Logo Design by FlamingText.com

Rabu, 13 Jun 2012

Festival Metal... Malaysia, Singapura dan Indonesia

Begitu pantas masa berlalu... sekarang dah pun pertengahan Jun 2012 (masa artikel ini ditulis). Kalau kita jenguk kembali dalam sebulan lebih sebelum/dari hari ini (13 Jun) yakni dalam  bulan April kita di Kuala Lumpur digegarkan dengan KL Metal Camp siri ke 5... Singapura juga dalam bulan yang sama juga bergegar dengan gegaran Diablo Open Air Festival... dan satu lagi di negara jiran kita juga turut bergoncang oleh gegaran Hammersonic - Jakarta International Metal  Festival. Ketiga-tiga nama atau judul tersebut mempunyai asas pegangan yang sama iaitu muzik metal dan sudah pastinya mengetengahkan band-band metal tempatan dan luar negara. Shaqmetal sekadar mendengar dan membaca sahaja apa yang terjadi lantaran kesempatan untuk berkunjung terutamanya ke Singapura dan Indonesia adalah amat terhad maka perkembangan 2 festival muzik metal tersebut sekadar diketahui melalui berita sahaja.
Bukan apa shaqmetal sekadar memerahkan otak untuk memeningkan minda sekejap perihal 3 festival muzik metal berkenaan. KL Metal Camp yang diadakan di Kuala Lumpur boleh dianggap yang paling dewasa dalam aras penganjurannya kerana tahun 2012 merupakan tahun ke 5 penganjuran KL Metal Camp, manakala Singapura pula tampil dengan Diablo Open Air Festival buat julung kalinya begitu juga dengan Indonesia membawa berdiri gah Hammersonic - Jakarta International Metal Festival. Semuanya berlaku dalam bulan April di ketiga-tiga lokasi, Kuala Lumpur, Singapura dan Jakarta.
KL Metal Camp 2012 siri yang kelima telah diadakan di Stadium Chinwoo, Kuala Lumpur, Malaysia, pada 29 April 2012 dengan menampil kepelbagaian genre muzik metal dari band tempatan dan antaranbangsa. Tiket telah dijual dengan  harga  RM75.00 dan RM90.00. Manakala untuk julungkalinya Singapura yang menampilkan Diablo Open Air Festival 2012 pula diadakan di West Coast Park, Singapura pada 26 April 2012. Tiket dijual dengan harga SD140.00, SD165.00 dan SD 200.00 Di Indonesia pula Hammersonic - Jakarta International Metal Festival telah berlangsung pada 28 April 2012 bertempat di Lapngan D Senayan, Jakarta, Indonesia. Tiket di Jakarta pula dijual pada harga Rp100,000.00, Rp150,000.00 dan Rp200,000.00.
Kalau hendak dilhat dari harga tiket memang ada perbezaannya, cukup jelas bukan. Apapun ada beberapa faktor yang perlu diambil kita dalam menjadikan festival sebegitu berakhir dengan suksesnya antaranya seperti harga tiket, lokasi, band yang turut serta, sokongan pihak berwajib, sokongan agensi swasta dan peminat muzik itu sendiri. Cuba kita intai kembali pada ketiga-tiga festival muzik tersebut KL Metal Camp sekadar mampu menarik ratusan pengunjung, Diablo Open Air pula mampu menarik lebih 2 ribu peminat dan Hammersonic - Jakarta International Metal Festival pula mampu meraih puluahn ribu peminatnya turun. Jadi kita bandingkan dfan bezakan ketiga-tiga event besar tersebut - puncanya dimana menyebabkan ratusan sahaja peminat metal kita turun padang? Berbanding dengan Singapura yang julungkalinya menganjurkan festival sedemikian dapat meraih lebih 2000 peminatnya. Di Jakarta pula mampu menarik puluhan ribu peminatnya. Kita fikirkan bersama apa sebab dan puncanya... Mungkin ada boleh hantar komen atau juga pandangan mengenai situasi ini untuk kita kongsi bersama.

Rhevan...


Antara band symphonic metal yang mewarnai muzik sub genre symphonic metal yang berasal dari Grande, Brazil ini telah menghasilkan 2 buah album penuh, EP dan demo juga telah meriliskan 2 single terkini. Band yang dianggotai oleh Daniele Navarro - vokalis, Thiago Azevedo - gitar, Gleydson Keyler - gitar, Gabriel Bileski - keyboard, Danilo Andrade - bass dan Jomar Sources - dram.
Album studio penuh
1.     Perpetually - 2009
         (11 buah lagu)
2.     Drunk With The Blood Of saints - 2011
         (5 buah lagu)
 Demo
1.     Frontline - 2008
         (4 buah lagu)
EP
1.     One More Last Attemp - 2009
         (Memuatkan 6 buah lagu)

Websingle telahpun diriliskan pada Januari 2012 lalu dan anatara lagu yang dimuatkan dalam websingle tersebut ialah;
1.     Disguised (versi album)
2.     Disfarcardo (versi Portuguese)
3.     Radio Ga Ga (cover lagu Queen)
4.     You said me (versi Live)
5.     Disguised (versi orkestra)
6.     Radio Ga Ga (versi orkestra)

Selasa, 5 Jun 2012

Album Baharu 2012 (Bahagian V)

Sudah lebih 2 bulan shaqmetal tidak dapat update atau mengemaskini antara album metal khasnya power metal, gothic metal, symphonic metal, folk metal dan sebagainya.... kecuali death metal dan black metal. setelah meninjau tampak masih banyak lagi album yang tidak sempat shaqmetal kongsikan disini. Mungkin juga anda sudah memilikinya atau masih tercari-cari atau mungkin anda tidak tahu akan kehadirannya... jadi check it out!!!!
Update 5 Jun 2012 / Selasa


Nightmare - The Burden Of God (2012)
Sub genre  :  Power metal
The Burden Of God merupakan album studio ke 8 yang dihasilkan oleh band yang berasal dari Grenoble, Peranchis ini. selain itu mereka juga pernah m,engeluarkan sebuah EP dan 2 buah album  live. berikut antara lagu yang dimuatkan dalam album tersebut;
1.     Gateways to the Void
2.     Sunrise in hell
3.     The burden of God
4.     Crimsom empire
5.     Children of the nation
6.     The preacher
7.     Shattered hearts
8.     The doomsday prediction
9.     The dominion gate - Part lll
10.   Final outcome
11.   Afterlife (bonus track)
Anggota Nightmare adalah seperti berikut;
Jo Amore - vokal
Franck Milleliri - gitar
Matt Asselbergs - gitar
Yves Campion - bass
David Amore - dram


Delain - We Are The Others (2012)
Sub genre  :  Symphonic metal
Band yang ditubuhkan oleh Martijn Westerholt dalam tahun 2002 ini berasal dari Zwolle, Netherlands. Mereka sudahpun menghasilkan 2 album dan album terbaharu ini(2012) diberi judul We Are The Others masih mengekalkan konsep yang sama dan memuatkan 12 buah lagu seperti berikut ;
1.     Mother machine
2.     Electricity
3.     We are the others
4.     Milk and honey
5.     Hit me with your best shot
6.     I want you
7.     Where is the blood (feat. Burton C. Bell)
8.     Generation me
9.     Babylon
10.   Are you done with me
11.   Get the devil out of me
12.   Not enough
Delain dianggotai oleh
Charlotte Wessels - vokal
Martijn Westerholt - keyboard
Sander Zoer - dram
Otto Schimmelpenninck van der Oije - bass
Timo Somers - gitar utama
Bas Mass - gitar


Dawn Of Destiny - Praying To The World (2012)
Sub genre   :  Power metal
Dawn Of Destiny band power metal dari Jerman ini melakurkan elemen-elemen thrash, gothic dan death metal dalam penmghasilan album mereka telah meriliskan album terbaharu mereka berjudul Praying To The World. Album tersebut memuatkan 15 trek lagu seperti berikut ;
1.     My life lies in ruins
2.     The right path
3.     Miracle
4.     Place of mercy
5.     Misunderstood
6.     Promised land
7.     Another pain
8.     My four walls
9.     Beast human
10.   Bleeding me
11.   One last word
12.   This aching heart
13.   Praying to the world
14.   In another time
15.   Different world
Dawn Of Destiny dianggotai oleh
Jeanette Scherff - vokal
Veith Offenbacher - gitar
Jens Faber - bass
Dirk Raczkiewicz - keyboard


Pathfinder - Fifth Element (2012)
Sub genre  :  Power metal
Band power symphonic metal dari Poland ini telah meriliskan album terbaharu mereka yang diberi judul Fifth Element. Antara lagu yang dimuatlkan dalam albvum tersebut ialah;
1.     Ventus ignis terra aqua
2.     Fifth element
3.     Ready to die between stars
4.     The day when I turn back time
5.     Chronokinesis
6.     March to the darkjest horizon
7.     Yin yang
8.     Elemental power
9.     Ad futuram rei memoriam
10.   When the sunrise breaks the darkness
11.   Vita
12.   Spartakus and the sun beneath the sea (bonus track)


Crucified Barbara - The Midnight Chase (2012)
Sub genre  :  Heavy metal
Crucified Barbara merupakan band hardrock/heavy metal dari Sweden dan ditubuhkan di Stockholm dalam tahun 1998. Termasuk album ini, The Midnight Chase mereka telah menghasilkan 3 buah album. Antara lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah;
1.     The crucifier
2.     Shut your mouth
3.     Into the fire
4.     Rules and bones
5.     Everything we need
6.     If I hide
7.     Rock me like the devil
8.     Kid from the upperclass
9.     The midnight chaos
10.   Count me in
11.   Rise and shine
Crucified Barbara terdiri daripada ;
Mia Coldheart (Mia Karlsson) - vokal / gitar
Klara Force (Klara Ronnqvist Fors) - gitar
Ida Evileye (Ida Stenbacka) - bass
Nicki Wicked (Jannicke Lindstorm) - Dram


Exumer - Fire and Damnation (2012)
Sub genre  :  Heavy metal
Band heavy trash metal dari Jerman ini telah menghasilkan 3 buah album studio dan album terbaharu mereka ini telah dirilis pada 6 April 2012. Band ini ditubuhkan di Wiesbaden, Jerman dalam tahun 1985.  Album baharu mereka  memuatkan 13 buah lagu.
1.     Fire and damnation
2.     Vermin of the sky
3.     The weakest limb
4.     A new morality
5.     Waking the fire
6.     Fallen saint
7.     Crushing point
8.     Devil chaser
9.     I dare you
10.   Tribal furies
11.   Destructive solution (bonus track)
12.   A mortal in black (bonus track)
13.   Xiron darkstar (bonus track)

Heavy Metal / Metal Festival ... ll

Festival Muzik Metal... (Bahagian ll)


Dalam bahagian l ada 40 senarai nama festival muzik metal yang diadakan di seluruh dunia. mungkin ada yang tidak dapat dicatatkan dalam ruangan ini sekiranya ada yang tertinggal dan mungkin juga ada yang shaqmetal terlepas pandang, diharap anda dapat memberi input untuk kita kongsi bersama... Untuk seterusnya beberapa nama festival muzik yang ada sangkut paut dengan rock dan metal untuk pengetahuan kita bersama...
Logo Aalborg Metal Festival...
41.     Aalborg Metal Festival
          Lokasi  :  Studenterhuset, Aalborg, Denmark
          Muzik  :  Heavy metal
          Tarikh  :  November
42.     Day Of Decay
          Lokasi  :  Studenterhuset, Aalborg, Denmark
          Muzik  :  Death Metal
          Tarikh  :  May/Jun/Ogos
Poster Day Of Decay 2012...
43.     Metalstone
          Lokasi  :  Copenhagen, Denmark
          Muzik  :  Heavy metal
          Tarikh  :  Februari
44.     Roskilde Festival
          Lokasi  :  Roskilde, Denmark.
          Muzik  :  Rock, Alternative, Psychedelic rock, Punk rock, Heavy metal, Pop, Synthpop,
                         Reggae, Hip hop, Indie, World music dan Electronic music.
         Tarikh  :  Jun
45.     Royal Metal Fest
          Lokasi  :  Arhus, Denmark
          Muzik  :  Heavy metal
          Tarikh  :  April
46.     Quito Fest
          Lokasi  :  Parque Itchimbia, Quito, Ecuador.
          Muzik  :  Rock dan pelbagai sub genre
          Tarikh  :  September
47.     Hard Rock Laager
          Lokasi  :  Vana-Vigala, Estonia
          Muzik  :  Rock dan metal
          Tarikh  :  Jun/Julai
48.     Rabarock
          Lokasi  :  Jarvakandi, Estonia 
          Muzik  :  Alternative rock, punk dan metal
          Tarikh  :  Jun
49.     Finnish Metal Expo
          Lokasi  :  Kaapelitehdas, Ruoholahti, Helsinki, Finland.
          Muzik  :  Heavy metal
          Tarikh  :  Februari
50.     Jalo Metalli Music Festival
          Lokasi  :  Oulu, Finland
          Muzik  : Thrash metal, Death metal, Black metal dan Heavy metal
          Tarikh  :  Ogos
51.     Jalo Metalli Winterfest
          Lokasi  :  Oulu, Finland
          Muzik  :  Heavy metal
          Tarikh  :  Musim Salji
52.     Sauna Open Air Metal Festival
          Lokasi  :  Tampere, Finland
          Muzik  :  Metal
          Tarikh  :  Jun
53.     Tuska Open Air Metal Festival
          Lokasi  :  Helsinki, Finland
          Muzik  :  Metal
          Tarikh  :  Jun/Julai
54.     Hammer Open Air Metal Festival
          Lokasi  :  llmaristen Metsapirti, Lieto, Finland
          Muzik  :  Extreme metal dan underground metal
          Tarikh  :  Julai
55.     Deathroit Music Festival
          Lokasi  :  Messukatu, Jyvaskyla, Finland
          Muzik  :  Metal
          Tarikh  :  Disember
56.     Fury Fest (sehingga 2005 sahaja)
          Lokasi  :  Le Mans, peranchis.
          Muzik  :  Hardcore punk dan Heavy metal.
          Tarikh  :  Jun
57.     Hellfest Summer Open Air
          Lokasi  :  Clisson, Peranchis.
          Muzik  :  Heavy metal, Hardcore punk dan Hardrock.
          Tarikh  :  Pertengahan Jun
58.     Motoculter Festival
          Lokasi  :  Pays de Vannes, Brittany, Peranchis.
          Muzik  :  Hardcore punk dan Heavy metal.
          Tarikh  :  Pertengahan Ogos
59.     Paris Metal France Festival
          Lokasi  :  Paris, Peranchis
          Muzik  :  Heavy metal
          Tarikh  :  Januari
60.     Raismes Fest
          Lokasi  :  Raismes, Peranchis
          Muzik  :  Metal
          Tarikh  :  September
61.     VS Fest
          Lokasi  :  Paris, Peranchis
          Muzik  : Metal
          Tarikh  :  Tidak tetap
Logo Bang Your Head Festival
62.     Bang Your Head
          Lokasi  :  Balingen, Jerman
          Muzik  :  Heavy metal, Hardrock
          Tarikh  :  Jun / Julai
63.     Battle Of Metal
          Lokasi  :  Geiselwind, Jerman
          Muzik  :  Metal
          Tarikh  :  Julai
64.     Chronical Moshers Open Air
          Lokasi  :  Reichenbach, Jerman
          Muzik  :   Heavy metal
          Tarikh  :  Jun
65.     Dong Open Air
          Lokasi  :  Neukirchen-Vluyn, Jerman
          Muzik  :  Heavy metal
          Tarikh  :  Julai

Isnin, 4 Jun 2012

Heavy Metal / Metal Festival...

Metal Music Festival... (Bahagian l)
Selepas lebih 2 bulan rasanya shaqmetal dok diam... tanpa ada apa-apa updates lantaran sibuk dengan tugasan luar yang lain so untuk kita kongsi bersama menerusi ruangan ini ialah nama beberapa festival metal yang dianjurkan di seluruh dunia.... Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin juga ramai lagi yang tak tahu jadi shaqmetal kongsikan bersama menerusi ruangan ini... Memang ramai antara kita tahu nama seperti Wacken Open Air (WOA), Pukklepop Festival, Metal Female Voices Fest, Monster Of Rock dan banyak lagi jadi kita tinjau antaranya....
1.     MetalFront Fest
        Lokasi   :  Yereven, Armenia
        Muzik  :  Metal
        Tarikh  :  November
2.     Monsters Of Rock
        Festival muzik yang diadakan di England yang memuatkan senarai lokasi yang berlaianan bagi
        penganjurannya seperti Netherland, Spain, Itali, Jerman, Kanada, Brazil, Argentina dan Chile.
        Muzik  :  Hardcore, Heavy metal
        Tarikh  :  Jun/Julai/Ogos/September
3.     Metal para Todos
        Lokasi  :  Argentina
        Muzik  :  Metal
        Tarikh  :  November/Disember
4.     Quilmes Rock
        Lokasi  :  Buenos Aires, Argentina
        Muzik  :  Rock Alternative rock, Indie rock, Pop, Argentine rock
        Tarikh  :  April
5.     Rock In Rio
        Lokasi  :  Rio de Janeiro, Lisbon, Madrid dan Buenos Aires (2013)
        Muzik  :  Heavy metal, Rock, Pop
        Tarikh  :  Tidak ditetapkan
6.     Soundwave Festival
        Lokasi  :  Australia (Perth, Berisbane, Sydney, Melbourne dan Adelaide)
        Muzik  :  Metal, Hardcore, Punk rock, Metalcore, Pop punk, Alternative rock.
        Tarikh  :  Mac
7.     No Sleep Til Festival
        Lokasi  : Autralia dan New zealand
                      Auckland - ASB Showgrounds, Perth - Arena Joondalup,
                      Adelaide - Adelaide Entertainment Centre, Melbourne - Melbourne Showgrounds
                      Sydney - Entertainment Quarter, Brisbane - RNA Showgrounds.
         Muzik  :  Metal, Rock
         Tarikh  :  Disember
8.     Ye Gods Of Metal
        Lokasi  : Logan Entertainment Centre, Wembley Road, Brisbane.
        Muzik  :  Metal
        Tarikh  :  Mac
9.     Chaos Act
        Lokasi  :  The Greenroom, Wooden Tradies Club, Canberra, Australia.
        Muzik  :  Metal
        Tarikh  :  Mac
10.   @moshpherei
        Lokasi  : Australia
11.   Hell Over Vellach (Open Air)
        Lokasi  :  Carinthia, Austria
        Muzik  :  Metal
        Tarikh  :  Julai
12.   Kaltenbach Open Air
        Lokasi  :  Spital am Semmering, Austria.
        Muzik  :  Heavy metal
        Tarikh  :  Julai
13.   Northern Light Festival
        Lokasi  :  Austria
        Muzik  : Rock, Metal, Pop... etc.
        Tarikh  :  Julai
14.   Nova Rock Festival (Nova Rock)
        Lokasi  :  Nickelsdorf, Austria
        Muzik  :  Rock
        Tarikh  :  Jun
15.   Graspop Metal Meeting
        Lokasi  :  Dessel, Antwerp, Flemish Region, Belgium.
        Muzik  :  Rock, Heavy metal, Punk
        Tarikh  :  Jun
Metal Female Voices fest... 2012
16.   Metal Female Voices Fest
        Lokasi  :  Wieze, East Flanders, Belgium.
        Muzik  :  Metal
        Tarikh  :  Musim bunga / Oktober
17.   Pestpop
        Lokasi  :  Belgium
        Muzik  :  Metal
        Tarikh  : Tidak ditetapkan
Alcatraz Metal Festival... 2012
18.   Alcatraz Metal Fest
        Lokasi  :  Brielpoort, Gent, Belgium
        Muzik  :  Metal
        Tarikh  :  Ogos
19.   Metal Mean
        Lokasi  :  Mean, Belgium
        Muzik  :  Metal
        Tarikh  :  Ogos
Metal Mean.... 2012
20.   Huginns Awekening Fest
        Lokasi  :  Oostende, Belgium.
        Muzik  :  Metal
        Tarikh  :  Ogos
21.   Power Prog And Metal Fest
        Lokasi  :  Avenue Thomas Edison, Mons, Belgium.
        Muzik  :  Metal
        Tarikh  :  April
22.   Live 'n' Louder
        Lokasi  :  Sao paolo, Porto Aleqre dan Mexico City.
        (Sekitar tahun 2005 - 2006. Tidak diketahui samada festival ini masih diadakan ataupun tidak)
        Muzik  :  Metal
        Tarikh  :  Oktober
23.   Hollywood Rock
        Lokasi  :  Sao paolo dan Rio de Janeiro, Brazil.
        (Diadakan sekitar tahun 1988 - 1996 sahaja)
Metal Open Air... 2012
24.   Metal Open Air
        Lokasi  :  Sao Luis, Brazil
        Muzik  :  Metal
        Tarikh  :  April
25.   Sarajevo Metal Fest
        Lokasi  :  Sarajevo, Bosnia and Herzegovina
        Muzik  :  Metal, Hardcore, Metalcore
        Tarikh  : Tidak menentu (Mac, April, Julai)
26.   Summer Metal Fest 
        Lokasi  :  Sarajevo
        Muzik  :  Metal
        Tarikh  :  Oktober
27.   Karvana Rock Fest (Sebelum ini dikenali dengan nama Kaliakra Rock Festival)
        Lokasi  :  Stadium Karvana, Karvana, Bulgaria
        Muzik  :  Rock, Metal
        Tarikh  :  Julai
28.   Sonisphere Festival
        Lokasi  :  Merentasi Eropah
        Muzik  :  Hardrock, Heavy metal, Alternative Rock, Punk rock
        Tarikh  :  Jun/Julai/Ogos
Heavy MTL... 2011
29.   Heavy MTL
        Lokasi  :  Parc Jean-Drapeau, Montreal, Kanada.
        Muzik  :  Heavy metal, Hardrock
        Tarikh  :  Ogos
30.   Noctis Valkyries Metal Festival
        Lokasi  :  Calgary, Alberta, Kanada
        Muzik  :  Metal
        Tarikh  :  Julai/Ogos/September
31.   AMF - Amstrong Metal Festival (Dulu dikenali dengan nama Amstrong Open Air)
        Lokasi  :  Kanada
        Muzik  :  Metal
        Tarikh  :  Julai
Heavy T.O.... 2012
32.   Heavy T.O.
        Lokasi  :  Downsview Park, Toronto, Ontario, Kanada.
        Muzik  :  Heavy metal, Hardrock
        Tarikh  :  Ogos
33.   Rock al Parque
        Lokasi  :  Bogota, Columbia.
        Muzik  :  Metal, Ska, Punk, Hardcore, Rock
        Tarikh  :  May
34.   Altavoz Festival
        Lokasi  :  Medellin, Columbia
35.   Obscene Extreme
        Lokasi  :  Trutnoz, Republik Czech
        Muzik  :  Metal, Extreme metal, Grindcare
        Tarikh  :  Julai
36.   Brutal Assault
        Lokasi  :  Jaromer, Republik Czech
        Muzik  :  Extreme metal, Death metal, Black metal, Doom metal, Power metal, Thrash metal, Pagan
                      metal, Grindcrore, Hardcore, Metalcore
        Tarikh  :  Ogos
37.   Masters Of Rock 
        Lokasi  :  Vizovice, Republik Czech
        Muzik  :  Heavy metal
        Tarikh  :  Julai dan Disember
Metalfest... 2012 di Zadar
38.   Metalfest
        Lokasi  :  Zadar, Croatia (2012)
        Muzik  :  Metal
        Tarikh  :  Jun
39.   Copenhell
        Lokasi  :  Refshaleoen, Copenhagen, Denmark.
        Muzik  :  Semua genre metal
        Tarikh  :  Jun
40.   Kill-Town Death Fest
        Lokasi  :  Copenhagen
        Muzik  :  Underground death metal
        Tarikh  :  Ogos
Itu sebahagian dari tempat atau nama festival muzik metal yang dianjurkan diseluruh dunia... Apa yang dicatatkan dalam ruangan ini tidak semestinya tepat seperti tarikh dan tempat yang telah dinyatakan, itu sekadar info dan untuk informasi yang lebih tepat anda perlu melihat pada laman sesawang yang berkenaan. shaqmetal akan sambung semula artikel ini... dalam bahagian ll.

Bersambung ke bahagian ll...

Selepas 1 Januari 2012...

Bayangkan sejak 1 Januari 2012 menjengah kita hinga ke tarikh ini pelbagai warna muzik rock tempatan kita dicalitkan dengan corak baik dari genre musik atau sub genre muzik yang berlainan. cuba kita ingat kembali berapa banyak sudah band luar yang menyerikan suasana muzik rock tempatan dengan siri konsert dan jelajah mereka antaranya seperti Evanescence yang tampil dengan Evanescene Live Malaysia 2012 padea 23 Februari 2012 yang lalu kemudian Cranberries band alternative rock dari Ireland mengeggarkan Kuala Lumpur pada 4 April 2012 yang lalu... menyebeut beberapa contoh sahaja. Tidak cukup dengan itu perancangan di masa mendatang pula beberapa band dari negara matahari terbit juga dijangka akan membuat persembahan di Kuala Lumpur, seperti  band post rock MONO yang dianggotai oleh Takaakira Taka Goto, Tamaki, Yasunori Takada dan Yoda bakal beraksi pada 5 Julai 2012 manakala satu lagi band juga dari negara Jepun band math rock TOE dijangkakan akan beraksi pada 3 ogos 2012.... itu sedikit dari rentetan (mencatat sedikit dari senarai kesemuanya) band-band luar yang telah dan bakal hadir di Kuala Lumpur, Malaysia.
Band TOE dari negara matahari terbit akan bertandangf ke KL 3 Ogos...
Tidak ketinggalan juga beberapa siri gegaran oleh  band-band tempatan yang baru nak bertapak atau yang sudah punya nama yang gah dalam persada rock dan metal tempatan. Antaranya ialah siri ke 5  KL Metal Camp yang telah berlangsung pada 29 April 2012 yang menampilkan Bloodshed, Koffin Kanser, Infectious Maggot, Lobotomy, As-Sahar dan banyak lagi band-band tempatan lain dan penampilan istimewa band dari Amerika Syarikat, D.R.I.
Juga dalam bulan April iaitu pada 8 April 2012 juga berlangsung di KL Live Center satu nama besar dalam industri muzik rock dan metal tempatan juga mengeggarkan suasana waktu itu dengan band lagenda Cromok yang tampil dengan Cromok Reunion Live. Itu sedikit rentetan perjalanan koleksi live show di KL sehingga tempoh ini (4 Jun 2012 -artikel ini ditulis). Mungkin ada show atau siri jelajah lain yang tidak dicatatkan disini lantaran objektif untuk menyuarakan isu ini bukanlah berpaksi pada siri jelajah itu tetapi pada show dan siri jelajah itu sendiri yang dihidangkan pada peminat dan penggemar muzik rock dan metal tempatan.
berapa banyakkah show atau siri konsert jelajah itu diadakan di sini? dan bagaimanakah sambutan untuk setiap siri konsert atau show tersebut? Menyedihkan bukan? Cuba intai dan ingat semula berapa kerat sangat warga rock dan metal tempatan yang hadir pada KL Metal Camp edisi yang ke 5 baru-baru ini.

Menyedihkan.... begitu juga dengan hidangan dari nama besar seperti Cromok... Bukanlah hendak mengutuk atau mengata trentang satu-satu show atau persembahan yang dihidangkan  tetapi kadang-kala tertanya-tanya kemana dan dimana penggemar serta pengikut muzik rock dan metal tempatan? rasanya buka 500 orang atau seribu atau 2 ribu orang sahaja yang gemar, gila dan fanatik terhadap muzik rock dan metal malah lebih dari itu. tetapi bila tiba muzim konsert sejemput sahaja yang hadir... pelik bin ajaib. Apakah alasan menjadikan keadaan kita begitu? Cuba kita pusing sedikit dan tinjau di selatan dan penghujung tanah semenanjung Malaysia, di kota singa siri konsert yang serupa juga telah diadakan tetapi warganya lebih ramai meriah dan ramai yang hadir(lebih ramai sedikit dari di Kuala Lumpur kehadiran peminat). keluar sedikit lagi terus menyeberang laut ke Indonesia juga siri konsert yang lebih kurang sama.... tapi peminat dan pengikutnya turun ribuan... Apa bezanya Malaysia, Singapura dan Indonesia? Kita serumpun, bahasa mudah kita sama-sama memahaminya... Apapun itu sekadar luahan minda shaqmetal yang kadang-kadang keliru sendiri dengan situasi rock dan metal kita di sini.... kiat fikirkan bersama.   

Jumaat, 6 April 2012

Dol Ammad

Logo lama Dol Ammad
Logo baharu Dol Ammad dari tahun 2011
Dol Ammad satu nama yang agak jarang juga kita dengar khasnya peminat metal tempatan. Meskipun band ini telah ujud sejak 12 tahun yang lalu namun nama Dol Ammad tidak menonjol seperti band yang seangkatan dengannya. Apapun band yang diasaskan oleh pemain keyboard dari Thessaloniki, Greece, Thanasis Lightbridge mempunyai keistimewaannya sendiri. Ada sesetengah peminat rock dan metal mengkategorikan band ini sebagai band heavy metal, meskipun demikian band ini boleh juga diletakkan dibawah anutan muzik avant-garde metal, electronica dan juga symphonic metal. Yang jelasnya band ini melakurkan kepelbagaian bunyi dari avant-garge, elektronic, heavy dan juga symphonic metal. Selain itu Dol Ammad sendiri menyifatkan 'Dol Ammad' adalah muzik kapal angkasa yang merangkumi 3 jalur muzik yang amat berbeza dalam dunia muzik seterusnya ini membuktikan yang muzik sepatutnya bebas dari peraturan, garis panduan dan undang-undang, tidak prejudis serta universal. Mengabungkan muzik elemen dari elektronik, operatik dan heavy metal seterusnya menghasilkan sesuatu yang baharu, bunyi yang lebih universal seterusnya mengujudkan perasaan yang berlaianan pada bunyi yang dihasilkan. Muzik Dol Ammad juga boleh disifatkan sebagai bunyi plethora dengan penjelajahan komposisi muzik yang mencabar oleh 14 orang koirnya yang berdiri sebagai penyanyi atau vokalis bagi Dol Ammad. 
Apapun pegangan mereka pada muziksecara jelasnya mereka membawakan sesuatu yang unik dan lebih fushion dari apa yang kita dengar dan baca dari pandanga peribadi beberapa peeminat rock dan metal. Bagi Dol Ammad sendiri mereka meletakkan band mereka sebagai band yang membawa kelainan dalam industri metal yakni 'elektronica art metal'. Mungkin sebahagian dari kita tidak pernah mendengar nama atau sub genre sedemikian  atau pernah mendengar tapi belum lagi menikmati bagaimana bunyi dan bentuk muzik mereka.
Karektor Dol Ammad dilakur dengan instrumentasi melalui lapisan bunyi metal konvensional (iaitu bass, dram dan gitar elektrik), synthesizer serta rangkuman 14 anggota untuk 4 bahagian koir. Bagi Dol Ammad mereka banyak dipengaruhi oleh pemuzik elektronika ulung Jean Michel Jarre dan Vangelis. 
Dol Ammad mungkin juga kita tertanya-tanya apa itu 'Dol Ammad', dan sekadar untuk kita kongsi bersama nama 'Dol Ammad' diambil dari nama salah satu permainan PC yang terbaik pernah direka 'Descent 3' oleh Outrage / Interplay / Tantrum yang kebetulannya Thanasis adalah peminat tegar permainan tersebut. Manakala 'Dol' pula dari Tolkien yang membawa maksud "castle". Dari perkataan latin pula 'dolor' membawa maksud "pain" / kesakitan. 'Dol' juga diguna-pakai sebagai satu sukatan unit untuk kesakitan/pain). Manakala perkataan Ammad ia seakan-akan perkataan atau nama masyarakat Palestin yang membawa makna "pillar/column". Jadi ringkasnya Dol Ammad adalah atau berkemungkinan "Castle of Column" atau "Column of Pain". Bagi Thanasis pula nama Dol Ammad pula adalah pelik dan dia suka akan bunyi sebutannya. Dol Ammad telahpun mengeluarkan beberapa buah album dan ep antaranya ;
Demo EP / Album
Demo EP No. 1 (2001)
Demo EP (2002)
Star tales (2004)
Ocean Dynamics (2006)
Winds Of The Sun EP (2010)
Cosmic Gods : Episode 1 - Hyperspeed (2012)
Dol Ammad dianggotai oleh ;
Thanasis Lightbridge - synthesizer
Maria Stolaki - vokal alto
Alexandros Barmpas - vokal tenor
Panos Lampoultakis - vokal tenor
Vicky Alexaki - vokal alto
Themis Mpasdekis - vokal tenor
Kortessa Tsifodimou - vokal soprano
Kyriakos Chouvardas - vokal bass
Nick Terry - bass
Petros Moraitis - vokal bass
Yannis Tsalouhidis - vokal bass
Alex Holzwarth - dram
Alexandra Voulgari - vokal soprano
Ntina Strani - vokal alto
Sofia "S.P" patsi - vokal alto
Anestis Papageogiou -vokal tenor
Mary Palaska - vokal soprano
Dimitris "Dim" Makrantonakis - gitar

Khamis, 5 April 2012

KL Metal Camp 2012

Sana sini mat-mat / sis-sis rock dan metal sibuk berbicara mengenai Metal Camp 2012. Ini merupakan salah satu festival muzik rock dan metal yang dianjurkan di Malaysia khasnya di Kuala Lumpur. Edisi yang kelima festival metal - KL Metal Camp yang bakal diadakan pada 29 April 2012 di Stadium Chinwoo, Kuala Lumpur. Kalau nak dibandingkan dengan festival muzik rock dan metal di tempat lain atau di luar negara, memang bezanya adalah langit dan bumi. Namun warga rock dan metal tempatan harus berbangga kerana ini merupakan satu inisiatif warga rock dan metal tempatan untuk mengujudkan satu ruang dan kesempatan bagi peminat rock dan metal khasnya berkumpul seterusnya menyaksikan persembahan hebat darei band-band jemputan tempatan dan antarabangsa. Tidak perlu dibicarakan panjang lebar mengenai Metal Camp 2012 edisi kali ini lantaran rata-rata mat-mat metal tempatan sudah tahu dan ingat pada nama dan tarikh itu. Catatan ini sekadar untuk menyemarakkan lagi semangat festival tersebut serta sekadar ingatan bahawa festival tersebut semakin dekat tarikhnya. 
KL Metal Fest kali ini bakal menampilkan band-band seperti Bloodshed, Koffin Kanser, Infectious Maggot, Lobotomy, As-Sahar, Damokis, Kazanna, Voltan, Scum, Hayagriva, Sarjan Hassan dan penampilan istimewa Karl Cromok. Antara lain tarikan utama yangh bakal diundang menghangatkana lagi metal fest kali ini ialah band dari Amerika Syarikat iaiatu D.R.I (Dirty Rotten Imbeciles) yang bakal mengetangahkan anggota asal mereka. Untuk menyaksikan serta turut sama merasai kehangatan KL Metal Fest kali ini tiket berharga RM65 (early bird), RM70 (pre-sale) dan RM80 (door - masa festival berlangsung).

Selasa, 3 April 2012

Adyta

Apa Adyta dan siapa Adyta, jarang kita dengar nama itu tapi bagi yang suka mencari sesuatu yang baharu dan yang ada kelainan mungkin akan terjumpa Adyta. Tolak yang telah kenal dan followers Adyta sejati atau yang baru-baru nak kenal siapa Adyta. Adyta mudah saja iaitu dua - Joakim Severinsen dan Martin Aasen, itulah Adyta. 
Joakim merupakan seorang gitaris dan penulis lagu dari Skien dari selatan Norway dan mula berjinak dengan mjuzik ketika menyertai band seperti Sectum (band black folk metal) dari tahun 2005 hingga 2007. kemudian Joakim menyertai band Mortiferia dan meninggalkan band tersebut dalam tahun 2008 demi mencari kepuasan dan mencapai matlamat sendiri.Kemudian dia mengasaskan Adyta dan kemudian menjadikannya matlamat dan projek utama. Dengan demikian Adyta menjadi lakuran antara symphonic folk metal dan extreme metal yang unik di tangan Joakim. Sebagai permulaan projek tersebut Joakim menghubungi Melissa Ferlaak (bekas vokalis Vission Of Atlantis) untuk menyanyikan lagu baharunya dan dengan persetujuan itu lahirlah 'Rose Of melancholy' yang telah dirilis dalam tahun 2009.
Selepas beberapa ketika teman rapat lama Joakim dari Sectum, Martin Aasen menyertai joakim dan berperanan sebagai bassist. dalam bulan Mei 2010 Adyta telah masuk studio di Larvik, Norway untuk rakaman dram bagi EP kedua mereka, Katarsis. Sumbangan paluan dram tersebut dilakukan oleh Joachim Strom Ekelund dari band melodic progressive metal, Above Symmetry. Selain itu Joakim juga menjemput pemuzik kesukaannya sebagai penampilan istimewa untuk lagu baharunya. Antara pemuzik yang menyumbangkan tenaga dalam lagu tersebut ialah Mark Jansen, Oliver Palotai dan Allen B. Konstanz. Setakat artikel ini ditulis belum pasti lagi bila lagu tersebut akan dirilis. Apappun buka mata dan nantikan kehadiran lagu tersebut dan kita nilai sendiri hidangan dari Adyta, mungkin suatu hari nanti akan membuat kejutan pada kita... kita tak tahu.

EP Rose Of melancholy
1.   Ab exilio (Prolog)
2.   The ophidian's tongue
3.   Rose of melancholy
4.   Gjennom tiden
5.   Of a captive mind.












EP Katarsis
1.   Katarsis
2.   Cognition concept
3.   Minner av sorgen
4.   Legselens kammer
5.   Nostalgia