Hydra... antara yang terbaik dari Within Temptation
Within Temptation antara nama
besar yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia metal antarabangsa, bukan
nama band itu sahaja malah vokalisnya juga turut disebut-sebut antara vokalis
band symphonic metal yang cukup disegani sehingga ada yang menamakan dia
sebagai queen of symphonic metal. Namun itu bukanlah cerita kita kali ini…
tetapi lebih menjurus pada buah tangan terbaharu band Within Temptation atau WT, yang dianggotai oleh Sharon den Adel – vokalis, Robert Westerholt – gitar, Ruud
Jolie – gitar, Martijn Spierenburg – keyboard, Jeroen van Veen – gitar bass, Mike Coolen – dram dan Stefan Helleblad –
gitar tambahan.
WT telahpun hadir dengan hasil
terbaharu mereka iaitu Hydra sebuah album penuh, studio keenam WT, telahpun diriliskan
pada 31 Januari 2014. Album Hydra menampilkan penyanyi jemputan band metalcore
iaitu Howard Jones, bekas anggota band Killswitch Engage, penyanyi rap –
Xzibit, penyanyi symphonic metal yang bergerak secara solo yang juga bekas
vokalis Nightwish – Tarja Turunen dan penyanyi band alternative rock, Soul
Asylum – Dave Pirner. Itu antara individu yang mempunyai nada vokal yang
tersendiri turut mewarnai album terbaharu WT - Hydra.
Menurut WT, tajuk album tersebut
merujuk pada kehebatan kepelbagaian genre muzik WT yang sentiasa bertambah
baik dan berkembang setiap masa. Menurut gitaris WT, Robert Westerholt “Hydra
merupakan tajuk album yang sempurna untuk album terbaharu mereka lantaran ia mewakili
kepelbagaian sisi muzik bawaan mereka”.
Menurut mitos Greek purba pula, Hydra
merupakan ular gergasi yang mempunyai banyak kepala yang tidak memungkinkan
kepalanya di potong. Maka dengan kekuatan mitos Greek purba itulah semangat dan
aura Hydra diterapkan pada album terbaharu WT.
Pembikinan album tersebut telah
bermula dalam tahun 2012. Penerbitan single , rakaman video dan pelbagai lagi
aktiviti termasuk persembahan dan tour melewatkan tarikh rilis album tersebut
yang dijadualkan pada awalnya dalam bulan September 2013. Meskipun demikian WT
sempat meriliskan 4 single menerusi album Hydra iaitu Paradise (feat Tarja),
Dangerous, Whole world is watching dan And we run.
Diperingkat awal album tersebut diriliskan, WT menerima banyak maklum balas antaranya dari stesen radio Rock Antene yang
menyatakan bahawa album tersebut “fast” dan
“heavy” sehingga diberikan markah
5/5 oleh sesetengah pihak. Majalah muzik Reflections of Darkness pula memberi
markah penuh 10/10 dengan mengklasifikasikannya sebagai “earthly and modern”
berbanding dengan album terdahulu yang lebih menjurus pada atmosfera “celestial
romance and coldness”. Album ini juga dikatakan “fashionable influences” kerana
penampilan penyanyi undangan khas dan arah tuju muzik mereka yang sedikit
berbeza. Pernyataan itu juga menamatkan tuduhan yang WT akan tetap berpegang
teguh dengan elemen symphonic metal dan progressive metal. Dikatakan juga WT kembali
kepada asas mereka dengan bunyi yang lebih berat dan dramatik selain terus
berkembang melewati batas sempadan muzik mereka. Malah WT juga dikatakan
menampilkan album yang melakurkan stail muzik yang dipersembahkan. Antara komen
yang cukup menarik juga untuk album Hydra ini ialah “album yang penuh dengan
synth, bunyi gitar yang segar, mendayu dan indah dan juga bunyi ‘backing’ vokal
yang sempurna serta harmoni”.
Sedikit komen dan maklum balas yang
boleh kita kongsi bersama bagi album Hydra WT, namun bagi shaqmetal secara peribadi Hydra telah menolak semula nama WT ke hadapan setelah sedikit
hanyut menerusi album seperti “The Unforgiving”. Lantaran bunyi yang
dihasilkan menerusi album tersebut(The Unforgiving) terlalu modern dan tidak
sesuai dengan bunyi celtic bawaan mereka. Maka kritikan yang agak keterlaluan
dilemparkan, namun sesetengah individu pula menyukai akan perubahan tersebut. Apapun shaqmetal secara peribadinya tidak
menyukai album “The Unforgiving” WT lantaran bunyi agak tersasar dari landasan jalur muzik WT
yang sebenar. Tetapi bagi album Hydra ini olahan dan gubahan serta arahan bunyi
muzik WT cukup menarik dan indah serta harmoni menjadikan perubahan serta
elemen fushion yang dimuatkan itu menjadi satu garapan yang cukup untuk
memenuhi ruang udara persekitaran bunyi symphonic metal yang fushion, modern namun
tetap ada elemen celtic dalam bunyi symphonic WT.
Talaan bunyi WT bagi album Hydra
menjadikan muzik symphonic metal WT menerusi album Hydra ini cukup segar,
harmoni, berat, pantas, padu dan indah. Vokal Sharon seakan – akan menyerap
dalam jalur muzik yang dipersembah, menjadikan alunan muzik dan vokal berpadu
dan berjalan seiringan lantas menghasilkan bunyi Hydra WT yang tersebdiri dalam
kelasnya meskipun masih berpijak pada jalur muzik symphonic metal.
Bagi mengetahui, mendengar,
merasai dan menikmati muzik WT menerusi album Hydra adalah lebih baik dengarkan
sendiri dan dapatkan jawapan sendiri untuk Hydra. Pandangan dan pendapat
shaqmetal bukanlah pendapat purata semua pendengar, ini adalah pandangan dan
pendapat individu shaqmetal. Apa pun pendapat anda terserah pada bagaimana cara
anda menikmati muzik yang anda minati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan