Berita terkini
buat semua peminat metal tempatan dan negara jiran seperti Thailand
serta Indonesia. Dalam rangka untuk mempromosikan album baharu mereka ‘Kairos’,
Sepultura mengadakan siri jelajah
2011 di Amerika Selatan, Eropah dan Asia. Manakala siri jelajah Asia pula yang
dirangkakan akan diadakan menjelang Februari 2012 akan bermula di Thailand, Malaysia
dan kemudiannya di Indonesia. Menurut perancangan awal pihak penganjur jelajah Asia akan bermula 3 Februari 2012. Dalam siri jelajah tersebut dijangka 1
konsert akan diadakan di Thailand, 2 di Malaysia dan 4 siri konsert di Indonesia.
1 dari 2
siri konsert yang akan diadakan di Malaysia telah dikenalpasti iaitu di Kuala Lumpur
manakala 1 lagi akan dikenalpasti tidak lama lagi. Apapun cadangan asal siri
konsert jelajah Asia bakal melibatkan bandaraya seperti Bangkok, Medan, Kota
Kinabalu, Kuala Lumpur, Jakarta, Surabaya dan Bali, namun ketetapan sebenarnya lokasi
konsert masih lagi belum dipastikan.
Band lagenda
heavy thrash metal yang berasal dari Belo
Horizonte, Brazil ini dianggotai oleh Paulo Jr. – bass, Andreas Kisser – guitar,
Derrick Green – vokal dan Eloy
Casagrande – dram (mengantikan Jean Dolabella). Elloy Casagrande pemain dram
terbaharu Sepultura baru berusia 20 tahun secara telah diumumkan secara
rasminya pada 13 November 2011 (artikel ini ditulis 15 November 2011).
Sejak
penubuhannya dalam tahun 1984, Sepultura telahpun menerbit 12 buah album penuh
studio dan album yang terbaharu dari band ini ialah Kairos, diriliskan pada 24
Jun 2011.
1 ulasan:
Bro pergi tgk tak?
Catat Ulasan