Latarbelakang Ringkas Rock
Secara
umumnya kita tahu dan sering terbaca atau terdengar yang genre muzik rock
antara genre muzik popular yang tidak pernah pudar dimamah waktu. Ia berasal
dan dikenali dengan nama “Rock and Roll”
di Amerika Syarikat dalam tahun 1950an dan berkembang kepada stail dan genre yang lebih luas dan berbeza
dalam tahun 1960an dan kemudiannya khasnya di Amerika Syarikat dan United
Kingdom.
Asal Usul Rock n Roll
Rock n Roll
berkembang dan didefinisikan sebagai stail muzik di Amerika dalam tahun 1950an
meskipun elemen rock n roll telah didapati dalam rakaman rhythm and blues (RnB)
seawal 1920an. Diawalnya rock n roll mengabungkan elemen RnB, blues, boogie
woogie dan jazz dan ianya juga dipengaruhi oleh muzik folk tradisional, gospel,
country dan western
Asal Usul Nama Rock n Roll
Kali pertama
perkataan rock and roll diganding/pasangkan dalam rakaman dibuat dalam tahun
1916 iaitu rakaman kerohanian berjudul “The Camp Meeting Jubilee” oleh kuartet
yang tidak diketahui nama mereka dikeluarkan oleh Little Wonder Records. Antara
liriknya ialah “We’ve been rocking and rolling in your arms / Rocking and
rolling in your arms / In the arms of Moses”. Dalam tahun 1922, penyanyi blues
Trixie Smith telah merakamkan “My Man Rocks Me (with One Steady Roll)” yang pertama
mempersembahkan dua perkataan itu dalam konteks yang sekular. 12 tahun kemudian,
iaitu dalam tahun 1934, The Boswell Sisters telah menjadi terkenal dengan “Rock
and Roll”.
Walaubagaimanapun
untuk bertahun-tahun mungkin seabad sebelum itu, terma rocking and rolling
telah digunapakai sebagai terma nautika untuk menyatakan sisi ke sisi dan
pergerakan maju kehadapan serta mundur ke belakang sesebuah kapal di lautan.
Maksud tersebut juga telah digunapakai metaforikalnya dalam rakaman oleh Buddy
Jones “Rockin’ Rollin’ Mama” dalam tahun 1939, “Waves on the ocean, waves in
the sea / But that gal of mine rolls just right for me / Rockin’ rollin’ mama,
I love the way you rock and roll”.
Terma rocking
juga telah digunakan oleh penyanyi gospel di Amerika selatan untuk menyatakan
sesuatu yang hampir kepada semangat dan kegembiraan yang keterlaluan. Ironi dan
maksud yang berganda menjadi kesedaran yang popular dalam tahun 1947 oleh artis
blues Roy Brown’s dengan lagu “Good Rocking Tonight” (yang juga dinyanyikan
semula setahun kemudian oleh Wynonie Harris dalam versi yang lebih luas dan
liar.) yang mana “rocking” boleh dirujuk sebagai menari tetapi menyembunyikan
secara halus dan tidak langsung kepada seks.
Rock n Roll
Rock n Roll
buat pertama kalinya digunakan oleh Alan Freed seorang DJ (Disc Jockey) di
Cleveland dalam tahun 1951. Yakni ianya diambil dari lagu “My baby rocks me
with a steady roll”. Penggunaan perkataan rock, roll, rock and roll dan
sebagainya adalah merujuk kepada perilaku seksual.
Rock Dalam erti Kata Penyiaran
Rock dalam
ertikata penyiaran boleh dirujuk kepada sebahagian besar muzik popular yang
dirakam sejak awal 1950an. Asasnya rock and roll ujud dari pelbagai genre pada
akhir 1940an terutamanya ‘jump blues’. Ia buat kali pertamanya dipopularkan
oleh penghibur seperti Chuck Berry, Bill Haley, Buddy Holly dan Elvis Presley
yang mana mengabungkannya dengan bunyi irama country menjadikannya rockabilly.
Bertitik tolak dari pertengahan 1960an band dari Britain mendapat inspirasi
dari blues Amerika dan R & B menjadi popular.
Muzik Rock
Akarnya berasal
dari rhythm and blues, muzik country, dari tahun 40an dan 50an serta berbagai
pengaruh lainnya. Selanjutnya, muzik rock juga mengambil gaya dari berbagai muzik
lainnya, termasuk muzik rakyat (folk music), jazz dan muzik klasik.
Bunyi khas
dari muzik rock sering berkisar pada riff gitar elektrik atau gitar akustik,
dan penggunaan back beat yang sangat
ketara pada bahagian rhythm dengan gitar bass, drum, keyboard - seperti organ
atau piano dan synthesizer. Disamping gitar atau keyboard, saksofon dan
harmonika dengan gaya blues kekadang digunakan sebagai instrumen muzik solo.
Dalam bentuk asasnya, muzik rock mempunyai tiga kod, bakcbeat yang konsisten dan menjulang/meninggi dan melodi yang
menarik.
Penghujung
tahun 60-an dan awal 70an, muzikk rock berkembang menjadi beberapa jenis. Sebagai contoh ringkas muzik rock yang dicampur atau dimasikkan elemen muzik folk, ianya menjadi folk rock, dengan blues menjadi
blues-rock dan dengan jazz, menjadi jazz- rock fusion serta banyak lagi. Pada
tahun 70an, rock menggabungkan pengaruh dari soul, funk, dan muzik latin, ini
terus menjadikan muzik rock berkembang dengan pesat dengankepelbagaian sub
genre.
Lanjutan dari artikel ini akan dimuatnaik lagi... bersambung.
link asal artikel dari shaqmetal.blogspot
http://shaqmetal.blogspot.com/2008/12/info-rock.html#
http://shaqmetal.blogspot.com/2008/12/info-asal-usul-rock-n-roll.html
http://shaqmetal.blogspot.com/2008/12/info-asal-usul-nama-rock-n-roll_09.html
http://shaqmetal.blogspot.com/2008/12/info-rock-dalam-ertikata-penyiaran.html