Logo Design by FlamingText.com

Selasa, 28 Disember 2010

LOGO RASMI ROCK SELAMBA...



Inilah logo rasmi Rock Selambe MUZIKfm. Terima kasih Rock Selambe kerana bagi logo ini utk di 'publish' kat sini. Hakcipta terpelihara dan sebarang penggunaan oleh orang perseorangan atau organisasi lain tanpa kebenaran dari pihak MUZIKfm adalah dilarang sama sekali.

Khamis, 9 Disember 2010

Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

SEJATI ... come back!


Bila berkumandangnya lagu Bila bunga dipetik orang pasti anda akan teringat akan band atau kumpulan Sejati yang pernah meletup suatu ketika dahulu. Bila bunga dipetik orang merupakan lagu evergreen Sejati. Band yang ditubuhkan dalam era rock kapak itu secara sedar tak sedar juga telah hadir dengan buah tangan terbaharu menerusi album Sejati & Azura.
Sebagai sebuah a.bum come back bergabung dengan Azura(penyanyi baharu) album tersebut memuatkan 10 buah lagu antaranya seperti berikut ;
1. Sanggupkah engkau menanti (Duet bersama Azura)
2. Pasrah cinta (Sejati)
3. Bila bunga dipetik orang (Sejati) (re-recording)
4. Segala yang tak pasti (Azura)
5. Bicara cinta (Azura)
6. Sara… (Sejati)
7. Tidurlah adik (Azura)
8. Kau tak setia (Azura)
9. Mawar merah (Sejati)
10. Sanggupkah engkau menanti (karaoke/minus one)

Album yang memuatkan 4 buah lagu dari Sejati itu oleh Ahmad Khushairi Ismail @ Aki. Dari bunyi yang diketengahkan oleh Sejati menerusi lagu-lagu yang dimuatkan dalam album gabungan tersebut mempamirkan bunyi Sejati yang agak berbeza sedikit dari Sejati dahulu. Bunyinya sedikit terarah kepada pop namun masih ada lagi terselit bunyi rock kapak lantas menjadikan adunan bunyi pop rock dan rock kapak. Apapun untuk mengetahui dengan sendiri bunyi Sejati yg tampak lebih matang anda kena dengar sendiri lagu-lagu tersebut. Apapun bagi shaqmetal lagu-lagu ala-ala zaman rock kapak masih boleh dinikmati menerusi luahan terbaharu Sejati itu.



ROCK KAPAK ... 80'an dan 90'an


Rasanya sudah lama shaq tidak menelusuri ruangan ini dan update cerita baru. shaq akui memang sejak kebelakangan ini agak sibuk dengan pelbagai tugas yang amat-amat perlu disegerakan namun untuk shaqmetal sesekali tu ada juga dijenguk namun tidak berkesempatan untuk berkarya seketika. Maaf... hari ini dah masuk hari yang kedua dalam tahun baharu hijrah... mudah-mudahan kita rockers dan metalers akan juga berhijrah dari yang baik kepada yang lebih baik dan dari yang kurang baik menjadi yang baik... insyaAllah. Mulai ketika ini juga shaq cuba nak sangkutkan satu lagi helaian dalam blog ini iaitu khas untuk rock otai kita atau lebih tepat rock kapak atau rock 80an dan 90an bagi memberi sedikit ruang untuk mereka serta mengetahui sedikti sebanyak aktiviti mereka kebelakangan ini. Rock terus rock dan juga terus metal bro....
Image by FlamingText.com

Firasah antara band yang cuba untuk tampil dalam arus perdana muzik metal tempatan. Berbekalkan muzik metal ala 80an cuba memberi nafas yang lebih baru dan segar muzik metal ala 80an menerusi lagu yang dimuatkan dalam single demo mereka yang diberi judul Si Penanggal. 2 lagu dimuatkan dalam single demo tersebut iaitu Si Penanggal dan lagu Cahaya Kebenaran. Demo single tersebut telah dirakamkan di Iseek Studio dalam bulan Julai 2009. Bagi yang ingin menikmati stail muzik Firasah anda kena nantikan dan mungkin juga boleh diikuti menerusi segmen Rock Selamba... di MUZIKfm.

Selasa, 24 Ogos 2010

Gaia lll : Atlantia – Mago de Oz (album baharu)



Band folk metal yang berasal dari Spain ini telahpun mengeluarkan 9 buah album dan album ke 10 mereka berjudul Gaia lll : Atlanta telahpun diriliskan pada 6 April 2010. Gaia lll : Atlanta merupakan kesinambungan dari trilogy “Gaia” yang bermula dalam tahun 2003 seterusnya bersambung dalam tahun 2005 dengan Gaia ll : La Voz Dormida. Untuk album terbaharu mereka telah mengeluarkan single Que el viento sople a tu favor (2010). Gaia lll : Atlanta didatangkan dalam 2 cd dan antara lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ialah ;
CD 1:
El Latido de Gaia (Intro) "The Heartbeat Of Gaia"
Dies Irae "Day of wrath"
Für Immer "Forever"
Vodka'n'Roll
El Príncipe de la Dulce Pena (Parte IV) "The prince of sweet sorrow (Part IV)"
Mi Hogar Eres Tú "My home is you"
Fuerza y Honor: El Dorado (Instrumental) "Strength and honor: el dorado (Instrumental)
El Violín del Diablo "the devil's violin"
Siempre (Adiós Dulcinea - Parte II) "Forever (Good bye dulcinea part II)

CD 2:
Mis Demonios (Atrévete a Vivir) "My demons (dare to live)"
Que el Viento Sople a tu Favor "Good Riddance"
Sueños Dormidos "Sleeping Dreams"
Aun Amanece Gratis "It still dawns for free"
La Soga del Muerto (Ayahuasca) "The rope of the dead man (Ayahuasca)"
La Ira de Gaia "The Wrath Of Gaia"
Atlantia

Mago de Oz dianggoti oleh ;

Txus Di Fellatio: drums, composer, backing vocals (1989–sekarang)
José Andrëa: lead & backing vocals (1995–sekarang)
Mohammed: violin & backing vocals (1992–sekarang)
Carlitos: Lead guitar & backing vocals (1994–sekarang)
Peri: bass & backing vocals (2005–sekarang)
Frank: rhythmic & acoustic guitar, backing vocals (1995–sekarang)
Sergio Cisneros "Kiskilla": keyboards, piano, accordion, samples (2000–sekarang)
Patricia Tapia: lead & backing vocals (2007–sekarang)
Josema: flutes, whistle, bagpipes (2010–sekarang)

Diskografi
Album Studio
Mägo de Oz (1994)
Jesús de Chamberí (1996)
Mägo de Oz (La Bruja) (1997 reedition)
La Leyenda de la Mancha (1998)
Finisterra (2000)
Gaia (2003)
Belfast (2004)
Gaia II - La Voz Dormida (2005)
La Ciudad de los Árboles (2007)
Gaia III: Atlantia (2010)

Album Live
Fölktergeist (2002)
Madrid - Las Ventas (2005)
A Costa da Morte (2007)
Barakaldo D.F. (2008)

Kompilasi
The Best Oz (2006)
Rock N' Oz (2006)

Single
Molinos de viento (1997)
Resacosix en Hispania (1999)
Fiesta pagana (2000)
¡Feliz Navidad, Cabrones! (2000)
El que quiera entender que entienda (2000)
Molinos de viento (live) (2001)
La danza del Fuego (2001)
Pensando en ti (2002)
La costa del silencio (2003)
El atrapasueños (Promo) (2004)
La rosa de los vientos (2004)
La posada de los muertos (2005)
Hoy toca ser feliz (2006)
Diabulus in Musica (2006)
Y Ahora Voy A Salir (Ranxeira) (2007)
Deja de llorar (2008)
Que el viento sople a tu favor (2010)

Video
A Costa da Rock (2003)
Finisterra (2003)
Resacosix en Hispania (2004)
Madrid - Las Ventas (2005)
Barakaldo D.F. (2008)

Demo
Y qué más da (1989)
Canción de cuna para un bohemio (1990)
Con la cabeza bien alta (1992)

Isnin, 23 Ogos 2010

Dark Diary - Magica (Album terbaharu)



Magica antara band power metal yang telah menghiasi persada muzik metal antarabangsa kini telahpun meriliskan album terbaharu mereka yang diberi judul Dark Diary. Dark Diary telahpun diriliskan pada 28 Mei 2010. Terdahulu Magica hadir dengan album seperti The Scroll of Stone (2002), Lightseeker (2004),
Live in Paris (2005), Hereafter (2007) dan Wolves and Witches (2008). Magica dianggotai oleh Ana Mladinovici – Vocals, Bogdan "Bat" Costea – Guitars, Sorin Vlad – Bass, 6Fingers – Keyboards dan Hertz – drums.
Antara lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ialah ;
Anywhere but Home
Tonight
Never Like You
Wait for Me
Need
Release My Demons
On the Side of Evil
My Kin My Enemy
Used to Be My Angel
We Are Horde
Dear Diary

Rabu, 14 Julai 2010

ReVamp



After Forever kini tinggal nama dan anggotanya telahpun mencari arah tuju sendiri dalam menentukan hala muzik bawaan mereka. Setelah dibubarkan dalam tahun 2009 setiap anggotanya mempunyai impian tersendiri termasuk bekas vokalisnya, Floor Jansen yang meneruskan ambisi dalam kariernya sebagai vokalis rock dan metal dengan menampilkan satu nama baru dalam industry muzik metal antarabangsa. ReVamp satu nama baru yang baru berputik dari hasil nama-nama besar yang pernah mewarnai dunia metal antarabangsa seperti Floor Jansen (bekas vokalis After Forever), Joost van den Broek, kawan seangkatan After Forever yakni bekas pemain keyboard dan Waldemar Sorychta, gitaris Grip Inc., Voodoocult. Selain itu juga terlibat dalam projek pertama ReVamp ialah Jorn Viggo Lofstad (Pagan's Mind, Jørn Lande) yang bersama Floor Jansen menulis lagu namun dihentikan seketika sehingga Floor Jansen mengumumkan menerusi myspace yang nama baru untuk projek tersebut ialah ReVamp. Apapun setakat ini anggota ReVamp adalah tidak tetap lantaran semua pemuzik yang turut menjayakan album sulung ReVamp adalah atas dasar undangan Floor Jansen untuk projek pertamanya. ReVamp masih mencari pemuzik untuk melengkapkan senarai ReVamp. ReVamp masih tidak lari jauh dari konsep lamanya, jalur muzik yang ditelusuri oleh Floor Jansen menerusi ReVamp pula ialah symphonic metal / progressive metal. Album sulung ReVamp yang diberi tajuk sendiri ‘ReVamp’ telahpun diriliskan pada 26 Mei 2010.


Apapun senarai nama anggota yang menemani Floor Jansen dalam ReVamp setakat ini ialah;
Floor Jansen (lead vokal)
Jaap Melman (bass)
Ruben Wijga (keyboard)
Matthias Landes (drum)
Jord Otto (guitar)
Arjan Rijnen (guitar)

Selasa, 13 Julai 2010

Rhapsody Of Fire

Thundercross... Rhapsody... dan kini Rhapsody Of Fire


Rhapsody Of Fire antara nama besar dalam dunia metal antarabangsa yang tidak perlu diperkenalkan lagi namanya. Mungkin ada segelintir yang tahu dan mungkin juga ada yang tidak tahu nama asal Rhapsody Of Fife ialah Thundercross yang diilham dan ditubuhkan dalam tahun 1993. Namun mulai 1995 sehingga 2006 mereka menggunakan nama Rhapsody. Mulai bulan Julai 2006 mereka menukarkan nama Rhapsody menjadi Rhapsody Of Fire atas sebab isu tanda perniagaan(trade mark). Band yang berasal dari Italy ini membawakan muzik symphonic power metal diilhamkan oleh Luca Turilli dengan idea asal untuk mengujudkan sebuah band power metal yang mengintergrasikan muzik klasikal. Anggota yang pertama menyertai Luca Turilli untuk menjadikan Thundercross satu reality ialah Alex Staropoli Daniele Carbonera. Diawal kemunculan Thundercross muzik mereka banyak dipengaruhi stail muzik heavy metal Manowar dan pengaruh gitar pula lebih banyak kepada perspektif dan cara permainan Yngwie Malmsteen. Setahun kemudian Thundercross meriliskan demo pertama mereka, Land of Immortals, dengan menampilkan Cristiano Adacher, sebagai vokalis.


Anggota terkini
Fabio Lione - Vokal
Luca Turilli - Gitar
Dominique Leurquin - Gitar
Alex Staropoli - Keyboard
Patrice Guers - Bass
Alex Holzwarth -Drum

Anggota terdahulu
Cristiano Adacher - Vokal
Andrea Furlan - Bass
Alessandro Lotta - Bass
Daniele Carbonera - Drum

Diskografi
Album Studio
Legendary Tales (1997)
Symphony of Enchanted Lands (1998)
Dawn of Victory (2000)
Rain of a Thousand Flames (2001)
Power of the Dragonflame (2002)
Symphony of Enchanted Lands II: The Dark Secret (2004)
Triumph or Agony (2006)
The Frozen Tears of Angels (2010)

EP
The Dark Secret (2004)
Album Kompilasi
Tales from the Emerald Sword Saga (2004)

Album Live
Live in Canada 2005: The Dark Secret (2006)

DVD
Visions from the Enchanted Lands (2007)

Demo
Land of Immortals (1994)
Eternal Glory (1995)

Khamis, 8 Julai 2010

Legend of The Shadowking - Freedom Call (album baharu)



Freedom Call merupakan band power metal yang berasal dari Jerman ditubuhkan dalam tahun 1988 oleh 2 kawan lama iaiatu Chris Bay dan Daniel Zimmermann ketika tempoh berehat band Gamma Ray. Kemudian Ilker Ersin pemain bass dan Sascha Gerstner bermain gitar melengkapkan lagi gabungan 2 sahabat lama itu untuk melengkapkan Freedom Call menjadi sebuah band.

Ahli band terkini ;
Chris Bay - Vocals & Guitar (1998-sekarang)
Lars Rettkowitz - Guitar (2005-sekarang)
Samy Saemann - Bass (2009-sekarang)
Dan Zimmermann - Drums (1998-sekarang)
Klaus Sperling - Drums (2010-sekarang) – ahli untuk tour/jelajah

Album
Stairway To Fairyland (1999)
Crystal Empire (2001)
Eternity (2002)
The Circle of Life (2005)
Dimensions (2007)
Legend of the Shadowking (2010)

EP
Taragon (1999)

Album Live
Live Invasion (2004)
Silent Empire (2001)


Album Baharu (2010) - Legend of the Shadowking
Legend of the Shadowking merupakan album studio penuh keenam Freedom Call. Album tersebutvtelah diriliskan pda 29 Januari 2010 yang lalu.
14 buah lagu dimuatkan dalam album tersebut ialah ;
1. "Out of the Ruins" 4:21
2. "Thunder God" 3:31
3. "Tears of Babylon" 3:38
4. "Merlin – Legend of the Past" 4:17
5. "Resurrection Day" 3:34
6. "Under the Spell of the Moon" 5:08
7. "Dark Obsession" 4:45
8. "The Darkness" 5:06
9. "Remember!" 4:21
10. "Ludwig II – Prologue" 2:19
11. "The Shadowking" 5:13
12. "Merlin – Requiem" 2:34
13. "Kingdom of Madness" 3:59
14. "A Perfect Day" 3:58

Rabu, 7 Julai 2010

Trans - Siberian Orchestra



Nama besar yang kita kurang kenali khasnya dalam kalangan peminat metal tempatan namun bagi yang menggemari muzik ala-ala orchestra atau lebih senang dikenali dengan nama opera metal atau symphonic metal. Nama seperti Therion, Haggard dan banyak lagi sudah biasa kita dengar namun TSO atau Trans-Siberia Orchestra jarang kita dengar namun sebenarnya TSO adalah antara nama besar yang memainkan muzik symphonic metal. TSO merupakan orchestra yang diasaskan oleh Paul O’Neil dalam tahun 1996 yang membawa bersama kawan lamanya Jon Oliva, Robert Kinkel, dan Al Pitrelli. Muzik asal bawaan mereka lebih terarah pada gabuangan neoclassical, symphonic dan hard rock/metal. Sebelum ini TSO banyak merakamkan lagu-lagu krismas lama dan diolah dengan bunyi dan melodi yang tersendiri oleh TSO.Antara yang menganggotai TSO ialah seperti berikut ;

Komposer
Paul O'Neill - Composer, lyricist, producer
Jon Oliva - Composer
Robert Kinkel - Co-Producer, Keyboards, music director
Al Pitrelli - Guitars, music director

Vokal
Adrienne Warren
James Lewis
Tommy Farese
Anthony Gaynor (also Narrator)
Alexa Goddard
Kristin Lewis Gorman
Erin Henry
Steena Hernandez
Jay Pierce
Bart Shatto
Brad Lewis
Steve Broderick
Danielle Landherr
Andrew Ross
Scout (Scout Ford)
Bryan Hicks (also Narrator)
Jeff Scott Soto
Tim Hockenberry
Jamey Garner
Valentina Porter

Gitar
Al Pitrelli
Chris Caffery
Alex Skolnick
Angus Clark

Bass
Johnny Lee Middleton
Chris Altenhoff

Drum
Jeff Plate
John O. Reilly

Keyboard
Bob Kinkel
Jane Mangini
Derek Wieland
Luci Butler

Violin
Anna Phoebe
Roddy Chong
Caitlin Moe

Sehingga kini TSO telah pun merakamkan beberapa buah album studio penuh, kompilasi, video dan box set antaranya ialah seperti berikut ;
Album Studio
1. Christmas Eve and Other Stories dirilis 15 Oktober 1996
2. The Christmas Attic dirilis 15 September 1998
3. Beethoven's Last Night dirilis 11 April 2000
4. The Lost Christmas Eve dirilis 12 Oktober 2004
5. Night Castle dirilis 27 Oktober 2009

Album Kompilasi
1. Trans-Siberian Orchestra - Limited Edition EP (2007)

Video
1. The Ghosts of Christmas Eve (video)

Box Set
1. Christmas Trilogy (2004) – Memuatkan 3 CD krismas dan DVD The Ghosts of Christmas Eve



Album terkini TSO Night Castle memuatkan 26 trek lagu antaranya ;
1. Night Enchanted
2. Childhood Dreams
3. Sparks
4. The Mountain
5. Night Castle
6. The Safest Way Into Tomorrow
7. Mozart And Memories
8. Another Way You Can Die
9. Toccata-Carpimus Noctem
10. The Lion's Roar
11. Dreams We Conceive
12. Mother And Son
13. There Was A Life
14. Moonlight And Madness
15. Time Floats On
16. Epiphany
17. Bach Lullaby
18. Father, Son & Holy Ghost
19. Remnants Of A Lullaby
20. The Safest Way Into Tomorrow (Reprise)
21. Embers
22. Child Of The Night
23. Believe
24. Nutrocker
25. Carmina Burana
26. Tracers

Selasa, 6 Julai 2010

Box Set pelengkap The Wicked Trilogy Avantasia

Siapa tidak kenal dengan Tobias Sammet, vokalis power metal dari Jerman yang juga vokalis band Edguy. Bila nama Tobias Sammet disebut pasti kita akan kaitkannya dengan Aavantasia yakni sebuah projek yang diciptakan oleh Tobias Sammet. Bermula dengan idea untuk mencipta metal opera dalam tahun 1999, Tobias mula mencipta sesuatu yang baru dengan melibatkan beberapa orang pemuzik undangan untuk merealisasikan Avantasia. Bermula dari detik itu terhasilkan Avantasia yang telahpun hadir dengan beberapa buah album yang dimuatkan dalam beberapa siri/edisi yakni The Metal Opera yang memuatkan 2 buah album, Part l : Metal Opera (2001) dan Part ll : the Metal Opera Part ll (2002). Untuk siri atau edisi seterusnya Avantasia muncul pula dengan The Wicked Trilogy, The Wicked Trilogy memuatkan 3 buah album iaiatu Part l : The Scarecrow (2008), Part ll : the Wicked Symphony (2010) dan Part lll : Angel Of Babylon (2010). The Wicked Symphony dan Angel Of Babylon merupakan box set album yang telahpun dirilis pada 3 April 2010 yang lalu. Dengan terhasilnya box set tersebut dan satu album sebelum itu dalam siri / edisi The Wicked Trilogy menjadikan bahagian kedua The Scarecrow Saga selesai. Menurut Tobias Sammet tajuk lagu yang dimuatkan dalam album tersebut dijelaskan dalam perkataan sendiri sebagai “..… a ten minute track featuring a vocal battle between Jorn lande, Russel Allen and me…..”


Antara lagu yang dimuatkan dalam box set tersebut ialah seperti berikut ;
The Wicked Symphony
1. "The Wicked Symphony" - 9:28
2. "Wastelands" - 4:44
3. "Scales of Justice" - 5:04
4. "Dying for an Angel" - 4:32
5. "Blizzard On a Broken Mirror" - 6:07
6. "Runaway Train" - 8:42
7. "Crestfallen" - 4:02
8. "Forever is a Long Time" - 5:05
9. "Black Wings" - 4:37
10. "States of Matter" - 3:57
11. "The Edge" - 4:12
12. "Twisted Mind (live at Wacken Open Air 2008)" - 7:01 (Japanese Bonus Track)


Angel Of Babylon
1. "Stargazers" - 9:33
2. "Angel of Babylon" - 5:29
3. "Your Love is Evil" - 3:53
4. "Death is Just a Feeling" - 5:21
5. "Rat Race" - 4:07
6. "Down in the Dark" - 4:23
7. "Blowing Out the Flame" - 4:51
8. "Symphony of Life" - 4:30
9. "Alone I Remember" - 4:48
10. "Promised Land" - 4:47
11. "Journey to Arcadia" - 7:12
12. "Lost in Space (live at Masters of Rock 2008)" - 4:20 (Japanese Bonus Track)

Isnin, 5 Julai 2010

Karacoma



Nama Karacoma mungkin agak baru bagi peminat muzik metal tempatan namun bagi warga Brunei mereka mungkin sudah mendengar dan mungkin sudah menikmati muzik Karacoma. Band yang berasal dari negara Brunei Darussalam ini sebelum ini dikenali dengan nama Senjakala. Bila saja nama Senjakala mungkin kita pernah mendengar lagu mereka dan tahu band Senjakala. Antara lagu Senjakala yang biasa kita dengar ialah My sanctuary dan Rise Above All dan kedua-dua lagu tersebut juga seringkali berkumandang menerusi rancangan Rock Selamba, MUZIKfm. Lupakan seketika mengenai Senjakala kerana shaqmetal ingin berkongsi info mengenai Karacoma.
Beberapa hari lalu shaqmetal sempat bertemu dan bersembang sekejap dengan orang kuat Karacoma, Mawie seterusnya bersembang sedikit mengenai album terbaharu mereka dan juga sedikit mengenai Senjakala. Menurut Mawie Senjakala kini tinggal kenangan namun jiwa semangat dan idea kreatif Senjakala tetap bersama mereka, lantaran Senjakala juga adalah mereka meskipun berbeza nama. Antara nama yang membarisi Karacoma ialah Sam Siren selaku vokalis, Mawie Nightfall bermain gitar, Jaz untuk gitar utama, Adi bermain drum dan Wayne pemain bass.
Senjakala yang ditubuhkan dalam tahun 2006 pernah mengeluarkan single pertama mereka Paranoia. Kemudian mereka menerbitkan album sulung mereka dalam bulan April 2009. Album yang mendapat sentuhan bass dari Yenz Leonheardt akhirnya siap meskipun menempuh pelbagai masalah dan tekanan. Bertitik tolak dari situ jugalah berakhirnya perjalanan Senjakala tatkala Mawie, Jaz dan Adi bergabung untuk menyiap projek band yang kemudiannya Sam menyertai mereka. Permasalah yang berterusan timbul mejadikan Senjakala berkubur dan Karacoma secara rasminya menjadi band sepenuh masa dari sebuah band projek.
Bermula dengan sebuah band projek Karacoma kini bergerak secara sepenuh masa dan dalam bulan Mei 2010 album studio penuh karacoma yang berjudul Shatterded Mirrors telah diriliskan di Brunei. 2010 telah memberikan impak yang besar dalam perjalanan muzik metal Karacoma lantaran beberapa pencapaian yang membanggakan telah dicapai oleh Karacoma antaranya ialah pencalonan dalam 5 kategori dalam VIMA 2010. Mereka juga mendapat anugerah perak untuk The Best Rock Song Category. Sebelum itu mereka telah melancarkan muzik video pertama mereka untuk lagu I.K.T.S.

Album terbaharu Karacoma, Shattered Mirrors memuatkan 12 buah lagu antaranya ialah;
1. Threshold of pain (intro)
2. Paranoia
3. Breathe
4. Threshold of pain
5. I.K.T.S
6. December snow
7. Bittersweet
8. Fire conspiracies
9. Withered love
10. Empathy for sorrow
11. Anthem
12. Scarlet letters

Rabu, 2 Jun 2010

Jelajah Rock Selamba Ditunda...

Pada awalnya semangat berkobar-kobar untuk sama-sama menyaksi dan memeriahkan Siri Jelajah Rock Selamba MUZIKfm. Julung kalinya akan diadakan pada bulan Jun ini untuk tahun 2010. Manakan tidaknya selepas Mini GIG Rock Selamba tahun lepas dan inilah peluang sekali lagi buat peminat rock dan metal disajikan dengan irama rock dan metal tulen. Namun harapan dan impian itu tidak kesampaian lantaran apa yang direncanakan di minggu-minggu terakhir jelajah tersebut diadakan. Menurut beberapa sumber yang shaqmetal terima Konsert Jelajah Rock Selamba tidak dapat dilangsungkan pada tarikh tersebut adalah kerana ada siri beberapa aktiviti yang dijadualkan serentak dan untuk memebri laluan kepada aktiviti tersebut penganjur utama Karnival dimana Siri Jelajah Rock Selamba berpaut mengambil keputuisan untuk menundakan aktiviti tersebut ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Shaqmetal pun rasa agak terkilan lantaran peluang untuk menikmati gegaran irama rock dan metal tidak kesampaian. apatah lagi pihak MUZIKfdm selaku nama besar yang mengendalikan Jelajah tersbut akan rasa lebih tertekan dan trekilan dengan penundaan itu. Bayangkan dengan semua persiapan yang sudah dibuat, artis-artis sudah di maklumkan dan cuma menanti promosi dikeudarakan sahaja. Namun keadaan tidsak menyebelahi mereka, apapun shaqmetal sangat-sangat mengharap satu konsert rock dan metal tulen akan tetap diadakan juga dalam jarak waktu terdekat.

Jumaat, 28 Mei 2010

Jelajah Rock Selamba



Mungkin peminat Rock Selamba masih ingat dengan beberapa siri Mini GIG Rock Selamba yang pernah diadakan disekitar Kuala Lumpur tahun lepas(2009). Itu merupakan langkah pertama Rock Selamba mengorak langkah untuk bertemu dengan peminat/pendengar setianya disekitar Lembah Klang khasnya di Kuala Lumpur. untuk agenda seterusnya Rock Selamba bakal tampil lebih gah lagi dengan jenama yang lebih santai iaitu Jelajah Rock Selamba yang dijangkakan akan diadakan di Kuala Selangor pada 5 dan 6 Jun ini nanti. beberapa nama besar dalam industri rock dan metal tempatan akan diketengahkan antaranya Mus MAY, Jinbara, Ali Terarossa, Khalifah, Aisunam dan Elyana. Jelajah yang julung kalinya diadakan itu di Kuala Selangor bakal dibahagikan kepada 2 segmen iaitu malam pertama 5 Jun 2010 dan malam kedua 6 Jun 2010. selain artis-artis tersebut shaqmetal difahamkan juga yang band-band dari rentak Juara juga akan ditampilkan sewaktu siri jelajah tersebut. Menurut penerbit Jelajah Rock Selamba, pihaknya masih merencanakan sekurang-kurangnya 2 band dari Rentak Juara akan ditampilkan namun ianya masih dalam perancangan awal. apapun ini merupakan berita yang cukup baik buat peminat rock dan metal tempatan khasnya pengikut setia Rock Selamba. Nantikan kesudahannya yang akan mengegarkan lokasi anda. Horns up bro metalers n rockers semua.

Khamis, 20 Mei 2010

Sitra Ahra - Album Terbaharu Therion



Sitra Ahra merupakan album terbaharu band symphonic metal, Therion yang dalam jangkaan akan diriliskan Jun 2010, namuntelah ditukar ke tarikh lain dalam bulan September 2010 ini (artikel dikemaskini dalam bulan Julai 2010). Sitra Ahra merupakan hasil terkini Therion selepas Gothic Kabbalah dalam tahun 2007. Album yang mengambil masa lebih 2 tahun perancangannya ini telah dimaklumkan judulnya pada Februari 2010. Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ialah seperti berikut;
1. "Introduction/Sitra Ahra"
2. "Kings of Edom"
3. "Unguentum Sabbati"
4. "Land of Canaan"
5. "Hellequin"
6. "2012"
7. "Cú Chulainn"
8. "Kali Yuga Part 3"
9. "The Shells Are Open"
10. "Din"
11. "Children of the Stone: After the Inquisition"


Antara anggota terkini Therion dan yang menjayakan album tersebut ialah;
Christofer Johnsson – guitar
Christian Vidal - guitar
Nalle "Grizzly" Påhlsson - bass guitar
Johan Koleberg - drums
Snowy Shaw - vocals
Thomas Vikström - vocals
Lori Lewis - vocals

Manakala kerja seni untuk kulit/cover album ini dihasilkan oleh Thomas Ewerhard

Album tersebut yang diadun/mix oleh Lennart Ostlund dan mastering untuk Sitra Ahra dibuat di New York. Dalam komen Lennart Ostlund tentang pembikinan album tersebut menyatakan “Apa yang anda lakukan sebenarnya terlalu unik dan itu adalah sesuatu yang hebat dario seseorang yang pernah berkerjasama dengan ABBA, Led Zeppelin dan ramai lagi….”

Jumaat, 14 Mei 2010

The Origins - Album terbaharu KERION



Kerion band symphonic metal berasal dari Nice, Peranchis ini telah mengeluarkan album baharu mereka yang diberi judul The Origins. Sebelum ini Kerion pernah menerbitkan beberapa buah album antaranya Conspiracy of Darkness (2003/Demo), The Last Sunset (2005) dan Holy Creatures Quest (2008) Album terbaharu Kerion ini memuatkan 11 buah lagu antaranya ;
01. Prelude (1'25)
02. Time Of Fantasy (4'10)
03. Black Fate (5'06)
04. We Will Go (4'57)
05. The Abyss (8'22)
06. Angels Of The Last Hope (6'39)
07. Dark Isle (4'10)
08. Face The Beast (8'29)
09. Ghosts Of Memories (3'19)
10. Resurrection (6'25)
11. Requiem Of The Black Rose (8'47)

Asal penubuhan Kerion dalam tahun 1997, dikenali dengan nama KIRLIAN dan memainkan muzik instrumental progressive metal. Kemudian vokalis wanita, Flora menyertai KERION dan mereka terus bergerak kearah symphonic metal. Sebelum menerbitkan album studio penuh mereka telah meriliskan 2 demo yang berkonsepkan ceritera A Heroic Fantasy oleh Chris Barberi. Kerion dianggotai oleh ;
Remi – Guitar
Sylvain - Guitar
Flora - Vokal
Stef - Bass
Antoine - Drum

Khamis, 13 Mei 2010

7th Symphony - Album baharu Apocalyptica 2010



Apocalyptica yang dianggotai oleh Eicca Toppinen – cello, Paavo Lötjönen – cello, Perttu Kivilaakso – cello dan Mikko Sirén – drums telah mengeluarkan 8 album studio penuh iaiatu Plays Metallica by Four Cellos (1996), Inquisition Symphony (1998), Cult (2000), Best of Apocalyptica (2002, Japan only), Reflections (2003), Apocalyptica (2005), Amplified / A Decade of Reinventing the Cello (2006) dan Worlds Collide (2007). Setelah menyepi lebih 2 tahun selain sibuk dengan persembahan untuk konsert dan tour 2010 Apocalyptica bakal tampil dengan buah tangan terbaharu mereka. Album yang diberi judul 7th Symphony itu dijangkakan akan dirilis pada 23 Ogos 2010. Namun senarai lagu yang bakal dimuatkan ke dalam album tersbut tidak dinyatakan kepada umum setakat ini. Walauapapun pasti Apocalyptica bakal mempersembahkan sesuatu yang lebih menyengat untuk album 2010 ini – 7th Symphony.

Video ini bukan dipetik dari album terbaharu Apocalyptica sekadar untuk hiburan sahaja.

Annihilator - Album terbaharu Annihilator 2010



Album terbaharu Annihilator telahpun diriliskan di Eropah pada 17 Mei 2010. Album, studio ke 13 Annihilator itu diberi judul Annihilator. Untuk album Annihilator 2010 ini bunyi yang dihasilkan oleh Annihilator agak groovy dengan lakuran thrash metal. Menjadikan bunyi yang dihasilkan untuk album Annihilator menarik untuk dinikmati.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ialah ;
1. "The Trend" - 6:56
2. "Coward" - 4:19
3. "Ambush" - 3:17
4. "Betrayed" - 4:30
5. "25 Seconds" - 4:45
6. "Nowhere To Go" - 5:02
7. "The Other Side" - 4:14
8. "Death In Your Eyes" - 5:53
9. "Payback" - 4:43
10. "Romeo Delight" Van Halen cover - 4:16
Antara individu yang terlibat secara langsung dalam penerbitan album tersebut ialah Jeff Waters - gitar, bass, Dave Padden - vokal, guitar, Ryan Ahoff – drum dan diterbitkan oleh Jeff Waters sendiri.

Annihilator... Nikmatinya




Hahhhh beberapa hari sibuk memanjang dan tak berkesempatan nak layan metal terutamanya jalur muzik yang tetap menjadi santapan nombor 1 shaqmetal symphonic metal, power metal, viking metal, folk metal, folk-viking metal, avant-garde, cello dan suku sakat yang sesaudara dengannya… lantas bila terjumpa selera lama yang telah jarang dinikmati terasa ingin pula nak cuba merasa semula mmmm memang ianya tetap begitu sedap, enak dan layan. Hehehehe bukan apa lama tak dengar Annihilator terasa macam wahhh sedapnya apa yang dipersembahkan oleh Annihilator band metal dari Canada yang membawa genre muzik thrash metal yang merangkumkan elemen-elemen thrash metal, progressive metal, speed metal, heavy metal, groove metal lalu menjadikan bunyi Annihilator sesuatu yang unik dan sedap di dengar. Tak percaya cuba dengar lagu-lage mereka dari album pertama hinggalah album terbaharu mereka. Berikut adalah senarai album Annihilator untuk kita kongsi bersama;
1. Alice in Hell (1989)
2. Never, Neverland (1990)
3. Set the World on Fire (1993)
4. King of the Kill (1994)
5. Refresh the Demon (1996)
6. Remains (1997)
7. Criteria for a Black Widow (1999)
8. Carnival Diablos (2001)
9. Waking the Fury (2002)
10. All for You (2004)
11. Schizo Deluxe (2005)
12. Metal (2007)
13. Annihilator (2010)
Itu album studio mereka dan untuk demo, ep, single, live dan kompilasi dan video pula berikut adalah senarainya;
Album live
1. In Command (Live 1989–1990) (1996)
2. Double Live Annihilation (2003)
EP
1. The One (2004)
Single
1. "Stonewall" (1991)
2. "Never, Neverland" (1991)
3. "Phoenix Rising" (1993)
4. "Set the World on Fire" (1993)
Demos
1. Welcome to Your Death (1985)
2. Phantasmagoria (1986)
3. Alison Hell (1988)
Album Kompilasi
1. Bag of Tricks (1994)
2. The Best of Annihilator (2004)
Video albums
1. Ten Years in Hell (2006)
2. Live at Masters of Rock (2009)



Sejarah dan cerita Annihilator agak ringkas dan menarik namun bukan itu yang menjadi bahan bicara dalam ruangan ini, apa yang nak diketengahkan ialah secara keselruhan Annihilator untuk kita kenali secara amnya Annihilator. Annihilator ditubuhkan dalam tahun 1984 oleh satu-satunya anggota tetap dan ketua band Annihilator yang juga merangkap vokalis, pemain gitar bass dan gitaris Annihilator iaitu Jeff Waters.
Untuk makluman dan kita kongsi berasama info mengenai Annihilator berikut adalah antara mereka yang menghidupkan Annihilator;

Ahli tetap dan terkini
Jeff Waters – guitar, vocals, bass (1984–sekarang)
Dave Padden – vocals, guitar (2003–sekarang)

Session
Dave Sheldon – live bass
Ryan Ahoff – live drums

Ahli Terdahulu
Vokal
John Bates – (1984–1985)
Dennis Dubeau – (1987–1989)
Randy Rampage – (1989, 1999–2000)
Coburn Pharr – (1990–1991, 1992)
Aaron Randall – (1992–1994)
Joe Comeau – (2000–2003)
Bass
Dave Scott – (1984–1985)
Wayne Darley – (1989–1993)
Dave Davis – (1993), [guitar (1990–1991, 1993–1996, 1999-2001)]
Cam Dixon – (1994–1995)
Lou Budjoso – (1996)
Russell Bergquist – (1999–2003, 2005–2007)
Sandor de Bretan – (2004–2005)
Drums
Paul Malek – (1984–1985, 1986)
Richard Death – (1985)
Ray Hartmann – (1987–1992, 1999–2001)
Mike Mangini – (1993, 2004–2005, 2007)
Randy Black – (1993–1996, 2002–2003)
Dave Machander – (1996)
Rob Falzano – (2004–2005, 2005–2007)
Tony Chappelle – (2005)
Alex Landenburg (2007-2008)
Guitar
Anthony Greenham – (1989)
Neil Goldberg – (1992–1993)
Curran Murphy – (2002–2005)
Dave Davis - (1989-1991, 1993-2001)

Jumaat, 7 Mei 2010

Single Terbaharu Blind Guardian - A Voice In The Dark

Blind Guardian sebuah band metal dari Jerman yang telah ditubuhkan pada pertengahan 1980an. Band yang berasal dari Krefeld, Jermany ini lmembawa muzik power metal untuk diketengahkan. Meskipun demikian pengaruh speed metal juga jelas dalam bunyi muzik bawaan mereka. Walaubagaimanapun Blind Guardian merupakan antara band power metal yang sudah dikenali ramai khasnya peminat muzik power metal dan metal amnya.
Itu bukanlah perkara sebenarnya yang nak shaqmetal kongsikan menerusi ruang ini tetapi tentang lagu dan muzik Blind Guardian. Semua sudah sedia maklum yang album terakhir Blind Guardian sudah menemui peminatnya dalam tahun 2006, album A Twist In The Mist. Dan perkhabaran terbaharu dari Blind Guardian ialah buah tangan terbaharu mereka yang mana mereka bakal hadir dengan single terbaharu mereka yang diberi judul 'A Voice In The Dark'. Single yang memuatkan 3 buah lagu itu dijangka akan dirilis pada 25 Jun 2010 di Jerman.Antara lagu yang dimuatkan dalam single tersebut ialah ;
1. A Voice In The Dark
2. You're the Voice
3. War Of Thrones


Selain itu Blind Guardian juga telah merakamkan lagu tema untuk Scared 2 Fallen Angel bagi permainan video RPG. Sebelum ini mereka juga pernah terlibat dalam pembikinan soundtrack fantasy movie - In The Name Of The King : A Dungeon Siege Tale dalam tahun 2006.



Dalam bulan Oktober tahun lalu (2009, Hansi mengeluarkan kenyataan menerusi laman sesawang mereka yang album terbaharu mereka itu berjudul A Storm to Come or Punishment Coming yang akan memuatkan 11 buah lagu. Antara lagu yang bakal dimuatkan dalam album tersebut ialah ;
1. Wheel of Time
2. Valkyries
3. A Voice in the Dark
4. Cry for Tanelorn (Into the Void)
5. Curse my Name
6. The Road of No Release (Pale Reign of Misery)
7. War of the Thrones
8. Control the Divine
9. Sacred
10. Ride Into Obsession
11. You're The Voice

Khamis, 22 April 2010

Dawn Of Destiny



Dawn Of Destiny merupakan band power metal yang berasal dari Bochum, Jerman yang mengadunkan elemen thrash, gothic dan death metal dalam bunyi muzik bawaan mereka. Band yang ditubuhkan dalam tahun 2005 dianggotai oleh Tanja Maul, Veith Offenbächer, Jens Faber, Dirk Raczkiewicz dan Patrick Klose.

Ahli band
Terkini
Tanja Maul: vocals (2005 − sekarang)
Veith Offenbächer: gitar (2005 − sekarang)
Jens Faber: bass (2005 −sekarang)
Patrick Klose: drum (2009 −sekarang)
Dirk Raczkiewicz: keyboard (2005 − sekarang)

Terdahulu
Ansgar Ludwig: drum (2005 – 2009)

Discography
Studio albums
1. ...Begins (2007)
2. Rebellion In Heaven (2008)
3. Human Fragility (2009)

Jumaat, 16 April 2010

Apocalyptica - Worlds Colide

Apocalyptica – Worlds Colide


Worlds Colide merupakan album studio keenam band Celo metal/rock / symphonic metal yang berasal dari Finland. Album tersebut yang diriliskan pada 14 September 2007 menampilkan pemuzik/artis undangan yang istimewa seperti Till Lindemann, Corey Taylor, Adam Gontier, Dave Lombardo, Tomoyasu Hotei, dan Cristina Scabbia. Album yang diterbitkan oleh Jacob Hellner dan Howard Benson(untuk trak 8 sahaja) memuatkan 11 buah lagu. Untuk Edisi Khas album ini memasukan 3 lagu bonus, 2 lagu iTunes bonus dan DVD khas Apocalyptica. Antara pencapaian lagu-lagu dalam album tersebut adalah seperti berikut - Austrian Albums Chart no. 13, Finnish Albums Chart no. 8, Media Control Chart no. 10, Japanese Albums Chart no. 118, Swiss Music Chart no. 10, U.S. Billboard 200 no. 59, U.S. Billboard Top Independent Albums no. 7 dan U.S. Billboard Top Rock Albums no. 7. Apocalyptica akan mengeluarkan album terbaharu 2010 mereka pada musim panas ini, album tersebut akan diberi judul 7th Symphony.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album Worlds Colide ;
1. "Worlds Collide" – 4:28
2. "Grace" (Mikko Sirén, Tomoyasu Hotei) – 4:09 features Tomoyasu Hotei untuk guitar
3. "I'm Not Jesus" (Apocalyptica, Geno Lenardo, Johnny Andrews) – 3:34 features Corey Taylor untuk vokal
4. "Ion" – 3:46
5. "Helden" (David Bowie, Brian Eno) – 4:18 features Till Lindemann untuk vokal
6. "Stroke" – 4:32
7. "Last Hope" (Mikko Sirén, Eicca Toppinen) – 4:47 features Dave Lombardo untuk drum
8. "I Don't Care" (Max Martin, Eicca Toppinen, Adam Gontier) – 3:57 features Adam Gontier untukn vocal utama
9. "Burn" – 4:16
10. "S.O.S. (Anything But Love)" (Eicca Toppinen, Johnny Andrews) – 4:19 features Cristina Scabbia untuk vokal
11. "Peace" – 5:49

Edisi Khas
Lagu bonus
12. "Ural" – 5:41
13. "Lies" (Perttu Kivilaakso)- 3:43 [untuk rilis di Jepun sahaja]
14. "Dreamer" (Paavo Lötjönen) – 3:36

iTunes Bonus Trak
15. "I'm Not Jesus" (Pain Remix) (iTunes Exclusive) – 3:44
16. "I'm Not Jesus" (Albert Vorne Mix) (iTunes Exclusive) – 8:05

DVD
1. "I'm Not Jesus" (Video)
2. "I'm Not Jesus" (Making of)
3. Temubual
4. Temubual di Japan [untuk rilis di Jepun sahaja]
5. "Master of Puppets" (live) [untuk rilis di Jepun sahaja]
6. "Betrayal" (live) [untuk rilis di Jepun sahaja]
7. Galeri gambar

Selasa, 6 April 2010

Konsert Karnival Jom Ke Felda / Jelajah MUZIkfm

Siri kedua Konsert Karnival Jom Ke Felda / Jelajah MUZIKfm telah berlangsung di Felda Palong 6, Gemas, Negeri Sembilan. Siri Jelajah MUZIKfm dan juga Konsert yang diadakan itu telah memberi ruang dan peluang kepada warga felda untuk bersemuka secara langsung dengan artis dan band yang terlibat dalam konsert tersebut. Meskipun padang becak(malam pertama... keadaan yang teruk) namun semangat untuk menjayakan Konsert tersebut berkobar-kobar baik dikalangan band yang akan membuat persembahan begitu juga dengan penonton yang setia menanti di padang yang becak. malam pertama konsert menampilkan band Kropoh, Ali Terrarosa dan XPDC manakala malam kedua pula menampilkan band Butterfly, Kristal dan penampilan istimewa Ali Terrarosa. Kehangatan konsert tersebut sempat shaqmetal rakamkan untuk kenangan dan dikongsi bersama.

Antara penonton yang setia menyaksikan konsert... terima kasih warga Palong.

Kropoh... opening scene yang cukup gempak dari band Kropoh.

Kropoh... persembahan mereka tidak dapat dinafikan kehebatannya...

Gandingan Ali Terrarosa dan kropoh nampak menjadi malam itu...

NamaXPDC sudah cukup besar dalam arena rock dan metal tempatan, sebut saja XPDC sudah pasti ramai yang nak tonton apatah lagi bila konsert percuma...

Antara band metal terbaik tempatan... Kristal tampil dengan penuh bergaya.. rock on...

Kristal tetap gah dengan persembahan dan lagu-lagu yang mantap..