Logo Design by FlamingText.com

Khamis, 18 Februari 2010

Sirenia




Sirenia mula dikenali sebagai sebuah band gothic yang berasal dari Stavanger, Norway yang mengabungkan elemen gothic metal, symphonic metal, extreme metal dan death metal dalam stail muzik mereka. Sirenia menggunakan instrument melodic, synthesizer dan distorted gitar dengan vokalis wanita, vokal death/growl dan clean lelaki, koir dan violin. Melihat pada lirik mereka pula, lebih kepada keujudan manusi, emosi dan tingkat mentaliti. Namun setelah matang dalam memperjuangkan muzik metal Sirenia kini lebih dikenali sebagai band yang membawa jalur muzik symphonic gothic metal.

Sirenia ditubuhkan awal 2001 bila Morten keluar dari band asalnya, Tristania kerana berbeza pendapat, aliran muzik dan peribadi. Dperingkat awaknya mereka tidak dapat mencari vokalis yang sesuai untuk rakaman di Peranchis, lantas ujibakat untuk mencari vokalis telah diadakan. Untuk rakaman album sulung, At Sixes and Sevens mereka telah menganjurkan ujibakat mencari vokalis dan mereka menemui Fabienne Gondamin.

Setelah itu ketika jelajah(tour) fabienne Gondamin digantikan oleh Henriette Bordvik dan seterusnya merakamkan album kedua Sirenia, An Elixir For Existence dan EP Sirenian Shores. Dalam bulan November 2005 Henriette pula meninggalkan Sirenia atas alas an masalah peribadi.

Selepas itu untuk album ketiga Nine Destinies and a Downfall dalam tahun 2007, Sirenia memperkenalkan vokalis baru mereka, Monika pederen yang berasal dari Denmark. Monika menyertai Sirenia dalam tahun 2006. Dalam tahun yang sama juga gitaris baru mereka Bjornar Landa dari Artifact juga menjadi ahli baru Sirenia. Tidak lama selepas terbitnya album ketiga Sirenia, Monika Pederson pula meninggalkan band Sirenia kerana tidak ada kesesuaian dan persetujuan dalam muzik yang dibawa sehingga Sirenia terpaksa menarik diri dari menyertai perancangan jelajah Eropah bersama band Therion.

Anggota band Sirenia bertukar ganti dengan kekarapan yang agak ketara yang mana pada 9 April 2008, Sirenia mengumumkan yang peserta X Factor dari Sepanyol, Ailyn sebagai vokalis terbaru Sirenia. Sebulan kemudian, iaitu pada 19 mei 2008 Bjornar Landa pula meninggalkan Sirenia untuk menyambungkan pelajaran dan perihal keluarga. Tempat Bjornar digantikan pula oleh Michael S. Krumins (Green Carnation).

Selain dari pertukaran anggota dalam 2008 juga Sirenia telah mengumumkan yang pertama kali dalam karier mereka menggunakan khidmat sessionis seorang pemain bass dalam persembahan live mereka iaitu Kristian Olav Torp.

Rakaman untuk album studio keempat Sirenia dimulakakn dalam b ulan Julai 2008 di Sound Suite Studio di Peranchis dan Studio Stargoth di Norway. Mastering dan mixing album tersebut telah dibuat di Studio Antfarm , Denmark dengan kerjasama Tue Madsen. Album tersebut yang diberikan judul The 13th Floor, siap sepenuhnya dalam bulan September dan telah dirilis pada 23 Januari 2009. Album tersebut mengetengahkan artis/pemuzik undangan jan Kenneth Barkved. Single pertama untuk album tersebut The Path Of decay telah dikeluarkan pada 26 Disember 2008 dalam bentuk muat-turun digital.

Album
At Sixes and Sevens (2002)
An Elixir for Existence (2004)
Nine Destinies and a Downfall (2007)
The 13th Floor (2009)

EP
Sirenian Shores (2004)

Singles & Promo Singles
My Mind's Eye
The Path To Decay

Muzik video
My Mind's Eye
The Other Side
The Path To Decay

Anggota terkini
Morten Veland - Harsh Vocal, Clean Vocal, Guitar, Bass, Drums dan Keyboard (2001 - sekarang)
Ailyn - Vocalis (2008 - sekarang), (juga vokalis untuk album The 13th Floor - 2009)
Jonathan A. Perez - Live Drums (2003-2004, 2005-2009, sekarang Hiatus), Drums untuk Nine Destinies and a Downfall (2007)
Michael S. Krumins - Live Guitar (2008 - sekarang)

Anggota Session (Live):
Roland Navratil - Drums (European Tour 2004-2005, 2009 - sekarang)

Anggota terdahulu
Hans Henrik Varland – Keyboard ‘live’ (2001-2003)
Kristian Gundersen – Guitar ‘live’ (2001-2004), Clean Vocals untuk At Sixes and Sevens (2002) dan An Elixir for Existence (2004)
Bjørnar Landa – Gitar ‘live’ (2004-2008)
Fabienne Gondamin – vokalis (2001-2002), Vokal untuk At Sixes and Sevens (2002)
Henriette Bordvik – vokalis (2002-2005), Vokal untuk An Elixir for Existence (2004) dan Sirenian Shores (2004)
Monika Pedersen – vokalis (2006-2007), Vocals untuk Nine Destinies and a Downfall (2007)
Kristian Olav Torp – Bass ‘live’ (2008)

Pencalonan untuk Anugerah Metal Storm
Sebagai majalah hiburan muzik rock metal terbesar antarabanagsa Metal storm menyediakan anugerah untuk pemuzik metal antarabangsa iaitu ‘Metal Storm Award’. Dan antara band yang tercalon untuk anugerah tersebut ialah band Sirenia untuk album The 13th Floor. Ini adalah undian untuk metal album terbaik sepanjang 2009. Sirenia dicalonkan dalam category Atmospheric/Symphonic field yang mana undian untuk anugerah tersebut akan ditutup pada 28 Februari 2010 manakala pemenang untuk anugerah tersebut akan diumumkan pada 1 Mac 2010.

Satu lagi berita untuk dikongsi bersama ialah tentang jadual jelajah/tour Australia, Sirenia bersama Paradise Lost yang mana jadual asalnya ialah dalam bulan Februari ini telah dijadualkan semula dan tour akan diadakan dalam bulan April. Tarikh dan persembahan akan diadakan pada24 April 2010 Hi Fi, Brisbane, 26 April 2010 Metro Theatre, Sydney dan 27 April 2010 Billboard the Venue, Melbourne.




At Sixes and Sevens
01. Meridian
02. Sister Nightfall
03. On the Wane
04. In a Manica
05. At Sixes and Sevens
06. Lethargica
07. Manic Aeon
08. A Shadow of Your Own Self
09. In Sumerian Haze



An Elixir For Existence
01. Lithium and a Lover
02. Voices Within
03. A Mental Symphony
04. Euphoria
05. In My Darkest Hours
06. Save Me From Myself
07. The Fall Within
08. Star-Crossed
09. Seven Sirens and a Silver Tear



Sirenian Shores
01. Sirenian Shores
02. Save Me From Myself (remix)
03. Meridian (Acoustic)
04. First We Take Manhattan
05. Obire Mortem



Nine Destinies and a Downfall
01. The Last Call
02. My Mind's Eye
03. One by One
04. Sundown
05. Absent without Leave
06. The Other Side
07. Seven Keys and Nine Doors
08. Downfall
09. Glades of Summer



The Path to Decay
(dirilis sebagai muat-turun eksklusif))
01. The Path To Decay (radio mix)
02. The Path To Decay (album version)
03. Winterborn 77 (instrumental)



The 13th Floor
01. The Path to Decay
02. Lost in Life
03. The Mind Maelstrom
04. The Seventh Summer
05. Beyond Life’s Scenery
06. The Lucid Door
07. Led Astray
08. Winterborn 77
09. Sirens of the Seven Seas

Tiada ulasan: