Heavy Metal - Cerita Ringkas
Heavy metal atau ringkasnya disebut metal merupakan sub
genre muzik rock yang berkembang pesat sejak 1960an dan awal 70an di United
Kingdom dan Amerika Syarikat. Dengan asas akarnya blues rock dan psychedelic
rock bagi band yang mencipta heavy metal sebagai aliran muzik mereka akan
mengembangkan bunyi tebal, kuat dengan karakter bunyi distorsi amplifier yang
kuat/tinggi, solo gitar yang panjang, rentak atau beat yang empatik dan secara
keseluruhannya nyaring dan kuat. Stail persembahan dan lirik heavy metal boleh
dikatakan sering dikaitkan dengan maskuliniti, kekerasan dan makismo.
|
Deep Purple, antara band pelopor heavy metal |
|
Black Sabbath, pelopor dan nama besar dalam aliran muzik heavy metal |
Antara band heavy metal yang terawal ialah Led Zeppelin,
Deep Purple dan Black Sabbath telah menarik perhatian jumlah peminat dan
pendengar yang besar meskipun mereka sering kali dikritik. Di pertengahan
1970an, band Judas Priest memacu perkembangan pada evolusi genre muzik heavy
metal dengan mengasingkan atau menyingkirkan pengaruh blues manakala, Motorhead
memperkenalkan rasa dan pengaruh punk rock dengan menitikberat pada peningkatan
speed pada muzik tersebut. Antara
band yang mengiringi perkembangan muzik heavy metal ialah band dalam New Wave of British Heavy Metal
(NWBHM) seperti Iron Maiden dan Saxon berada dalam aliran yang sama. Sebelum
berakhirnya dekad tersebut peminat heavy metal dikenali dengan “metalheads” atau “headbangers”.
|
Iron Maiden kesinambungan heavy metal menerusi NWBHM |
Beranjak dari dekad 70an, sub genre glam metal pula muncul
dalam era 80an. Glam metal mula menjadi sebahagian dari aliran muzik dalam arus
perdana dengan kekuatan pengaruh komersialnya band seperti Motley Crue dan
Poison mula menular. Manakala suasana di sebelah yang berbeza iaiatu underground scenes menghasilkan rangkaian
yang lebih ekstrem, stail yang lebih agresif iaitu sub genre thrash metal mula
mengembangkan jalurnya dan terus menular. Band seperti Metallica, Megadeth,
Slayer dan Anthrax mula memecah masuk ke dalam suasana arus perdana. Manakala
stail lain dari sub genre metal yang paling ekstrem seperti death metal dan
black metal kekal dalam fenomena sub budaya underground.
Sejak pertengahan 1990an pula stail yang popular seperti
groove metal yang mengabungkan stail ekstrem
metal dengan hardcore juga mula mendapat perhatian seprti band Pantera dikuti
pula dengan kehadiran band Slipknot yang membawakan sub genre nu metal yang
mengabungkan elemen grunge dan hip hop telah mengembangkan lagi definisi bagi
sub genre tersebut.
|
Saxon antara band yang mula-mula mendominasi NWBHM |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan