Tahun Baharu 2016 Daripada shaqmetal
Sedar tak sedar hari ini dah masuk hari yang keempat kita menjejakkan kaki kita di dada 2016. Alhamdulillah semuanya sihat dan sejahtera dan mudah-mudahan 2016 ini akan memberikan sesuatu yang lebih mengujakan buat kita semua masyakarat rock dan metal. Yahhhhh.... bagi kita selain daripada keindahan serta kenikmatan yang telah kita kicapi sepanjang 2015 akan menjadi memori indah tetapi azam baharu juga kita sematkan dihati. Mudah - mudahan azam tersebut jangan cuma disematkan dihati tetapi kita harus berusaha untuk mencapainya untuk tahun ini kalaulah azam tahun lepas tidak dapat kita nikmati manisnya.
Bagi rockers dan metalers selain daripada azam semangat dan cita- cita baharu kita juga mengharapkan sangat bunyi dan melodi bagi muzik rock dan metal akan terus menyala garang untuk tahn 2016. Secara peribadinya shaqmetal melihat pada perkembangan industri muzik rock dan metal tempatan yang kian malap harus kita semarakan lagi nyalaan api rock dan metal tempatan. Lihat sahaja perkembangan muzik rock dan metal tempatan sepanjang tahun 2015... semakin layu, dimana silap atau salahnya. Rasa kalau kita jengah gig - gig disetiap ceruk pelusuk negara tercinta ini cukup banyak apatah lagi gig - gig yang terselindung dan tidak uar - uarkan, cukup banyak. Tapi kalau kita lihat pada skala yang lebih besar pada konsert apatah lagi festival muzik rock dan metal, langsung kuncup.
Dimanakah warga masyarakat rock tempatan? Kemana perginya pemain industri muzik rock dan metal tempatan? Itu yang perlu kita cari jawapan yang mungkin jawapan tidak sahaja ada ataupun tidak ada... tetapi memerlukan jawapan dan penjelasan yang lebih panjang lebar. shaqmetal cuma mampu meluahkannya di sini lantaran inilah ruang yang shaqmetal ada. Bagi peminat, penggemar dan pemain insdustri rock serta metal tempatan ini merupakan satu tamparan yang hebat untuk ditepis dan juga harus di lihat sebaik mungkin bagi meneruskan langkah - langkah gah menelusuri lorong sepanjang 2016 ini.
Apapun shaqmetal tidak mahu bercakap panjang lebar cukuplah sekadar sokongan moral agar apa yang menjadi mimpi ngeri 2015 tidak akan berulang tahun ini. Bagi shaqmetal harapan untuk mendapatkan bunyi, melodi dan hasil terbaharu amat;ah dihargai. shaqmetal bukan sahaja mengimpikan sesuatu yang lebih mengujakan daripada pemain industri diperingkat antarabangsa terutamanya di peringkat lokal. Selamat tahun Baharu 2016 dan selamat berkayra untuk rockers dan metalers semua.