Logo Design by FlamingText.com

Rabu, 9 April 2014

Sraight To Your Face...

Straight To Your Face  - Round 5 Mempersembahkan....
  Bandaraya Kuching di Sarawak, Malaysia tidak pernah kurang daripada membuka gelanggang gig, mini konsert atau persembahan pentas bagi penggiat muzik rock dan metal baik melibatkan band - band tempatan ataupun antarabangsa. Tambah mewarnai senario itu "Straight To Your Face - Round 5" akan berlangsung esok 10 April 2014 bertempat di Dewan DBNA, Jalan Ong Tian Swee, Kuching.
   Antara band yang akan mempersembahan kehebatan masing - masing esok (artikel ini ditulis 9 April 2014) ialah band Kylesa(Amerika Syarikat), Eternal Rest (Australia), Sacwrath, Azure For Janne, Satisfactory, Kurasa Kuasa, Militant Attack, Cousin Of Death dan Search And Destroy. Apapun menurut penganjur yang sempat shaqmetal temui petang kelmarin memaklumkan yang band Skeletonwitch tidak dapat menyertai STYF 5 lantaran menarik diri di saat-saat akhir atas sebab yang tidak dapat dielekkan.
Anggota band Kylesa yann bakal menggeggarkan STYF 5
     Bagi peminat band - band yang telah dinyatakan dan anda yang minat akan gig atau persembahan sebegini boleh mendapatkan tiket dengan harga RM40 (pre-sale) dijual sebelum persembahan daripada pihak penganjur. Manakala tiket yang dijual dipintu masuk pada hari yang sama berharga RM60 (door)
     Bagi peminat yang nak tahu lebih lanjut lagi mengenai STYF 5 anda boleh klik link FB ini bagi mendapatkan gambaran yang lebih lanjut https://www.facebook.com/STYFEVENT?fref=ts Bagi menyemarakkan lagi senario rock dan metal tempatan Rock Jer... SARAWAKfm akan mengadakan kuiz yang bermula kelmarin. Kuiz yang memberikan hadiah berupa tiket untuk menyaksikan persembahan malam esok. Ikuti Rock Jer.. SARAWAKfm dari jam 10 malam hingga 12 tengah malam setiap hari dari Isnin hingga Jumaat.
     Bagi yang ingin mendapatkan kepastian dan maklumat lanjut mengenai STYF 5 anda boleh berhubung terus dengan penganjur Thorn Wire Records untuk maklumat tiket ataupun informasi lain.
Wajah ceria anggota band Eternal Rest akan turut beraksi di STYF 5

Khamis, 20 Februari 2014

Epica - The Quantum Enigma (2014)

Album Baharu Epica – The Quantum Enigma (2014)


          Nama yang tidak asing lagi bagi pengemar muzik metal khasnya symphonic metal antarabangsa, Epica, band yang diasaskan oleh Mark Jansen. Band yang berasal dari Netherland ini bakal tampil dan meriliskan album terbaharu mereka bulan Mei ini.
          The Quantum Enigma merupakan tajuk album terbaharu mereka yang bakal diriliskan pada 2 Mei 2014 ini nanti.  Album studio keenam Epica ini merupakan album pertama bagi pemain bass baharu mereka iaitu Rob van der Loo menggantikan tempat Yves Huts dalam tahun 2012.
Menurut Mark Jansen album The Quantum Enigma mempamerkan bunyi yang lebih moden tetapi masih mengekalkan semua elemen tipikal Epica. Menurut Mark lagi adalah begitu mengujakan bila melihat semua anggota band begitu bersemangat dan bermotivasi bekerja untuk menyiapkan album tersebut. Bunyi yang di pertaruhkan menerusi album ini kata Mark Jansen, adalah bunyi  yang lebih berat  lebih brutal dari aspek gitar, bass dan dram.
          Epica diawal kemunculan mereka iaitu dalam tahun 2002 mereka tampil menggunakan nama Sahara Dust dan berasal dari Reuver, Limburg, Netherlands


Berikut adalah senarai lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ;

1.            Originem              
2.            The Second Stone            
3.            The Essence of Silence                   
4.            Victims of Contingency  
5.            Sense Without Sanity (The Impervious Code)    
6.            Unchain Utopia                  
7.            The Fifth Guardian (Interlude)  
8.            Chemical Insomnia           
9.            Reverence (Living in the Heart)
10.          Omen (The Ghoulish Malady)   
11.          Canvas of Life     
12.          Natural Corruption           
13.          The Quantum Enigma (Kingdom of Heaven Part II)          
14.          In All Consience (Digipack Bonus track) 

Disc 2 (Digipack dan Earbook sahaja)      
               
1.            Canvas of Life (Acoustic Version)             
2.            In All Conscience (Acoustic Version)       
3.            Dreamscape (Acoustic Version)
4.            Natural Corruption (Acoustic Version)
                 
Disc 3 (Earbook sahaja)    

1.            Originem (Instrumental)              
2.            The Second Stone (Instrumental)            
3.            The Essence of Silence (Instrumental)   
4.            Victims of Contingency (Instrumental)  
5.            Sense Without Sanity (The Impervious Code - Instrumental)      
6.            Unchain Utopia (Instrumental) 
7.            The Fifth Guardian (Interlude - Instrumental)    
8.            Chemical Insomnia (Instrumental)          
9.            Reverence (Living in the Heart - Instrumental)  
10.          Omen (The Ghoulish Malady - Instrumental)     
11.          Canvas of Life (Instrumental)    
12.          Natural Corruption (Instrumental)          
13.          The Quantum Enigma (Kingdom of Heaven Part II - Instrumental)

Rabu, 12 Februari 2014

Hydra - Within Temptation

Hydra... antara yang terbaik dari Within Temptation
Within Temptation antara nama besar yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia metal antarabangsa, bukan nama band itu sahaja malah vokalisnya juga turut disebut-sebut antara vokalis band symphonic metal yang cukup disegani sehingga ada yang menamakan dia sebagai queen of symphonic metal. Namun itu bukanlah cerita kita kali ini… tetapi lebih menjurus pada buah tangan terbaharu band Within Temptation atau WT, yang dianggotai oleh  Sharon den Adel – vokalis, Robert Westerholt – gitar, Ruud Jolie – gitar, Martijn Spierenburg – keyboard, Jeroen van Veen – gitar bass,  Mike Coolen – dram dan Stefan Helleblad – gitar tambahan.

WT telahpun hadir dengan hasil terbaharu mereka iaitu Hydra sebuah album penuh, studio keenam WT, telahpun diriliskan pada 31 Januari 2014. Album Hydra menampilkan penyanyi jemputan band metalcore iaitu Howard Jones, bekas anggota band Killswitch Engage, penyanyi rap – Xzibit, penyanyi symphonic metal yang bergerak secara solo yang juga bekas vokalis Nightwish – Tarja Turunen dan penyanyi band alternative rock, Soul Asylum – Dave Pirner. Itu antara individu yang mempunyai nada vokal yang tersendiri turut mewarnai album terbaharu WT - Hydra.

Menurut WT, tajuk album tersebut merujuk pada kehebatan kepelbagaian genre muzik WT yang sentiasa bertambah baik dan berkembang setiap masa. Menurut gitaris WT, Robert Westerholt “Hydra merupakan tajuk album yang sempurna untuk album terbaharu mereka lantaran ia mewakili kepelbagaian sisi muzik bawaan mereka”.

Menurut mitos Greek purba pula, Hydra merupakan ular gergasi yang mempunyai banyak kepala yang tidak memungkinkan kepalanya di potong. Maka dengan kekuatan mitos Greek purba itulah semangat dan aura Hydra diterapkan pada album terbaharu WT.

Pembikinan album tersebut telah bermula dalam tahun 2012. Penerbitan single , rakaman video dan pelbagai lagi aktiviti termasuk persembahan dan tour melewatkan tarikh rilis album tersebut yang dijadualkan pada awalnya dalam bulan September 2013. Meskipun demikian WT sempat meriliskan 4 single menerusi album Hydra iaitu Paradise (feat Tarja), Dangerous, Whole world is watching dan And we run.

Diperingkat awal album tersebut diriliskan, WT menerima banyak maklum balas antaranya dari stesen radio Rock Antene yang menyatakan bahawa album tersebut “fast” dan  “heavy” sehingga  diberikan markah 5/5 oleh sesetengah pihak. Majalah muzik Reflections of Darkness pula memberi markah penuh 10/10 dengan mengklasifikasikannya sebagai “earthly and modern” berbanding dengan album terdahulu yang lebih menjurus pada atmosfera “celestial romance and coldness”. Album ini juga dikatakan “fashionable influences” kerana penampilan penyanyi undangan khas dan arah tuju muzik mereka yang sedikit berbeza. Pernyataan itu juga menamatkan tuduhan yang WT akan tetap berpegang teguh dengan elemen symphonic metal dan progressive metal. Dikatakan juga WT kembali kepada asas mereka dengan bunyi yang lebih berat dan dramatik selain terus berkembang melewati batas sempadan muzik mereka. Malah WT juga dikatakan menampilkan album yang melakurkan stail muzik yang dipersembahkan. Antara komen yang cukup menarik juga untuk album Hydra ini ialah “album yang penuh dengan synth, bunyi gitar yang segar, mendayu dan indah dan juga bunyi ‘backing’ vokal yang sempurna serta harmoni”. 

Sedikit komen dan maklum balas yang boleh kita kongsi bersama bagi album Hydra WT, namun bagi shaqmetal  secara peribadi Hydra telah menolak  semula nama WT ke hadapan setelah sedikit hanyut menerusi album seperti “The Unforgiving”. Lantaran bunyi yang dihasilkan menerusi album tersebut(The Unforgiving) terlalu  modern dan tidak sesuai dengan bunyi celtic bawaan mereka. Maka kritikan yang agak keterlaluan dilemparkan, namun sesetengah individu pula menyukai akan perubahan tersebut. Apapun shaqmetal  secara peribadinya tidak menyukai album “The Unforgiving” WT lantaran bunyi  agak tersasar dari landasan jalur muzik WT yang sebenar. Tetapi bagi album Hydra ini olahan dan gubahan serta arahan bunyi muzik WT cukup menarik dan indah serta harmoni menjadikan perubahan serta elemen fushion yang dimuatkan itu menjadi satu garapan yang cukup untuk memenuhi ruang udara persekitaran bunyi symphonic metal yang fushion, modern namun tetap ada elemen celtic dalam bunyi symphonic WT.

Talaan bunyi WT bagi album Hydra menjadikan muzik symphonic metal WT menerusi album Hydra ini cukup segar, harmoni, berat, pantas, padu dan indah. Vokal Sharon seakan – akan menyerap dalam jalur muzik yang dipersembah, menjadikan alunan muzik dan vokal berpadu dan berjalan seiringan lantas menghasilkan bunyi Hydra WT yang tersebdiri dalam kelasnya meskipun masih berpijak pada jalur muzik symphonic metal.

Bagi mengetahui, mendengar, merasai dan menikmati muzik WT menerusi album Hydra adalah lebih baik dengarkan sendiri dan dapatkan jawapan sendiri untuk Hydra. Pandangan dan pendapat shaqmetal bukanlah pendapat purata semua pendengar, ini adalah pandangan dan pendapat individu shaqmetal. Apa pun pendapat anda terserah pada bagaimana cara anda menikmati muzik yang anda minati. 
























Isnin, 20 Januari 2014

Album Baharu 2014 (II)

Terkini untuk kita kongsi bersama shaqmetal muat naikkan beberapa buah album baharu lagi iaitu album dari band yang membawa jalur muzik symphonic metal dan power metal (itu keutamaan shaqmetal). Selain band symphonic metal, power metal, folk metal, progressive metal dan a cappella metal band-band lain yang membawa jalur muzik heavy metal, thrash metal dan sebagainya akan tetap di paparkan cuma keutamaan adalah untuk genre muzik seperti yang telah dinyatakan....



Band  :  The Roseto Uprising
Album  :  Pain and protes
Genre  :  Power metal
Rilis  :  2 Januari 2014
Trek  :  10 buah lagu







































Band  :  Under Sanity's Bane
Album  :  A cosmic tragedy
Genre  :  Power metal
Rilis  :  7 Januari 2014
Trek  :  9 buah lagu
































Band  :  Avenguard
Album  :  Honor and glory
Genre  :  Power metal
Rilis  :  8 Januari 2014
Trek  :  7 buah lagu





































Band  :  Suncrown

Album  :  You are not alone
Genre  :  Symphonic metal
Rilis  :  10 Januari 2014
Trek  :  11 buah lagu







































Band  :  Iced Earth

Album  :  Plagues of Babylon
Genre  :  Power metal
Rilis  :  6 Januari 2014 (Eropah)
            7 Januari 2014  (Amerika Utara)







































Band  :  Van Canto
Album  :  Dawn of the brave
Genre  :  A cappella metal (Power metal)
Rilis  :  7 Februari 2014
Trek  :  13 buah lagu



Band  :  Freedom Call
Album  :  Beyond
Genre  :  Power metal
Rilis  :  24 Februari 2014
Trek  :  14 buah lagu






































Band  :  4th Dimension
Album  :  Dispelling the veil of illusions
Genre  :  Power metal
Rilis  :  21 Mac 2014
Trek  :  10 buah lagu




































Band  :  Sinbreed

Album  :  Shadow
Genre  :  Power metal
Rilis  :  28 Mac 2014
Trek  :  10 buah lagu





































Band  :  Sonata Arctica

Album  :  Pariah's child
Genre  :  Power metal
Riilis  :  28 Mac 2014
Trek  :  10 buah lagu

































Selasa, 7 Januari 2014

Album Baharu 2014 ( I )

Beberapa buah lagi album baharu yang boleh kita kongsi bersama menerusi ruangan ini...

Band  :  Synthesis
Album  :  A new romantic age
Genre  :  Heavy metal
Rilis  :  6 Januari 2014
Trek  :  10 buah lagu

Band  :  Skull Fist
Album  :  Chasing the dream
Genre  :  Heavy metal
Rilis  :  10 Januari 2014
Trek  : 9 buah lagu


Band  :  Mechina
Album  :  Xenon
Genre  :  Symphonic metal / Industrial death metal
Rilis  :  1 Januari 2014
Trek  :  10 buah lagu

Jumaat, 3 Januari 2014

Album Baharu 2014

Terbaharu yang ada dan bakal berada di pasaran 2014...

Band  :  Iron Saviour
Album  :  Rise Of The Hero
Genre  :  Power metal
Rilis  :  28 Februari 2014       

Band  :  Jack The Frost
Album  :  Fool to be cool
Genre  :  Power metal
Rilis  :  17 Januari 2014

Band  :  Dark Forest
Album  :  The awakening
Genre  :  Heavy metal
Rilis  :  28 Februari 2014

Band  :  Primal Fear
Album  :   Dilevering the black
Genre  :  Power metal
Rilis  :  24 Januari 2014

Band  :  Pesuader
Album  :  The fiction maze
Genre  :  Power metal
Rilis  :  17 Januari 2014

Band  :  Within Temptation
Album  Hydra
Genre  :  Symphonic metal
Rilis  :  31 Januari 2014





       

Selasa, 31 Disember 2013

ALBUM BAHARU 2013 (BAHAGIAN II)

Agak lama shaqmetal tidak sempat nak upload cerita dan info baharu khasnya album-album baharu yang telah berada di pasaran. Untuk kita kongsi bersama berikut antara album baharu yang telah berada di pasaran.... Untuk hari teraklhir dalam tahun 2013 sedikit lagi untuk kita kongsi bersama dari banyak-banyak album yang tidak sempat shaqmetal uploadkan...

Band  :  Leave's Eyes
Genre  :  Symphonic metal
Album  :  Symphonies of the nights
Trek  :  13 lagu (2 lagu bonus)
Rilis  :  15 November 2013 (Eropah)
             26 November 2013 (Amerika Syarikat)

Band  :  Titanium
Genre  :  Power metal
Album  :  Titanium (self title)
Trek  :  14 trek (2 instrumental)
Rilis  :  20 April 2013

Band  :  Ignitor
Genre  :  Power metal
Album  :  Mix tape '85 (Cover)
Trek  :  8 buah lagu
Rilis  :  20 Mac 2013


Band  :  Dream Theater
Genre  :  Progressive metal
Album  :  Happy Holiday
Trek  :  16 buah lagu (2 CD - 7 buah lagu / 6 buah lagu)
Rilis  :  25 Disember 2013



Selasa, 3 Disember 2013

Timo Tolkki Avalon

Avalon - The land of new hope


     
     Avalon satu nama yang agak janggal dan mungkin jarang kita dengar kalau kita bukan peminat muzik fushion. Avalon merupakan projek opera metal yang diilham dan dicipta oleh bekas anggota Stratovarius yang juga bekas ahli band  Revolution Renaissance dan band Symfonia iaitu Timo Tolkki dalam tahun 2013.
     Ketika menjadikan ciptaannya itu satu reality Timo Tolkki pernah menyatakan yang  konsep Metal Opera begitu hebat, mempersonakan  dan lojikal kepada beliau ketika  saat itu dalam kariernya. TRambahnya dia begitu menyukai muzik klasikal semacam dia menyukai opera klasik yang mana dalam Metal Opera dia dapat mencipta cerita dan muzik tanpa had. Menerusi muzik begitu Timo Tolkki dapat menerjah keupayaan muzik tanpa sempadan dengan cerita dan tema tersendiri yang melahirkan sebuah album setakat ini, The Land Of New Hope (2013) dan bakal hadir dengan album keduanya iaiatu Avalon ll dalam tahun 2014 (artikel ini ditulis pada 2 Disember 2013).
     Antara personality yang membantu memjayakan projek Timo Tolkki ini ialah;
Timo Tolkki  -  (bekas anggota Stratovarius, Revolution Renaissance, Symfonia)                         
Alex Holzwarth  -  Rhapsody of Fire                             
Mikko Härkin  -  (bekas anggota Sonata Arctica, Symfonia), Luca Turilli's Rhapsody            
Elize Ryd  -  Amaranthe        
Rob Rock  -  Impellitteri                         
Russell Allen  -  Symphony X, Adrenaline Mob, Allen-Lande        
Michael Kiske  -  Unisonic, Place Vendome, Kiske/Somerville,bekas ahli -Helloween         
Tony Kakko  -  Sonata Arctica                  
Sharon den Adel  -  Within Temptation                         
Derek Sherinian  -   (bekas ahli Dream Theater, Black Country Communion) the Earth            
Jens Johansson  -  Stratovarius                       
Simone Simons  -  Epica                     
Tuomo Lassila  -   bekas anggota Stratovarius                        
Antti Ikonen



     Antara lagu yang dimuatkan dalam album tersebut di atras adalah seperti berikut;
1.            Avalanche Anthem
2.            A World Without Us
3.            Enshrined in My Memory
4.            In the Name of the Rose
5.            We Will Find a Way
6.            Shine
7.            The Magic of the Night
8.            To the Edge of the Earth
9.            I’ll Sing You Home
10.          The Land of New Hope

Album ini telah diriliskan pada 17 Mei 2013 di Eropah manakal 21 Mei di Amerika Syarikat.