Logo Design by FlamingText.com

Khamis, 9 Februari 2012

Band Rock Malaysia...

Post ini shaqmetal khaskan buat peminat band / kumpulan rock era 80an dan awal 90an , yakni zaman kegemilangan rock tempatan. Info yang diketengahkan ini sekadar untuk mengingatkan kita bahawa band-band ini pernah ujud dan mewarnai kanvas muzik rock tempatan suatu ketika dahulu tidak kira band atau kumpulan tersebut masih aktif atau tidak. shaqmetal cuba carikan maklumat untuk kita kongsi bersama di sini. Meskipun demikian band-band rock metal yang ada semasapun akan cuba shaqmetal catatkan di sini. Rock terus rock... namun sebagai permulaan shaqmetal bermula dengan band-band zaman rock kangkang dulu dan insyaAllah kita akan telusuri kesemuanya nanti.
Update 10 Februari 2012



Band  :  Arena
Sub genre  :  Rock
Ditubuhkan  :  1990an
Band atau kumpulan Arena merupakan antara nama band yang memeriahkan industry muzik rock diera kebangkitan muzik rock tempatan. Kurang pasti akan masa dan bila band ini ditubuhkan namun pada tahun 1991 band ini telah melahirkan satu-satunya album sepanjang penglibatan mereka yang diketahui. Begitu juga dengan pengakhiran band ini yang tidak diketahui bila terbubarnya band Arena. Yang pasti band Arena antara band yang pernah mencipta nama seketika dalam persada muzik rock tempatan yang waktu itu banyak bersandarkan kepada lagu-lagu rock balada atau rock ‘cintan.
Anggota Arena
Rizam – vokal
Boy (pernah menyertai band Real X dan Melissa) – gitar
Megat – gitar
Zam – Bass
Mie – drum
Album Studio
Selamat Tinggal Cinta  (1991)



Band  :  Analisa
Sub genre  :  Rock
Ditubuhkan  :  1989
 Band atau lebih biasa bagi masyarakat kita kumpulan Analisa merupakan band rock yang terlahir ketika era kegemilangan rock tanahair. Analisa dianggotai oleh 4 orang anak muda yang bersemangat untuk sama-sama memeriahkan muzik rock dan mencari popularity ketika itu. Namun Analisa Cuma mampu bertahan 3 tahun sahaja. Analisa dibubarkan pada 1991 bila Azmeer (Amir) menubuhkan band/kumpulan baharu iaitu U’kays. Sepanjang 3 tahun terlibat dalam industry muzik tempatan Analisa sempat menghasilkan sebuah album sahaja.
Anggota Analisa
Azmeer (sekarang dikenali dengan nama Amir UK’s) – vokal
Bigo – gitar
Lufi – bass
Isham - drum
Album Studio
Palestine (1991)


Band  :  Aces
Sub genre  :  Rock
Ditubuh  :  1988
 Band / Kumpulan rock yang ditubuhkan oleh 4 orang anak muda dalam tahun 1988 pernah menyertai Juara Kumpulan Muzik Tenggara ’88 dalam tahun 1988. Penyertaan mereka dalam Juara Kumpulan Muzik Tenggara ’88 telah menonjolkan indentiti dan bakat Aces. Bertitik tolak dari situ mereka terus mengorak langkah bagi menyemarakkan lagi arena muzik rock tempatan, bagai cendewan tumbuh slepas hujan. Selepas itu Aces telah hadir dengan buah tangan pertama mereka dalam tahun 1989, album sulung mereka yang diberi judul Hidup. Setelah ahdir dengan album pertama mereka mendiamkan diri sehinggalah tahun 1992 apabila mereka tampil dengan album kompilasi yang membabitkan juga band/kumpulan Dinamik, Olan, Victim dan Justice.
Anggota band Aces
Nai (Nairul Abdul Rahim) – vokalis
Sam (Samad Ashgar) – gitar utama
Amir (Amirul Shah) – bass
Mikail - drum
Album
Hidup (Album studio penuh)  (1989)
Metal Rock – Perjuangan ’92 (Album kompilasi) (1992)


Band  :  A.C.A.B
Sub genre  :  Oi / Indie
Ditubuhkan  :  1994
Band / Kumpulan A.C.A.B telah ditubuhkan dalam tahun 1994 di Kuala Lumpur oleh Magskin dan Eddie.  Nama A.C.A.B bertahun sehingga 2003 dan mereka telah menukar nama A.C.A.B kepada The A.C.A.B mulai tahun tersebut seiringan dengan bertukarnya genre muzik yang mereka bawa. Dari awal penubuhannya sehingga 2003 A.C.A.B membawa muzik Oi dan antara band Oi yang dikenali di Malaysia, namun penghijrahan dari muzik Oi ke sub genre rock indie juga menjadikan nama mereka The A.C.A.B pada tahun 2003. Diawal kemunculan A.C.A.B mereka hadir berlima tetapi bila merubah corak muzik menjadi rock indie, The A.C.A.B cuma tinggal berempat sahaja.
Anggota band A.C.A.B / The A.C.A.B
Era A.C.A.B
Magskin (Megat hafiz)
Eddie (Edy J. Herwan)
Hardy Sham
Anas
Black
Era The A.C.A.B
Max Hafiz (Magskin) (Megat hafiz) – vokal / gitar
Edy J. Herwan – gitar
Mono – bass
Irfan - drum
Demo / LP / EP
A.C.A.B (1995)
Eastern Oi (1999)
Unite and Fight (1996) 
Album Kompilasi
Tribute To Rusty Blade (lagu Rintangan hidup dunia) (1999)
The Underground Tribute To sweet Charity (Lagu Musibah) (2001)
Unite And Fight & A.C.A.B (1998)
Oi ! Pride, Struggle To Survive (2001)
Punk / Oi Malaysian Ways (2001)
Day Of Being Wild  1995 - 1999(2001)
No. 1 (2002)
Forever Skinhead 1995 – 2003 (2004)
Video
Oi! Oi! The Fest’ 2002 (2002)
Live and Loud 2 (2003) 
Single
We are the skin (1998)
Streets of uptown (2001)
Album Studio
Skinhead 4 Life (2001)
This is The A.C.A.B (2006)


Band  :  Ababil
Sub genre  :  Rock
Ditubuh  :  1989
Band / Kumpulan Ababil merupakan antara band/kumpulan yang lahir semasa era kebangkitan muzik rock di Malaysia (era 80an).  Band Ababil telah ditubuhkan pada tahun 1989 yang pada asalnya diberi nama History namun telah menukar nama kepada Ababil ketika menjengah arus perdana muzik ketika itu. Ketika sama-sama menghangatkan industry muzik/hiburan tanahair khasnya rock waktu itu Ababil cuma sempat melahirkan sebuah album yang juga diberi nama Ababil. Selepas itu nama Ababil menghilang begitu sahaja tanpa dapat dikesan hingga ke saat ini. Tidak dapat dipastikan apakah Ababil masih ujud dan aktif lagi dalam industri muzik tanahair.
Anggota band Ababil 
Ajid – vokalis (pernah menganggotai band GET)
Rosli – gitar
Sham – bass
Akak Dann – drum
Album Studio
Ababil  (1989)

1 ulasan:

Unknown berkata...

Ada mail,ada benda saya nk tanya