Sesekali terdetik hati nak menyelongkar beberapa blog dan site ada ada hubungkaitnya dengan rock dan metal atau mungmkin juga yang ada sedikit perihal atau cerita tentang rock dan metal... bukan apa sekadar ingin menambahkan lagi pengetahuan untuk kita kongsi bersama kemudiannya. Memang kalau kita bercerita mengenai rock dan metal tidak akan ada penghujungnya... sentiasa ada isu, info dan berita pelbagai tambahan pula sejarahnya juga telah menyenaraikan kepelbagaian bau, aura dan rasa yang telah dilewati sejak lahirnya bunyi rock dan seterusnya metal. Dalam perjalanan mencari cerita dan info shaqmetal terbaca satu artikel dalam blog LensaRosak yang diberi tajuk "Ada Apa Kini Dengan Underground?". shaqmetal cukup terpanggil untuk menikmati catatan tersebut... bukanlah untuk mengulas atau menilai catatan LensaRosak bahkan untuk menafikan apa yang dicatatkan itu jauh sekali. Cuba anda telusuri catatan tersebut pada alamat ini http://lensarosak.blogspot.com/2012/06/apa-ada-kini-dengan-underground.html jelas apa yang diperkatakan itu mewarnai senario muzik rock dan kelompok yang bermastautin dalam kepompong bawah tanah atau 'underground'. Memang tidak dinafikan suatu waktu dahulu senario underground begitu berpengaruh dan auranya cukup kuat sehingga mampu meraih pengikut khasnya golongan muda untuk sama-sama memeriahkan senario underground. Namun dalam setiap kejadian pasti ada unsur-unsur positif dan negatif... dan dalam aspek rock, metal serta senario underground secara kasarnya, zahirnya dan majoritinya lebih menonjolkan nilai-nilai negatif berbanding positif... Cuba kita menungkan seketika kenapa bila saja nama rock, metal, underground dan sebagainya seringkali dan selalu dikaitkan dengan unsur-unsur negatif? Apakah kerana budaya rock itu sendiri yang banyak membawa nilai negatif dari luar lantas dikatakan telah meracuni minda warga muda kita? Betulkah budaya, nilai dan jasad rock itu sendiri sejak wujudnya berserta dengan nilai-nilai atau unsur-unsur negatif? Atau unsur negatif dalam diri rock itu sebenarnya direnbcahkan oleh manusia yang membawa rock itu seterusnya menyebar luaskan isu rock, metal dan yang sewaktu dengannya ssebagai budaya yang kotor, jijik, bising, bingit, jahat, negatif dan sebagainya. Cuba kita fikir sejenak... budaya pop, rnb, rap, blues dan sebagainya tetap juga ada unsur dan elemen negatifnya, tetapi kenapa tidak dicapkan budaya pop dan sebagainya itu juga negatif? Sekadar ingin meluahkan apa yang membungkam dalam benak fikiran shaqmetal... Huuuhhhh banyak lagi yang nak diuluahkan dalam ruangan sempit ini namun rasanya nanti takut pula ada yang terasa hehehehe... apapun secara jujurnya shaqmetal merasa kebelakangan ini rock, metal dan underground sedikit sebanyak mulai diterima dalam masyarakat kita, meskipun bukan seratus peratus namun tetap menurun kalau dilihat pada skala unsur negatif persepsi terhadap rock. Apa yang nak shaqmetal katakan lagi.... Rock terus rock dan metal terus metal... tetapi bawa unsur-unsur yang positif dan tidak mengecewakan mereka yang melihat dari jauh senario rock dan metal....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan