Begitu pantas masa berlalu... sekarang dah pun pertengahan Jun 2012 (masa artikel ini ditulis). Kalau kita jenguk kembali dalam sebulan lebih sebelum/dari hari ini (13 Jun) yakni dalam bulan April kita di Kuala Lumpur digegarkan dengan KL Metal Camp siri ke 5... Singapura juga dalam bulan yang sama juga bergegar dengan gegaran Diablo Open Air Festival... dan satu lagi di negara jiran kita juga turut bergoncang oleh gegaran Hammersonic - Jakarta International Metal Festival. Ketiga-tiga nama atau judul tersebut mempunyai asas pegangan yang sama iaitu muzik metal dan sudah pastinya mengetengahkan band-band metal tempatan dan luar negara. Shaqmetal sekadar mendengar dan membaca sahaja apa yang terjadi lantaran kesempatan untuk berkunjung terutamanya ke Singapura dan Indonesia adalah amat terhad maka perkembangan 2 festival muzik metal tersebut sekadar diketahui melalui berita sahaja.
Bukan apa shaqmetal sekadar memerahkan otak untuk memeningkan minda sekejap perihal 3 festival muzik metal berkenaan. KL Metal Camp yang diadakan di Kuala Lumpur boleh dianggap yang paling dewasa dalam aras penganjurannya kerana tahun 2012 merupakan tahun ke 5 penganjuran KL Metal Camp, manakala Singapura pula tampil dengan Diablo Open Air Festival buat julung kalinya begitu juga dengan Indonesia membawa berdiri gah Hammersonic - Jakarta International Metal Festival. Semuanya berlaku dalam bulan April di ketiga-tiga lokasi, Kuala Lumpur, Singapura dan Jakarta.
KL Metal Camp 2012 siri yang kelima telah diadakan di Stadium Chinwoo, Kuala Lumpur, Malaysia, pada 29 April 2012 dengan menampil kepelbagaian genre muzik metal dari band tempatan dan antaranbangsa. Tiket telah dijual dengan harga RM75.00 dan RM90.00. Manakala untuk julungkalinya Singapura yang menampilkan Diablo Open Air Festival 2012 pula diadakan di West Coast Park, Singapura pada 26 April 2012. Tiket dijual dengan harga SD140.00, SD165.00 dan SD 200.00 Di Indonesia pula Hammersonic - Jakarta International Metal Festival telah berlangsung pada 28 April 2012 bertempat di Lapngan D Senayan, Jakarta, Indonesia. Tiket di Jakarta pula dijual pada harga Rp100,000.00, Rp150,000.00 dan Rp200,000.00.
Kalau hendak dilhat dari harga tiket memang ada perbezaannya, cukup jelas bukan. Apapun ada beberapa faktor yang perlu diambil kita dalam menjadikan festival sebegitu berakhir dengan suksesnya antaranya seperti harga tiket, lokasi, band yang turut serta, sokongan pihak berwajib, sokongan agensi swasta dan peminat muzik itu sendiri. Cuba kita intai kembali pada ketiga-tiga festival muzik tersebut KL Metal Camp sekadar mampu menarik ratusan pengunjung, Diablo Open Air pula mampu menarik lebih 2 ribu peminat dan Hammersonic - Jakarta International Metal Festival pula mampu meraih puluahn ribu peminatnya turun. Jadi kita bandingkan dfan bezakan ketiga-tiga event besar tersebut - puncanya dimana menyebabkan ratusan sahaja peminat metal kita turun padang? Berbanding dengan Singapura yang julungkalinya menganjurkan festival sedemikian dapat meraih lebih 2000 peminatnya. Di Jakarta pula mampu menarik puluhan ribu peminatnya. Kita fikirkan bersama apa sebab dan puncanya... Mungkin ada boleh hantar komen atau juga pandangan mengenai situasi ini untuk kita kongsi bersama.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan