Logo Design by FlamingText.com

Selasa, 8 Disember 2015

Jaga Dari Lena Yang Panjang..

Rock Tetap Rock...




Mungkin itu frasa yang agak tepat untuk Shaq Darkshadow dan secara keseluruhannya shaqmetal ... Baru terjaga dari lena yang panjang... sebenarnya terlalu banyak urusan harian yang perlu dilunaskan sepanjang 2015 sehinggalah ke detik ini. Namun pada nama rock dan metal sebenarnya shaqmetal tidak pernah lupa diri dan sentiasa ditemani oleh rock dan metal cuma ruang dan peluang untuk berkarya dalam ruangan ini sangat - sangat terhad. 
Benar bila rock dan metal sudah sebati dalam diri apa pun yang kita lakukan, dimanapun kita dan genre  muzik apapun yang disumbatkan kepoada kita.... jiwa rock dan metal tidak akan pernah luntur... tidak akan pernah berubah... tidak akan pernah curang... Rock dan Metal tetap bertaktha di hati. Rock dan metal adalah segalanya andai ianya diibaratkan sebagai insan yang sedang bercinta.
Namun dalam ketiadaan shaqmetal berkarya di sini shaqmetal cuba mencari sesuatu yang baharu dan unik dalam aliran - aliran muzik rock yang mengalir deras... jelas rock terus berkembang. Insha Allah untuk seterusnya shaqmetal akan terus cuba mencungkil sedaya shaqmetal untuk kita kongsi di sini.Salam rock dan metal buat rockers dan metalers semua.... Rock on.

Isnin, 27 April 2015

Kylesa

Kylesa... Band Sludge Metal 


Kylesa merupakan band sludge metal yang berasal dari Savanah, Georgia, Amerika Syarikat. Kylesa ditubuhkan dalam tahun 2001 dan mengambil nama Kylesa dari "kilesa mara" iaitu terma dalam agama Budha yang lebih kurang menjelaskan tentang tahap delusi mental.

Muzik Kylesa mengabungkan bunyi experimentalis seperti riff sludge serta elemen psychedelic rock. Mereka juga menguatarakan bunyi muzik yang dipinjam dari elemen crust punk,  psychedelic rock, stoner rock, sludge metal dan indie rock lantas menjadikan sebuah muzik bawaan Kylesa.


Band sludge metal dari Amerika Syarikat ini diangotai oleh Phillip Cope - vokalis dan gitar, Laura Pleasent - vokal dan gitar, Chase Rudeseal - bass, Carl McGinley - dram dan perkusi, Eric Hernandez - dram dan perkusi.

Kronologi dan diskografi Kylesa ;

Album Studio Penuh
Kylesa (2002)
To Walk a Middle Course (2005)
Time Will Fuse Its Worth (2006)
Static Tensions (2009)
Spiral Shadow (2010)
Ultraviolet (2013)

EP
Point of Stillness (2002)
No Ending / 110 degree Heat Index (2004)
Delusion on Fire (2003)
Bacteria Sour double 7 (2004)
Unknown Awareness (2009)

Split Releases
Split with Memento Mori (2002)
Split with Cream Abdul Babar (2003)
Split with Victims (2009)


Anion Effect

Anion Effect Metallers Dari Russia
Sudah agak lama tidak menitip cerita dalam ruangan ini. Alasannya cukup mudah... terlalu sibuk, meskipun demikian shaqmetal tidak pernah lupa pada shaqmetal blogspot dan muzik rock. Namun untuk catatan kali ini shaqmetal ingin berkongsi sedikit info mengenai band agak baharu juga yang ditubuhkan  di Kaliningrad (bekas Konigsberg), Russia iaitu band Anion Effect. Anion Effect ditubuhkan dalam tahu  2013 dan dianggotai oleh Konstantin Galetskiy – vokal, Pavel Pachkunov – gitar, Roman Bazelevich – bass / back vokal dan 

Mikhail Burtovoy – dram / keyboard.
Muzik Anion Effect adalah gabungan dan crossover muzik melodic death metal dengan adunan muzik modern metal. Lirik lagu - lagu mereka dalam bahas Inggeris dan Finland. Dalam tahun 2014 meeka telah merakamkan demo pertama mereka dan mereka juga telah membuat beberapa persembahan di Russia.
Album sulung mereka ini diberi judul Syntyma yang memuatkan 11 buah lagu. Lagu dalam bentuk digital telahpun berada dalam pasaran pada 17 April 2015 di webstore seprti iTunes, amazon, Spotify, Deezer, Google Music, Nokia, Emusic dan banyak lagi. Untuk lebih lanjut dan mengetahui macamana bunyi muzik Anion Effect anda dapatkan sendiri dipasaran.





Selasa, 10 Mac 2015

Winner


 Winner Rock Band Dari Jakarta



Pernah dengar nama Winner Band tak? Winner Band merupakan band pop rock yang ditubuhkan di Jakarta, Indonesia dalam tahun 2009.  Winner Band dianggotai oleh Oly (vokal – sudah keluar dari Winner Band), Dodhly (gitar), Beben (gitar), Icez (bass), Rio (keyboard) dan Posan (drum).
Oly yang tamat kontrak dengan Winner terpaksa meninggalkan Winner dan dikatakan bakal bergerak secara solo untuk meneruskan kariernya sebagai penyanyi. Penganti Oly dikatakan Nova yang telah tampil dengan Winner band untuk album baharu mereka. Untuk album tersebut beberapa single telah dikeluarkan antaranya yang baru dikeluarkan ialah single ketiga mereka iaitu “Telanjangi Dunia” selepas mereka mengeluarkan 2 single terdahulu iaitu “Pusing’ dan “Kesaktianmu”
Berikut antara anggota band Winner
NOVA - Lead vocals (2013 - sekarang)
BEBEN - Rhythm and lead Guitars (2009 - sekarang)
RIO - Keys (2009 - sekarang)
POSAN - Drums (2009 - present)
Ahli terdahulu
Oly – vokalis utama (2009 - 2013)
Doddy - gitar(2009 - 2011)

Maklumat lanjut mengenai Winner band klik di sini https://www.facebook.com/winnerofficial

Selasa, 23 Disember 2014

Heavy Metal

Heavy Metal - Cerita Ringkas

Heavy metal atau ringkasnya disebut metal merupakan sub genre muzik rock yang berkembang pesat sejak 1960an dan awal 70an di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Dengan asas akarnya blues rock dan psychedelic rock bagi band yang mencipta heavy metal sebagai aliran muzik mereka akan mengembangkan bunyi tebal, kuat dengan karakter bunyi distorsi amplifier yang kuat/tinggi, solo gitar yang panjang, rentak atau beat yang empatik dan secara keseluruhannya nyaring dan kuat. Stail persembahan dan lirik heavy metal boleh dikatakan sering dikaitkan dengan maskuliniti, kekerasan dan makismo.
Deep Purple, antara band pelopor heavy metal
Black Sabbath, pelopor dan nama besar dalam aliran muzik heavy metal
Antara band heavy metal yang terawal ialah Led Zeppelin, Deep Purple dan Black Sabbath telah menarik perhatian jumlah peminat dan pendengar yang besar meskipun mereka sering kali dikritik. Di pertengahan 1970an, band Judas Priest memacu perkembangan pada evolusi genre muzik heavy metal dengan mengasingkan atau menyingkirkan pengaruh blues manakala, Motorhead memperkenalkan rasa dan pengaruh punk rock dengan menitikberat pada peningkatan speed pada muzik tersebut. Antara band yang mengiringi perkembangan muzik heavy metal ialah  band dalam New Wave of British Heavy Metal (NWBHM) seperti Iron Maiden dan Saxon berada dalam aliran yang sama. Sebelum berakhirnya dekad tersebut peminat heavy metal dikenali dengan “metalheads” atau “headbangers”.
Iron Maiden kesinambungan heavy metal menerusi NWBHM
Beranjak dari dekad 70an, sub genre glam metal pula muncul dalam era 80an. Glam metal mula menjadi sebahagian dari aliran muzik dalam arus perdana dengan kekuatan pengaruh komersialnya band seperti Motley Crue dan Poison mula menular. Manakala suasana di sebelah yang berbeza iaiatu underground scenes menghasilkan rangkaian yang lebih ekstrem, stail yang lebih agresif iaitu sub genre thrash metal mula mengembangkan jalurnya dan terus menular. Band seperti Metallica, Megadeth, Slayer dan Anthrax mula memecah masuk ke dalam suasana arus perdana. Manakala stail lain dari sub genre metal yang paling ekstrem seperti death metal dan black metal kekal dalam fenomena sub budaya underground.

Sejak pertengahan 1990an pula stail yang popular seperti groove metal yang mengabungkan  stail ekstrem metal dengan hardcore juga mula mendapat perhatian seprti band Pantera dikuti pula dengan kehadiran band Slipknot yang membawakan sub genre nu metal yang mengabungkan elemen grunge dan hip hop telah mengembangkan lagi definisi bagi sub genre tersebut.
Saxon antara band yang mula-mula mendominasi NWBHM


Isnin, 22 Disember 2014

Rock n Roll


Latarbelakang Ringkas Rock
Secara umumnya kita tahu dan sering terbaca atau terdengar yang genre muzik rock antara genre muzik popular yang tidak pernah pudar dimamah waktu. Ia berasal dan dikenali dengan nama  “Rock and Roll” di Amerika Syarikat dalam tahun 1950an dan berkembang kepada  stail dan genre yang lebih luas dan berbeza dalam tahun 1960an dan kemudiannya khasnya di Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Asal Usul Rock n Roll
Rock n Roll berkembang dan didefinisikan sebagai stail muzik di Amerika dalam tahun 1950an meskipun elemen rock n roll telah didapati dalam rakaman rhythm and blues (RnB) seawal 1920an. Diawalnya rock n roll mengabungkan elemen RnB, blues, boogie woogie dan jazz dan ianya juga dipengaruhi oleh muzik folk tradisional, gospel, country dan western

Asal Usul Nama Rock n Roll
Kali pertama perkataan rock and roll diganding/pasangkan dalam rakaman dibuat dalam tahun 1916 iaitu rakaman kerohanian berjudul “The Camp Meeting Jubilee” oleh kuartet yang tidak diketahui nama mereka dikeluarkan oleh Little Wonder Records. Antara liriknya ialah “We’ve been rocking and rolling in your arms / Rocking and rolling in your arms / In the arms of Moses”. Dalam tahun 1922, penyanyi blues Trixie Smith telah merakamkan “My Man Rocks Me (with One Steady Roll)” yang pertama mempersembahkan dua perkataan itu dalam konteks yang sekular. 12 tahun kemudian, iaitu dalam tahun 1934, The Boswell Sisters telah menjadi terkenal dengan “Rock and Roll”.

Walaubagaimanapun untuk bertahun-tahun mungkin seabad sebelum itu, terma rocking and rolling telah digunapakai sebagai terma nautika untuk menyatakan sisi ke sisi dan pergerakan maju kehadapan serta mundur ke belakang sesebuah kapal di lautan. Maksud tersebut juga telah digunapakai metaforikalnya dalam rakaman oleh Buddy Jones “Rockin’ Rollin’ Mama” dalam tahun 1939, “Waves on the ocean, waves in the sea / But that gal of mine rolls just right for me / Rockin’ rollin’ mama, I love the way you rock and roll”.

Terma rocking juga telah digunakan oleh penyanyi gospel di Amerika selatan untuk menyatakan sesuatu yang hampir kepada semangat dan kegembiraan yang keterlaluan. Ironi dan maksud yang berganda menjadi kesedaran yang popular dalam tahun 1947 oleh artis blues Roy Brown’s dengan lagu “Good Rocking Tonight” (yang juga dinyanyikan semula setahun kemudian oleh Wynonie Harris dalam versi yang lebih luas dan liar.) yang mana “rocking” boleh dirujuk sebagai menari tetapi menyembunyikan secara halus dan tidak langsung kepada seks.

Rock n Roll
Rock n Roll buat pertama kalinya digunakan oleh Alan Freed seorang DJ (Disc Jockey) di Cleveland dalam tahun 1951. Yakni ianya diambil dari lagu “My baby rocks me with a steady roll”. Penggunaan perkataan rock, roll, rock and roll dan sebagainya adalah merujuk kepada perilaku seksual.

Rock Dalam erti Kata Penyiaran
Rock dalam ertikata penyiaran boleh dirujuk kepada sebahagian besar muzik popular yang dirakam sejak awal 1950an. Asasnya rock and roll ujud dari pelbagai genre pada akhir 1940an terutamanya ‘jump blues’. Ia buat kali pertamanya dipopularkan oleh penghibur seperti Chuck Berry, Bill Haley, Buddy Holly dan Elvis Presley yang mana mengabungkannya dengan bunyi irama country menjadikannya rockabilly. Bertitik tolak dari pertengahan 1960an band dari Britain mendapat inspirasi dari blues Amerika dan R & B menjadi popular.

Muzik Rock
Akarnya berasal dari rhythm and blues, muzik country, dari tahun 40an dan 50an serta berbagai pengaruh lainnya. Selanjutnya, muzik rock juga mengambil gaya dari berbagai muzik lainnya, termasuk muzik rakyat (folk music), jazz dan muzik klasik.
Bunyi khas dari muzik rock sering berkisar pada riff gitar elektrik atau gitar akustik, dan penggunaan back beat yang sangat ketara pada bahagian rhythm dengan gitar bass, drum, keyboard - seperti organ atau piano dan synthesizer. Disamping gitar atau keyboard, saksofon dan harmonika dengan gaya blues kekadang digunakan sebagai instrumen muzik solo. Dalam bentuk asasnya, muzik rock mempunyai tiga kod, bakcbeat yang konsisten dan menjulang/meninggi dan melodi yang menarik.

Penghujung tahun 60-an dan awal 70an, muzikk rock berkembang menjadi beberapa jenis. Sebagai contoh ringkas muzik rock yang dicampur atau dimasikkan elemen muzik folk, ianya menjadi folk rock, dengan blues menjadi blues-rock dan dengan jazz, menjadi jazz- rock fusion serta banyak lagi. Pada tahun 70an, rock menggabungkan pengaruh dari soul, funk, dan muzik latin, ini terus menjadikan muzik rock berkembang dengan pesat dengankepelbagaian sub genre.
  

Lanjutan dari artikel ini akan dimuatnaik lagi... bersambung.

link asal artikel dari shaqmetal.blogspot

http://shaqmetal.blogspot.com/2008/12/info-rock.html#
http://shaqmetal.blogspot.com/2008/12/info-asal-usul-rock-n-roll.html
http://shaqmetal.blogspot.com/2008/12/info-asal-usul-nama-rock-n-roll_09.html
http://shaqmetal.blogspot.com/2008/12/info-rock-dalam-ertikata-penyiaran.html

Isnin, 19 Mei 2014

Divided We Fall... Dream Crusher - 2014

Album Sulung Divided We Fall... 2014


Bertitik tolak dari keinginan dan percaya pada kemampuan diri, Lee Mulcahy, Matthew Nicholls dan Philippa Rickets telah menerbitkan ‘acoustic cover’ untuk lagu seperti  End of heartache (Killswitch Engage) dan lagu Machines (Biffy Clyro) itu telah membawa kepada penerbitan  EP. Bermula dalam tahun 2011, Divided We Fall dan terus menongkah perjalanan mencari tapak yang terbaik untuk terus bertapak dalam arena metal antarabangsa. Sehingga pada suatu ketika dalam tahun 2012 setelah menemui Jake Libretto yang bermain dram semasa rakaman EP mereka dalam tahun yang sama. Sejak EP mereka diterbitkan nama Divided We Fall kian popular maka keperluan untuk barisan penuh pemuzik adalah perlu bagi mereka. Dengan audition yang telah dibuat dan sedikit perubahan anggota Divede We Fall kini lengkap dengan 5 orang anggota bandnya iaitu Lee Mulcahy, Matthew Nicholls, Philippa Rickets, Tomm Walker dan Aaron Pointon.
Dengan gabungan 5 anggota tersebut mereka mulai bergerak dan banyak terlibat dalam pelbagai  gig termasuk Midlands Metal Heads ‘Brides Of Metal’. Mereka juga banyak menyokong  dan membuat persembahan bersama band ternama seperti GloryHammer, Azylya, Apparition, Seduce The Heaven dan beberapa nama besar lainnya. 2014 cukup memberi impak yang besar buat Divided We Fall lantaran album sulung mereka akan diriliskan. Rakaman untuk album tersebut telah siap dirakam dan proses mixing dalam bulan April 2014. Dengan penampilan sulung tersebut mereka juga telah berpeluang untuk tampil sebaris dengan band ternama lain dalam festival metal seperti Metal Female Voice Fest dan juga bakal tampil dalam Valkyrian Festival November ini.
Divided We Fall yang membariskan anggota seperti Philippa Ricketts (Vokalis), Matt Nicholls (Gitar), Lee Mulcahy  (Keyboard), Tom Walker (Dram) dan Aaron Pointon (Bass). Album sulung Divided We Fall berjudul Dream Crusher telah diriliskan pada 10 Mei 2014. Album sulung tersebut memuatkan 10 buah lagu seperti berikut ;
1. Dreamcrusher
2. Revenge
3. Haunted
4. Dream My Life Away
5. A Date With Darkness
6. Until I Win
7. This Ship Has Sailed
8. Escaping Wonderland
9. Fight For Love
10. Departure

Rabu, 9 April 2014

Sraight To Your Face...

Straight To Your Face  - Round 5 Mempersembahkan....
  Bandaraya Kuching di Sarawak, Malaysia tidak pernah kurang daripada membuka gelanggang gig, mini konsert atau persembahan pentas bagi penggiat muzik rock dan metal baik melibatkan band - band tempatan ataupun antarabangsa. Tambah mewarnai senario itu "Straight To Your Face - Round 5" akan berlangsung esok 10 April 2014 bertempat di Dewan DBNA, Jalan Ong Tian Swee, Kuching.
   Antara band yang akan mempersembahan kehebatan masing - masing esok (artikel ini ditulis 9 April 2014) ialah band Kylesa(Amerika Syarikat), Eternal Rest (Australia), Sacwrath, Azure For Janne, Satisfactory, Kurasa Kuasa, Militant Attack, Cousin Of Death dan Search And Destroy. Apapun menurut penganjur yang sempat shaqmetal temui petang kelmarin memaklumkan yang band Skeletonwitch tidak dapat menyertai STYF 5 lantaran menarik diri di saat-saat akhir atas sebab yang tidak dapat dielekkan.
Anggota band Kylesa yann bakal menggeggarkan STYF 5
     Bagi peminat band - band yang telah dinyatakan dan anda yang minat akan gig atau persembahan sebegini boleh mendapatkan tiket dengan harga RM40 (pre-sale) dijual sebelum persembahan daripada pihak penganjur. Manakala tiket yang dijual dipintu masuk pada hari yang sama berharga RM60 (door)
     Bagi peminat yang nak tahu lebih lanjut lagi mengenai STYF 5 anda boleh klik link FB ini bagi mendapatkan gambaran yang lebih lanjut https://www.facebook.com/STYFEVENT?fref=ts Bagi menyemarakkan lagi senario rock dan metal tempatan Rock Jer... SARAWAKfm akan mengadakan kuiz yang bermula kelmarin. Kuiz yang memberikan hadiah berupa tiket untuk menyaksikan persembahan malam esok. Ikuti Rock Jer.. SARAWAKfm dari jam 10 malam hingga 12 tengah malam setiap hari dari Isnin hingga Jumaat.
     Bagi yang ingin mendapatkan kepastian dan maklumat lanjut mengenai STYF 5 anda boleh berhubung terus dengan penganjur Thorn Wire Records untuk maklumat tiket ataupun informasi lain.
Wajah ceria anggota band Eternal Rest akan turut beraksi di STYF 5

Khamis, 20 Februari 2014

Epica - The Quantum Enigma (2014)

Album Baharu Epica – The Quantum Enigma (2014)


          Nama yang tidak asing lagi bagi pengemar muzik metal khasnya symphonic metal antarabangsa, Epica, band yang diasaskan oleh Mark Jansen. Band yang berasal dari Netherland ini bakal tampil dan meriliskan album terbaharu mereka bulan Mei ini.
          The Quantum Enigma merupakan tajuk album terbaharu mereka yang bakal diriliskan pada 2 Mei 2014 ini nanti.  Album studio keenam Epica ini merupakan album pertama bagi pemain bass baharu mereka iaitu Rob van der Loo menggantikan tempat Yves Huts dalam tahun 2012.
Menurut Mark Jansen album The Quantum Enigma mempamerkan bunyi yang lebih moden tetapi masih mengekalkan semua elemen tipikal Epica. Menurut Mark lagi adalah begitu mengujakan bila melihat semua anggota band begitu bersemangat dan bermotivasi bekerja untuk menyiapkan album tersebut. Bunyi yang di pertaruhkan menerusi album ini kata Mark Jansen, adalah bunyi  yang lebih berat  lebih brutal dari aspek gitar, bass dan dram.
          Epica diawal kemunculan mereka iaitu dalam tahun 2002 mereka tampil menggunakan nama Sahara Dust dan berasal dari Reuver, Limburg, Netherlands


Berikut adalah senarai lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ;

1.            Originem              
2.            The Second Stone            
3.            The Essence of Silence                   
4.            Victims of Contingency  
5.            Sense Without Sanity (The Impervious Code)    
6.            Unchain Utopia                  
7.            The Fifth Guardian (Interlude)  
8.            Chemical Insomnia           
9.            Reverence (Living in the Heart)
10.          Omen (The Ghoulish Malady)   
11.          Canvas of Life     
12.          Natural Corruption           
13.          The Quantum Enigma (Kingdom of Heaven Part II)          
14.          In All Consience (Digipack Bonus track) 

Disc 2 (Digipack dan Earbook sahaja)      
               
1.            Canvas of Life (Acoustic Version)             
2.            In All Conscience (Acoustic Version)       
3.            Dreamscape (Acoustic Version)
4.            Natural Corruption (Acoustic Version)
                 
Disc 3 (Earbook sahaja)    

1.            Originem (Instrumental)              
2.            The Second Stone (Instrumental)            
3.            The Essence of Silence (Instrumental)   
4.            Victims of Contingency (Instrumental)  
5.            Sense Without Sanity (The Impervious Code - Instrumental)      
6.            Unchain Utopia (Instrumental) 
7.            The Fifth Guardian (Interlude - Instrumental)    
8.            Chemical Insomnia (Instrumental)          
9.            Reverence (Living in the Heart - Instrumental)  
10.          Omen (The Ghoulish Malady - Instrumental)     
11.          Canvas of Life (Instrumental)    
12.          Natural Corruption (Instrumental)          
13.          The Quantum Enigma (Kingdom of Heaven Part II - Instrumental)

Rabu, 12 Februari 2014

Hydra - Within Temptation

Hydra... antara yang terbaik dari Within Temptation
Within Temptation antara nama besar yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia metal antarabangsa, bukan nama band itu sahaja malah vokalisnya juga turut disebut-sebut antara vokalis band symphonic metal yang cukup disegani sehingga ada yang menamakan dia sebagai queen of symphonic metal. Namun itu bukanlah cerita kita kali ini… tetapi lebih menjurus pada buah tangan terbaharu band Within Temptation atau WT, yang dianggotai oleh  Sharon den Adel – vokalis, Robert Westerholt – gitar, Ruud Jolie – gitar, Martijn Spierenburg – keyboard, Jeroen van Veen – gitar bass,  Mike Coolen – dram dan Stefan Helleblad – gitar tambahan.

WT telahpun hadir dengan hasil terbaharu mereka iaitu Hydra sebuah album penuh, studio keenam WT, telahpun diriliskan pada 31 Januari 2014. Album Hydra menampilkan penyanyi jemputan band metalcore iaitu Howard Jones, bekas anggota band Killswitch Engage, penyanyi rap – Xzibit, penyanyi symphonic metal yang bergerak secara solo yang juga bekas vokalis Nightwish – Tarja Turunen dan penyanyi band alternative rock, Soul Asylum – Dave Pirner. Itu antara individu yang mempunyai nada vokal yang tersendiri turut mewarnai album terbaharu WT - Hydra.

Menurut WT, tajuk album tersebut merujuk pada kehebatan kepelbagaian genre muzik WT yang sentiasa bertambah baik dan berkembang setiap masa. Menurut gitaris WT, Robert Westerholt “Hydra merupakan tajuk album yang sempurna untuk album terbaharu mereka lantaran ia mewakili kepelbagaian sisi muzik bawaan mereka”.

Menurut mitos Greek purba pula, Hydra merupakan ular gergasi yang mempunyai banyak kepala yang tidak memungkinkan kepalanya di potong. Maka dengan kekuatan mitos Greek purba itulah semangat dan aura Hydra diterapkan pada album terbaharu WT.

Pembikinan album tersebut telah bermula dalam tahun 2012. Penerbitan single , rakaman video dan pelbagai lagi aktiviti termasuk persembahan dan tour melewatkan tarikh rilis album tersebut yang dijadualkan pada awalnya dalam bulan September 2013. Meskipun demikian WT sempat meriliskan 4 single menerusi album Hydra iaitu Paradise (feat Tarja), Dangerous, Whole world is watching dan And we run.

Diperingkat awal album tersebut diriliskan, WT menerima banyak maklum balas antaranya dari stesen radio Rock Antene yang menyatakan bahawa album tersebut “fast” dan  “heavy” sehingga  diberikan markah 5/5 oleh sesetengah pihak. Majalah muzik Reflections of Darkness pula memberi markah penuh 10/10 dengan mengklasifikasikannya sebagai “earthly and modern” berbanding dengan album terdahulu yang lebih menjurus pada atmosfera “celestial romance and coldness”. Album ini juga dikatakan “fashionable influences” kerana penampilan penyanyi undangan khas dan arah tuju muzik mereka yang sedikit berbeza. Pernyataan itu juga menamatkan tuduhan yang WT akan tetap berpegang teguh dengan elemen symphonic metal dan progressive metal. Dikatakan juga WT kembali kepada asas mereka dengan bunyi yang lebih berat dan dramatik selain terus berkembang melewati batas sempadan muzik mereka. Malah WT juga dikatakan menampilkan album yang melakurkan stail muzik yang dipersembahkan. Antara komen yang cukup menarik juga untuk album Hydra ini ialah “album yang penuh dengan synth, bunyi gitar yang segar, mendayu dan indah dan juga bunyi ‘backing’ vokal yang sempurna serta harmoni”. 

Sedikit komen dan maklum balas yang boleh kita kongsi bersama bagi album Hydra WT, namun bagi shaqmetal  secara peribadi Hydra telah menolak  semula nama WT ke hadapan setelah sedikit hanyut menerusi album seperti “The Unforgiving”. Lantaran bunyi yang dihasilkan menerusi album tersebut(The Unforgiving) terlalu  modern dan tidak sesuai dengan bunyi celtic bawaan mereka. Maka kritikan yang agak keterlaluan dilemparkan, namun sesetengah individu pula menyukai akan perubahan tersebut. Apapun shaqmetal  secara peribadinya tidak menyukai album “The Unforgiving” WT lantaran bunyi  agak tersasar dari landasan jalur muzik WT yang sebenar. Tetapi bagi album Hydra ini olahan dan gubahan serta arahan bunyi muzik WT cukup menarik dan indah serta harmoni menjadikan perubahan serta elemen fushion yang dimuatkan itu menjadi satu garapan yang cukup untuk memenuhi ruang udara persekitaran bunyi symphonic metal yang fushion, modern namun tetap ada elemen celtic dalam bunyi symphonic WT.

Talaan bunyi WT bagi album Hydra menjadikan muzik symphonic metal WT menerusi album Hydra ini cukup segar, harmoni, berat, pantas, padu dan indah. Vokal Sharon seakan – akan menyerap dalam jalur muzik yang dipersembah, menjadikan alunan muzik dan vokal berpadu dan berjalan seiringan lantas menghasilkan bunyi Hydra WT yang tersebdiri dalam kelasnya meskipun masih berpijak pada jalur muzik symphonic metal.

Bagi mengetahui, mendengar, merasai dan menikmati muzik WT menerusi album Hydra adalah lebih baik dengarkan sendiri dan dapatkan jawapan sendiri untuk Hydra. Pandangan dan pendapat shaqmetal bukanlah pendapat purata semua pendengar, ini adalah pandangan dan pendapat individu shaqmetal. Apa pun pendapat anda terserah pada bagaimana cara anda menikmati muzik yang anda minati.