Band Roxx (Indonesia)
Band yang asalnya dari gabungan 2 buah band dan mengikuti
aliran muzik heavy metal(glam) telah
diubah konsep dan identiti mereka secara total oleh Arry Yanuar selaku
ketua band, dari band glam metal menjadi thrash metal yang lebih terarah untuk
memainkan lagu – lagu cover daripada band seperti Metallica, Anthrax, Death
Angel dan sebagainya. Dari perubahan itu jugalah sekali lagi Roxx antara band
pelopor untuk generasi dan pergerakan muzik underground di Indonesia.
Dalam mencari tapak untuk terus berdiri gah dalam industry muzik
rock dan metal Indonesia Roxx melangkah dengan gagah seterusnya tersenarai
dalam senarai 10 band di Festival Rock
se-Indonesia di akhir tahun 1980an. Dari situ Roxx terus mara ke mara hadapan
dengan menghasilkan lagu hits mereka yang berjudul Rock bergema yang mana ia juga
digunakan sebagai lagu tema untuk
program muzik di sebuah stesen radio di Indonesia.
Daripada Festival Rock tersebut dalam tahun 1989 yang mana
Roxx telah menjadi naib juara dan langsung membuahkan hasil single hits pertama
mereka – Rock bergema yang juga dimuatkan dalam album Kompilasi Festival Rock
Log Zhelebour 1989.
Roxx melonjak naik
dengan album sulung mereka, album Roxx (album Hitam) dalam tahun 1992
memuatkan lagu – lagu hits seperti Rock bergema, Penguasa, Gontai, Gelap, Price
dan 5 cm. Menerusi album tersebut juga Roxx telah menempatkan diri mereka
sebagai sebuah band yang pertama meneroka pasaran antarabangsa yang mana jenama
Roxx telah dibawa oleh Polygram International ketika itu.
Dalam menghala arah popularity Rox turut digoncang badai
apabila salah seorang ahlinya Trison berhijrah ke band EdanE
selepas meriliskankan album Roxx (album Hitam) dan album Nol bersama Roxx.
Namun nasib Trison kurang menyerlah bersama EdanE apabila dia dikeluarkan
daripada EdanE dalam tahun 2003 dan kembali bersama Roxx.
Album kedua Roxx berjudul Nol dirilis dalam tahun 1995, yang
memuatkan hits single Air mata hewan, Putri Matahari dan lagu Muak. Pada
rilisan album ini Roxx sekali lagi mengalami sedikit perubahan pada formasi
ahlinya iaitu Tony – bass digantikan oleh Didik, ini kerana Tony terpaksa melanjutkan pelajarannya ke Jerman.
Menerusi album ketiga Roxx yang berjudul Bergema Lagi telah dirilis
dalam tahun 2004. Album tersebut memuatkan hits single seperti lagu Dari dulu,
Babi ngepet dan Yang tersisih. Dengan rilisan album sekali memperlihatkan
sekali lagi Tony hadir dan kembali ke posisi asalnya dalam Roxx selaku pemain
bass, manakala peranan Iwan – gitar, digantikan dengan gitaris tambahan, Didi
Crow. Namun akhirnya Didi Crow juga adalah ahli tetap Roxx.
Bagi album keempat Roxx yang berjudul Retake, yang
bekolaborasi dengan Majalah Rolling Stone Indonesia sebagai pengedar, ini juga
sebagai penanda eksistensi ROXX di arena muzik rock dan metal di Indonesia. Mini album yang memuatkan
beberapa hits single mereka yang terdahulu dan sebagai kronologi perjalanan
karier ROXX sejak tahun 1987, menghadiahkan lagu-lagu kompilasi terbaik yang
pernah dihasilkan oleh ROXX iaitu:
Gontai, Rock Bergema, Babi Ngepet, Air Mata Hewan, Penguasa & 5 Cm.
Dalam tahun 2013, Roxx merilis album EP terbaru iaitu Jauh
dari Tuhan. Album ini memuatkan 10 buah lagu termasuk 4 buah lagu live seperti Cekson
(Live), Dari Dulu (Live), Muak (Live), Jauh dari dan Tuhan (Live) manakala lagu
– lagu rakaman studio pula ialah Aku Bukan Sepak Bola, Ambil Nyawaku, Jauh dari
Tuhan, Toa Maut, Menang dan Beraninya di Belakang.
Sebagai band yang cukup aktif sejak awal penubuhannya Roxx, terkini
dianggotai oleh Trison, Jayaroxx, Tony, Didi Crow dan Raiden.
Diskografi
1. Roxx
(Album Hitam) – 1992
2. Nol
- 1994
3. Bergema
Lagi - 2004
4. Retake
5. Jauh
dari Tuhan – 2013
Bagi
mendapatkan info dan maklumat lanjut tentang perlembangan dan aktiviti terkini
Roxx anda boleh ikuti link berikut untuk fb https://www.facebook.com/roxx666 manakala link ini untuk twitter Roxx https://twitter.com/Roxx_Official
Tiada ulasan:
Catat Ulasan