Logo Design by FlamingText.com

Rabu, 24 Disember 2008

Rock Selamba... MUZIKfm - 3 Jam ?


Salah dengar atau bermimpi? Dengar khabar rancangan Rock selamba kat MUZIkfm akan bertambah masa siarannya. Betul ke? Atau itu sekadar khabar angin dan mainan dunia penyiaran? Atau saja nak gempak dan buat berita sebegitu? Apapun rasional stesen MUZIKfm menyediakan ruangan 3 jam tahun hadapan untuk rancangan Rock selamba boleh dikatakan memberi kepuasan kepada peminat rock dan metal yang setia dengan Rock Selamba. Bayangkan dari 2 jam sebelum ini Rock selamba menjadi 3 jam bermakna pengisian Rocknya pasti lebih mantap dan mudah-mudahan akan lebih memberi inspirasi buat rockers dan metalers di Malaysia amnya.

Kalau diperhatikan pengisian bahan dan lagu dalam rock selamba sememangnya betul-betul rock, lantaran banyak sub genre rock jarang kita dengar dan mungkin tidak kita ketahui boleh kita dengar seperti symphonic metal, folk viking metal, avant-garde metal, symphonic avant-garde metal, viking metal, power metal, progressive metal, ndh / tranz metal, circuss metal, doom metral, speede metal, gothic metal, dan banyak lagi sub genre yang lain boleh kita nikmati saban hari. Tahniah Rock Selamba dan MUZIKfm atas usaha sedemikian untuk terus membela nasib rock dan metal.

Mengharapkan bila masa bersiaran Rock Selamba 3 jam tahun hadapan akan bertambah mantaplah Rock Selamba, selain pengisian untuk mempelbagaikan lagi sub genre rock dan metal. Bagaimana pengisian Rock Selamba tahun 2009 kita nantikan bersama?

Sepekara lagi yang perlu kita amati juga ialah pengendali atau DJ yang akan menjadi teraju utama untuk segmen tersebut. Beberapa minggu yang sudah terdengar juga stesen MUZIKfm membuat undian dan pandangan pendengar tentang siapakah DJ yang sesuai dan layak untuk mengendalikan segmen-segmen di MUZIKfm, dan terus kita lihat segmen Rock Selamba - siapakah yang kita rasa layak untuk segmen tersebut? Lantaran sebelum ini beberapa nama sering kita dengar dan pernah menjadi nakhoda Rock Selamba. Kronologinya seperti DJ Ridzwan Dollah, DJ K-Roll, DJ Lynn, DJ Azura Lisa dan DJ Chenta. Antara nama tersebut siapakah yang sepatutnya boleh di letakkan sebagai pengemudi Rock Selamba?

Apapun yang dicatatkan di sini adalah sekadar cerita dan pandangan yang sebenarnya akan terjadi pada 2009 masih dalam gengaman pihak MUZIKfm. Benarkah Rock Selamba 3 jam juga bukanlah kuasa Shaq Metal untuk menentukannya. Andainya kita tahu atau mungkin kawan-kawan ada berhubung dengan pihak MUZIKfm, bolehlah bertanyakan hal itu dan kita kongsi bersama dalam ruangan ini. Hantar dalam komen atau terus hantar kepada shaqmetal@rock.com. Untuk selebihnya kita nantikan kehadairan 2009. Selamat Tahun Baru Hijrah, selamat menyambut Hari Krismas serta tahun baru 2009 buat semua.

Tiada ulasan: