


Band : Trimatra
Muzik : Rapcore
Aktif : 2002
Ahli
She-D - drum
Bambang - bass
Eyyo - gitar dan back-up vokal
Samiez Anelka - programming, loop dan rap
Fairoze - vokal
Discografi
Album
Bising Bising (2002)
Sebut nama TRIMATRA mungkin kita terfikir semula jenis muzik yang mereka bawa yang bunyinya agak pelik waktu itu iaitu dalam tahun 2002. Di Malaysia waktu itu nama seperti nama Linkin Park dan Limp Bizkit belum lagi meletup dan mungkin segelintir insan saja yang kenal akan band itu, namun begitu TRIMATRA sebenarnya sudahpun berada di pasaran arus perdana waktu itu membawa muzik yang seakan Linkin Park atau Limp Bizkit yakni Rapcore, subgenre yang terlalu baru buat halwa telinga masyarakat Malaysia waktu itu. Waktu itu kita masih tidak dapat lagi menerima muzik sedemikian sehinggalah produk Linkin Park dan Limp Bizkit dibawa masuk ke Malaysia barulah pendengar kita mula dapat menikmati muzik sedemikian.
Persoalannya apakah yang diketengahkan oleh TRIMATRA terlalu advance / awal atau terlalu terkehadapan dalam mengetengahkan jenis muzik? Baru sekarang kita sedar yang sebenarnya TRIMATRA telah mendahului kita dalam menjelajah muzik namun kita tidak pernah menghargainya. Kita kurang beri sokon gan pada mereka dazn bila mereka sudah entah kemana barulah kita nak mencari-cari mereka. Nasi sudah menjadi bubur TRIMATRA pun entah ada entah tiada. Namun kita sebenarnya rugi bila kita membiarkan band sbegitu berlalu tanpa sokongan yang kuat.
TRIMATRA yang dianggotai oleh She-D, Bambang, Eyyo, Sameiez Anelka dan Fairoze cuma terdaya tampil dengan album Bising Bising dan mereka terus tiada berita. Album yang diterbitkan oleh Mohalim, bekas anggota band Iklim itu memuatkan 10 buah lagu seperti Bising, Tomahawk, Enigma, Ganggu, Khayalan, Neraca, Trauma, Hidup, Dera dan 13 April.
Menurut penerbit album TRIMATRA, Mohalim, "Album TRIMATRA adalah album melayu tempatan yang berkonsep rock masa kini (waktu itu - 2002) yang memuatkan elemen-elemen hip-hop, techno,ethnic, punk, reggae, metal, hardcore, loop drum dan juga efek bunyi. Gabungan elemen tersebut telah melahirkan TRIMATRA".
Cuma andaikan kalaulah TRIMATRA masih giat memainkan muzik mereka ketika ini pasti mereka seperti juga setanding band rock atau metal yang telah menyinar ketika ini. Sayang mereka yang advance dengan subgenre sebegitu kita telah abaikan... fikirkanlah semula.