalah lagu yang pernah dipopularkan oleh Lipanbara dahulu. Suatu pembaharuan yang baik dari JUMP-P lantaran pada permulaannya elemen symphonic jelas seterusnya mampu menarik lagu tersebut ke medan muzik yang lebih universal yakni symphonic metal tetapi sayang bila semakin menghampiri ke bahagian tengah lagu elemen tersebut mulai hilang dan apa yang dihasilkan pula kembali ke stail muzik tipikal power metal. Elemen symphonic seakan hilang dan cuma dimuatkan semula secara tidak menyeluruh sehinggalah ke penghujung lagu tersebut. Sepatutnya keyboard yang menjadi teras utama dalam penghasilan bunyi instrumen orchestra kian tenggelam menjadikan melodi untuk Moga Sempurna kembali kepada bunyi power metal dengan sedikit elemen symphonic metal di bahagian awalnya. Andai bunyi yang begitu dihasilkan sehingga ke akhir lagu tersebut maka Moga Sempurna akan menjadi lebih menarik dan unik lantas boleh dikatakan sebagai symphonic metal. Apapun percubaan yang cukup berani dan menarik dari JUMP-P patut diberi pujian lantaran ada usaha untuk meletakkan sub genre muzik sedemikian dalam persada muzik metal tempatan. Kalau kita imbas semula beberapa band yang pernah cuba tampil dengan elemen power dan symphonic metal antaranya Metalasia menerusi lagu Puspasari Penawar Putri yang mengandingkan Ning Baizura, One menerusi lagu Suntikan Durjana, Aisunam menerusi lagu Bisikan selain dan beberapa buah lagu lagi yang boleh dibilang dengan jari. Itulah antara usaha pemuzik metal tempatan dalam membawa kelaianan dalam dunia metal tempatan. Apapun ini bukanlah sesuatu yang baru, sebenarnya kalau kita dengar lagu Amarrah dan lagu Dungun 12 Syawal dari Iklim ternyata elemen-elemen power metal sebenarnya telah sedia ada dalam lingkungan pemuzik rock dan metal tempatan. Persoalan adakah kita sedar atau tidak akan keujudannya sebelum ini? Jelas kita tidak ketinggalan tetapi kita cuma tidak menyedari akan keadaan itu.