Logo Design by FlamingText.com

Rabu, 30 Mac 2011

Ludwig van Beethoven dan Beethoven Symphony No. 5

Ludwig van Beethoven yang dilahirkan di Jerman merupakan seorang pemain piano dan merupakan seorang komposer yang paling berpengaruh, ternama dan terkenal sepanjang masa. Hasil karya agungnya menjadi rujukan dan sanjungan dan ikutan sehingga kini sebagai contohnya - Symphony No. 5 yang dicipta oleh Ludwig van Beethoven dalam tahun 1804 - 1808 merupakan satu ciptaan yang sangat popular juga sebagai gubahan yang paling tersohor muzik klasikal dan juga simfoni yang paling kerap dimainkan.
Ciptaan agung itu turut mempengaruhi dunia rock dan metal. Kita lihat beberapa contoh karya agung Beethoven yang disuntik elemen rock dan metal (sekadar memapar beberapa contoh sahaja).











Instrumental Rock / Metal





Jumaat, 18 Mac 2011

Jepun...

Takziah Jepun…

Amaran - Artikel ini tidak ada hubungkaitnya dengan muzik rock dan metal tapi cuma sekadar rasa simpati shaqmetal dengan apa yang terjadi di Jepun sekarang ini.

Payah untuk kita gambarkan menerusi catatan ini, namun video telah kita tonton, berita sudah kit abaca dan dengar begitu juga dengan cerita dari mulut ke mulut, semuanya yang sedih .. cerita tentang kemusnahan… Bro n sis ini bukanlah antara tema atau bait-bait lirik lagu metal tetapi hakikat dan kenyataan yang melanda Jepun ketika ini. Band-band yang berasal dari Negara matahari terbit itu pasti lagi terasa akan musibah itu… Jepun bergegar dek gempa bumi…. Jepun musnah dek tsunami(nama yang Jepun sendiri cipta) dan Jepun(bukan semua negeri atau daerah) yang ditakuti dek loji nuclear meletup dan kadar radiasinya yang merbahaya kepada kehidupan manusia.

Khamis, 10 Mac 2011

Jebat... Amukan Jebat!!

Single Terbaharu Jebat



Nama Jebat sinonim dengan kepahlawanan, keberanian dan ketangkasannya. Jebat antara satu nama dari lima pahlawan Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu dan mungkin mengambil dari aura nama Jebat maka band Jebat juga ditubuhkan. Itu cuma pada jangkaan dan telahan shaqmetal namun dari bunyi material yang dipaparkan Jebat punya aura tersendiri menerusi single pertama mereka ‘Amukan Jebat’. Single yang memuatkan 2 buah lagu itu baru saja diperdengarkan dan antara lagu yang dimuatkan dalam single tersebut ialah ‘Amukan Jebat’ dan ‘Memori Cinta’.
Mendengar pada apa yang dipersembahkan Jebat dalam single tersebut yakni Amukan Jebat , menghamburkan melodi yang keras sesuai dengan tajuk lagu itu sendiri. Apapun Amukan Jebat sekali dengar macam melodi lagu rock dan metal biasa tetapi tiada kelainan yang boleh dibicarakan, namun kalau diamati Jebat masih punya keunikkan tersendiri kalau kita dengan dari riff gitar dan drum serta lenggok dan stail pukulan drum. Lenggokan vokal sedikit menyelamatkan bunyi lagu tersebut namun nafas 80an nya tetap jelas.
Secara keseluruhannya single Amukan Jebat yang memuatkan sebuah lagu fast dan sebuah lagu slow itu masih boleh dinikmati. Untuk lebih tahu dan mengenali Jebat anda kena dengar dan nilai sendiri single terbaharu mereka ‘Amukan Jebat’. Shaqmetal sekadar berbicara mengikut apa yang shaqmetal dengar secara peribadi dan tidak semestinya muktamad. Rock jalan terus dan untuk mengenali Jebat yang dianggotai oleh J-Batt (Gitar l), Karl (Bass), Emmy Killer (Drum), Ujang Dickinson (Vokal) dan Ammet Jebat (Gitar ll) perlulah menikmati sigle mereka dahulu. Lagu yang dimuatkan dalam single Amukan Jebat iaitu Amukan Jebat lagu/lirik : Ujang Dickinson manakala lagu Memori Cinta lagu/lirik : Sham J-Batt.

Isnin, 7 Mac 2011

Queen of metal versi shaqmetal…


Atas pilihan anda setakat beberapa minggu secara online di blog shaqmetal berikut antara vokalis wanita yang menjadi pilihan anda namun secara puratanya dari senarai nama yang agak ramai berikut adalah pilihan anda senarai 10 Queen of metal versi shaqmetal.
1. Sharon Den Adel (Within Temptation)
2. Tarja Turunen (solo / ex-Nightwish)
3. Anette Olzon (Nightwish)
4. Simone Simon (Epica)
5. Sabine Dunser (Elis)
6. Nadejda (Offertorium)
7. Ann Louise (Diablo Swing Orchestra)
8. Sarah Jezebel (Angtoria)
9. Ana Mladiovici (Magica)
10. Heidi Pariainen (Amberian Dawn)
Apapun ini hanyalah sekadar nilai secara rambang dan tidak menyeluruh namun kalau nak dibandingkan dengan undian yang dibuat oleh majalah terkenal antarabangsa dan web atau laman-laman berpengaruh yang lain, hasilnya tidak jauh berbeza. Apapun ini adalah sekadar untuk mengisi ruang yang ada dalam kita hendak memlih band yang mana harus menjadi keutamaan.

Khamis, 17 Februari 2011

Blackthorn...


Agak jarang kita di mendengar hasil kreatif band yang terdiri dari semua wanita khasnya dalam senario muzik rock tempatan. Meskipun persada antarabangsa menghidangkan banyak band-band rock sepenuhnya dianggotai oleh golongan wanita. Bukan nak bercerita mengenai band band rock wanita yang ada secara keseluruhannya tetapi sekadar ingin berkongsi cerita tentang band yang berasal dari Russia yang diberi nama Blackthorn.
Blackthorn ditubuhkan di Tenebrocity, Moscow, Russia pada 31 Oktober 2004. Blackthorn dianggotai oleh 4 wanita iaitu ;
Aina – vokalis
Verbena – bass
Olga – keyboard/piano
Elvira – gitar
Menurut Blackthorn muzik bawaan mereka boleh diklasifikasikan sebagai ‘Dramatic metal’. Apapun bila mendengar pada lagu-lagu yang dimuatkan dalam album mereka secara keseluruhannya lagu-lagu hasil karya mereka terlalu berat dengan elemen-elemen klasikal, gothic dan juga symphonic. Contohnya bila mendengar lagu ‘blackthorn winter’, ‘edenbeast’, ‘gossamer witchcraft’, ‘neckromans’ dan ‘saturnia’ cukup jelas pengaruh muzik klasikal dan orkestra jelas.

Zarul & The Protes...


Nama yang masih baru dalam industri rock tempatan dan antara nama yang cuba menyelit dalam ribuan nama band yang ujud di persada muzik khasnya yang bergenre rock tempatan. Melihat pada profil Zarul & The Protes yang menyatakan mereka tampil dengan latar belakang dan falsafah muzik yang jarang diketengahkan oleh mana-mana band rock yang lain.
Menurut pengerak utama band tersebut, Zarul menyatakan mereka cuba memberikan nafas baharu pada muzik rock tempatan yang makin tipikal, samada dari aspek gaya persembahan, permainan dan genre itu sendiri.
Menurut Zarul , keunikkan Zarul & The Protes tidak hanya bermain disekitar susunan dan penghasilan muziknya tetapi juga imej mereka sendiri yakni mereka tidak menetapkan format berpakaian. Mereka tampil mengikut jati diri ahlinya yang terdiri dari individu professional.
Tambah Zarul, imej mereka yang seterusnya membawa kepada nama Zarul & The Protes ialah gabungan ahli-ahli mereka yang terdiri dari golongan professional antaranya jurutera bunyi, jurutera awam, pegawai pemasaran dan usahawan. Menurut Zarul itu adalah tanda protes yang cuba disampaikan menerusi lagu mereka.
Zarul & The Protes yang berasal dari seksyen 7 Shah Alam dianggotai oleh Qim, Zarul, Fendy dan Ijan. Zarul 7 The Protes cuba tampil secara independent(indie) dan mencuba nasib dalam senario muzik rock tempatan.
Shaqmetal sempat menikmati 2 buah menerusi single pertama mereka yakni lagu ‘Aku bukan milikmu’ dan lagu ‘Luka’ yang secara keseluruhannya agak baik dan sedap untuk dinikmati. Namun garapan muziknya agak ringan dengan elemen pop dan alternative cukup jelas disamping suntikan element fushion. Memang tidak dapat dinafikan kedua-dua lagu tersebut sarat juga dengan element komersial yakni antara syarat untuk masyarakat pendengar mudah menerima lagu tersebut. Bagi shaqmetal kelainan yang cuba ditampilkan tidak cukup jelas. Memang pada beberapa bahagian muziknya ada element elektronik dan fushion tetapi bagi shaqmetal ianya belum cukup untuk meletakkan secara keseluruhannya album ini pada landasan fushion yang membawa kelaianan. Tetapi kalau ditakrifkan pada pop alternative itu adalah arah yang agk jelas.
Apapun ini sekadar pandangan sekilas lalu oleh shaqmetal lantaran shaqmetal cuma dapat menikmati 2 sahaja buah lagu dari seingle tersebut. Apapun jaganlah pandangan ini dijadikan pandangan yang tepat lantaran ini Cuma pandangan peribadi shaqmetal. Untuk lebih jelas dan terperinci anda boleh dapratkan sendiri album penuh Zarul & The Protes.
Album pedulikan merupakan album pertama dari Zarul & The Protes yang memuatkan 12 buah lagu yang dihaslkan sendiri oleh anggotanya.
Aahli-ahli Zarul & The Protes :
Mustaqim Mohd Basir (Qym) – Vokal
Zairul Addry (Zarul) – Gitar
Mohd. Effendy Tajudin (Fendy) – Bass
Khairul Rizan Razduan (Ijan) – Drum

Rabu, 16 Februari 2011

Kristal ... album baharu - Luahan Hati


Rasanya dah beberapa bulan album terbaharu Kristal sudah berada dipasaran… album yang berjudul Luahan Hati. Sejak dari hari pertama hinggalah har ini, barulah ada kesempatan nak tulis sikit merngenai album tersebut. Bukan saja nak melengah-lengahkan tetapi atas alas an terlebih sibuk dengan tugas hakiki maka tertunda dari hari ke hari maka terlewatlah sedikit. Harap maaflah ya… Kenalkan dengan kumpulan Kristal dan ahli-ahlinya, tidak mengapa yang pentingnya kita sembang dulu mengenai album Luahan Hati. Tulisan ini bukanlah nak mengulas album terbaharu Kristal tetapi sekadar berkongsi untuk idea dan pandangan peribadi Shaqmetal. Jangan pula ambil perkara ini terlalu serius dan mandatorinya begitu… tidak, sekadar pandangan peribadi sahaja. Antara lagu yang termuat dalam album tersebut ialah ;
1. Ada sadis ada magis
2. Luahan hati
3. Lelaki teruja
4. Aku, kau dan cinta
5. Angguk metroseksual
6. Cinta kita punya
7. Kasih
8. Kehadiranmu
9. Seragam hitam
10. Satu untukmu
11. Selagi ada rindu
12. Luahan hati (minus one)

Kalau didengar satu persatu lagu dari album ini rasanya bagi peminat tegar Kristal yang sukakan muzik keras dan berat Kristal, album Luahan hati agak mengecewakan peminat muzik keras dan berat. Ini lantaran muzik yang diluahkan menerusi semua lagu seakan-akan hilang semangat metal keras dan berat mereka. Contohnya lagu ada sadis ada magis, angguk metroseksual dan seragam hitam bunyinya amat biasa tidak seperi yang diharapkan oleh mat-mat rock yang gemarkan irama keras dan berat. Apapun lagu luahan hati dan selagi ada rindu (lagu Pak Long) agaknya umpan bagi album Kristal ini untuk menarik minat pendengar lagu-lagu lentok. Apapun alasannya album ini lebih banyak suntikan komersial kalau didengar pada lagu-lagu yang dimuatkan dan susuanan muzik itu sendiri. Apapaun masih ada lagi nilai-nilai metal yang keras dan berat sedikit dalam album ini meskipun secara totalnya persembahan Kristal menerusi album ini sudah agak susut nilai metalnya bagi peminat muzik keras dan berat. Jadi untuk menilai dan mendengar sendiri album Luahan Hati ini ada kena beli dulu(beli yang original), dengar dan nilai sendiri mengikut naluri anda. Apa yang tercatat di sini sekadar pandangan peribadi shaqmetal.

Bunkface ke HKAMF



Bunkface siapa yang tak kenal terutama remaja belasan tahun. Sebut saja nama Bunkface pasti mereka akan terus ingat pada lagu Extravaganza, Revolusi dan beberapa buah lagu lagi. Betapa pengaruh Bunkface telah meresap dalam diri dn jiwa remaja kita ketika ini. Begitu juga dengan arus gelombang yang dikatakan band ‘indie’ telah merebak ke serata pelusuk Negara. Itu hakikat yang harus kita terima, gelombang band yang dikatakan ‘indie’ ini telah menguasai sebahagian besar ruang industry muzik ketika ini. Apa yang dikatakan ‘indie’ oleh masyarakat pendengar dan pengemar muzik kita dewasa ini akan kita sembangkan dalam artikel yang lain nanti. Apa yang ingin disentuh dalam artikel ini ialah kelibat band Bunkface yang terus menyerlah. Dengan pelbagai anugerah dan trofi yang telah dimenangi sejak bergelar artis arus perdana harus dihargai.
Yang terbaharu Bunkface akan mewakili negara ke Hong Kong Asian-Pop Music Fair (HKAMF). Tahniah Bunkface lantaran mewakili negara ke festival tersebut yang akan diadakan di Hong Kong Convent and Convention Centre pada 23 Mac ini.
HKAMF yang dianjurkan oleh IFPI (Hong Kong Group) Limited dengan kerjasama Hong Kong Trade Development Council bertujuan untuk mencari SuperNova seterusnya dari wilayah Asia.
Diharapkan penyertaan ini akan menyerlahkan lagi kegemerlapan bintang Bunkface di peringkat asia dan seterusnya global.
Sebagai band yang dianggotai anak muda yang bercita-cita besar dan kreatif diharap mampu menyahut cabaran ini dengan tenang dan membuktikan yang mereka tetap unggul. Mengimbau kembali kegemilangan Bunkface di persada kebangsaan, sejak pembabitan secara serius dalam bidang muzik dalam arus perdana, mereka pernah dicalonkan untuk 12 anugerah dan memenanginya sebanyak 9 anugerah.
Bunkface dianggotai oleh ;
Shamsul Annuar - vokalis utama dan gitar
Muhammad Farouk Jaafar (Youk) - backing vocal dan bass
Ahmad farhan hashim (paan) - backing vocal dan gitar utama
Ezanear Baba Ahmad (Ejam) - drum (sessionist)
Mohd Faiz Hazizi - Keyboard (sessionist)

Selasa, 4 Januari 2011

TOP 5 METAL QUEEN


Sharon den Adel (Within Temptation)
Sharon Janny den Adel dilahirkan di Waddinxveen, Netherlands pada 12 July 1974. Vokalis band Within Temptation Sharon juga pernah menganggotai band blues rock, Kashiro. Sharon yang mempunyai julat suara mezzo soprano. Selain sebagai vokalis band Within Temptation Sharon juga seorang pencipta lagu dan juga pereka fesyen. Menyertai Within Temptation bersama dengan suaminya Robert Westerholt dalam tahun 1996 dan mereka berdua merupakan antara pengasas band Within Temptation. Perkongsian hidup dengan Robert Westerholt mereka telah dikurnia 2 orang anak iaitu, Eva Luna(7 Disember 2005) dan Robin Aiden(1 Jun 2009) dan sekali lagi dalam bulan November 2010 Sharon mengumumkan yang beliau kini hamil lagi.


Tarja Turunen (Ex Nightwish)
Tarja turunen atau nama penuhnya Tarja Soile Susanna Turunen Cabuli di lahirkan pada 17 Ogos 1977 di Kitee, Finland. Beliau lebih dikenali sebagai vokalis band symphonic terkenal Nightwish sebelum bergerak secara solo. Tarja telah memulakan kelas latihan klasikal vokal seawal usia 15 tahun dan guru vocal dan nyanyiannya mengajar Tarja julat suara soprano. Pihak media telah memberi gelaran vokalis yang suara penuh tenaga dan penuh emosi kepada Tarja. Sebagai penyanyi klasikal Tarja sentiasa menggunakan teknik klasikal semasa menyanyi menjadikan lagu metal yang dinyanyikan begitu bertenaga tetapi penuh emosi dengan elemen klasikal yang jelas.


Simone Simon (Epica)
Vokalis band Epica ini dilahirkan pada 17 Januari 1985 di Hoensbroek Heerlen, Netherlands. Simone yang mempunyai vocal mezzo soprano ini pernah mengidap MRSA (Meticillin-resistant Staphylococcus aureus) sehingga membawa kepada banyak pembatalan konsert dan jelajah Epica sehinggalah dia pulih semula dan membuat penampilan pertama di Bibelot, Dordrecht selepas beberapa bulan berehat kerana sakit. Dia menyertai band Epica dalam tahun 2002 sehingga kini.


Cristina Scabbia (Lacuna Coil)
Cristina Scabbia atau nama penuhnya, Cristina Adriana Chiara Scabbia dan dalam sebutan Italy pula ianya berbunyi begini [krisˈtiːna aˈdrjaːna ˈkjaːra ˈskabbja] dilahirkan pada 6 Jun 1972. Cristina yang mempunyai julat vocal contralto, berasal dari Milan, Italy dan menyertai band gothic metal Lacuna Coil. Beliau menyanyi dan terlibat dalam bidang ,muzik secara professional mulai tahun 1991 bila menyertai tour sebagai penyanyi latar.


Floor Jansen (ReVamp dan ex After Forever)
Floor Jansen dilahirkan pada 21 Februar1 1981 di Goirle, selatan Nertherlands. Jansen merupakan bekas vokalis After Forever dan band tersebut telah dibubarkan dalam tahun 2009. Floor jansen memyertai band After Forever ketika beliau berumur 16 tahun. Ketika itu nama band tersebut ialah Apocalypse (nama asal After Forever). Selain sebagai vokalis utama After Forever beliau juga pandai bermain alat muzik sepeti gitar, piano dan flute. Setelah band After Forever dibubarkan Floor Jansen telah bergerak secara solo seketika dan seterusnya menubuhkan band sendiri yang diberi nama ReVamp.