Isnin, 30 November 2009
GEMILANG 101-LAGU HANGAT SEPANJANG ZAMAN.
Band Wings
Band Masa Scarecrow
Band Febians
Band Menara
Lagu-lagu retro terbaik...
Fenomena ataupun kegilaan terhadap lagu-lagu rock 80-an serta berirama sentimental ataupun slow rock 90-an masih dirasai kehangatannya. Meskipun ada di antaranya berusia lebih 20 tahun, iramanya tetap akan berkumandang setiap masa.
Tarikan muzik begini adalah dari segi melodi dan bait-bait lirik yang mempunyai aura serta makna yang memberi kesan. Jadi tidak keterlaluan dikatakan, irama rock itu yang lebih sinonim dengan panggilan rock kapak tidak akan luput ditelan zaman. Jika didengar secara sekali lalu, muzik rock kapak adalah berunsur sentimental dan metaforanya berasaskan cinta.
Pemilihan struktur lirik yang kreatif serta muzik yang mendamaikan adalah antara sebab lagu-lagu sebegini masih bertahan. Ada juga lagu-lagu tersebut diberi nafas baru dengan perubahan pada susunan muzik serta ada yang dinyanyikan semula oleh penyanyi baru. Namun irama asal diakui lebih menyengat dan melekat di hati. Buktinya, di mana-mana sahaja seperti pusat karaoke, majlis keraian atau ditujukan kepada yang istimewa, ianya lebih menjadi pilihan.
Tidak begitu adil sekiranya membandingkan aliran muzik kini dan cara penyampaian muzik terdahulu kerana masing-masing mempunyai ikutan dan skor yang tersendiri. Atas pemerhatian dan suasana industri muzik masa kini, muzik 80-an serta 90-an masih lagi bertahan. Sehinggakan ada tertubuhnya stesen radio yang khas untuk muzik-muzik malar segar ini. Oleh yang demikian, nostalgia dan kenangan dapat sentiasa dikenang dan dihayati melalui muzik yang diperdengarkan.
Teknologi canggih untuk memperoleh lagu dengan mudah seperti muat turun lagu daripada internet banyak membantu merancakkan industri hiburan. Namun begitu, tradisi membeli album dalam bentuk CD,VCD ataupun kaset masih belum luput. Peminat boleh membuat pilihan samada mengunjungi kedai-kedai CD ataupun memuat turun sahaja. Kedua-duanya sama membei manfaat dan juga tanda sokongan terhadap artis-artis.
Oleh yang demikian, lagu-lagu ’berhantu’ berkenaan banyak yang diterbitkan semula dalam bentuk kompilasi supaya peminat-peminat dapat memiliki lagu-lagu berkenaan secara ekslusif. Ada baiknya juga menerbitkan album kompilasi kerana tidak semua lagu yang pernah menjadi siulan satu ketika dahulu mudah didapati sama ada melalui cara muat turun mahupun keluaran khas lagu itu sendiri.
Album kompilasi merupakan alternatif bagi memberikan pilihan kepada peminat untuk mendengar variasi lagu. Oleh yang demikian, proses penghasilannya daripada cetusan buah fikiran,pengumpulan bahan dan penerbitan akhir juga perlu mengikuti kehendak pasaran agar menjadi produk yang berkualiti dan mudah mendapat sambutan. Ini adalah bonus selain dapat mendengar lagu kegemaran peminat juga boleh dijadikan koleksi peribadi.
Kebiasaannya, lagu-lagu yang digabung dan diterbitkan semula secara kompilasi adalah dipilih daripada lagu-lagu yang benar-benar bernilai komersial dan mampu menarik minat pengikut setia industri seni tanahair. Jika diteliti dari segi pemilihan artis, kesemuanya adalah artis-artis popular dan kemunculan album kompilasi juga boleh mengubati kerinduan kepada artis-artis tempatan.
Ada diantara kumpulan-kumpulan ini tidak lagi bersama kerana komitmen kepada kehidupan peribadi, peredaran masa dan bergerak sendirian. Sedikit info, Awie yang pernah melengkapi kumpulan Wings sebenarnya sudah lama bergiat secara solo. Lebih dikenali sebagai pelakon sekarang, Awie adalah salah seorang ikon dalam muzik rock walaupun Wings seringkali menghadapi pergolakan semasa zaman kegemilangan mereka. Posisi vokalis yang sering bertukar ganti bukanlah masalah bagi mereka. Buktinya, sehingga kini mereka masih lagi mampu meraih sokongan peminat.
Itulah kuasa dan pengaruh lagu-lagu dan artis zaman slow rock atau rock kapak. Lagu-lagu mereka adalah halwa telinga terbaik dari dahulu hingga kini. Pernah mengungguli carta radio satu ketika dahulu, hari ini pun mereka masih bersaing merebut perhatian peminat di corong-corong radio.
Seiring dengan atmosfera, album Gemilang 101 hadir dengan 101 buah lagu dalam satu album yang sama dan dijual pada satu harga. Semestinya sangat berbaloi untuk dimiliki, terdapat enam keping cakera padat (CD) di dalamnya. Sebanyak 30 buah kumpulan terhebat di Malaysia seperti Wings, Illusi, Olan, Medicine, Dinamik, Ukays, Febians, Massa dan ramai lagi.
Percaturan menggabungkan mereka semua di dalam satu album amat berbaloi kerana ia adalah pakej lengkap lagu-lagu malar segar rock klasik dan pop yang harus dimiliki. Ditambah pula dengan sokongan peminat yang tak pernah hilang, album kompilasi sentiasa menjadi pilihan walaupun seringkali diterbitkan.
Antara senarai 30 artis hebat dan lagu hits dalam album ini adalah seperti Olan dengan Cinta Bandar Tasik Selatan, Febians dengan Penantian, Dinamik dengan Dilema Rindu, Wings dengan Taman Rashidah Utama, Illusi dengan Puisi Cinta, Massa dengan Patahnya Sayap Malam, Meditasi dengan Biar Pedih Kasih Memanjang, Lela dengan Bidadari, Gravity dengan Sinambungan Cinta, Mellisa dengan Cinta Untuk Nabila, Medicine dengan Tika Dan Saat Ini, Gamma dengan Bahang Asmara, Sweet Charity dengan Cinta Dan Cipta, Ukays dengan Kekasihku Di Menara serta Menara dengan Sayang.
Terdapat juga, Kamikaze dengan Pergi Selamanya, Himalaya dengan Junaidah 730, Success dengan Kejam, Cinema dengan Harum Mawar Tanpa Kuntumnya, Lestari dengan Malang, Vagrant dengan Kerana Takdir, Analisa dengan Figura Cinta, Viper dengan Nekad dan Lagenda dengan Hikayat Cinta Kita. Dengarkan saja lagu-lagu berhantu tersebut, pastinya menangkap selera dan menambat jiwa.
Gemilang 101, album kompilasi 30 buah kumpulan dengan 101 lagu slow rock kekal hangat dalam enam CD, setiap satunya menyenaraikan 17 buah lagu hebat. Set CD Box ini telah dirilis di pasaran pada 30 November 2009. Jangan ketinggalan untuk mendapatkan set cd box yang menarik dan himpunan lagu-lagu terbaik retro rock tempatan ini.
Rabu, 25 November 2009
Kobra - Patuk
Band : Kobra
Muzik : Heavy metal
Aktif : 2001
Ahli
Adik - gitar
Edie - vokal
Yus - bass
Alim - drum
Discografi
Album
Patuk (2001)
Tampil dengan nama yang agak mengerunkan - KOBRA menghidangkan muzik heavy metal. bersesuaian dengan nama dan penerbit album ini sendiri iaitu Jac FTG. Album Kobra memuatkan 13 buah lagu antaranya ialah;
1. Serakah keegoan
2. Memburu masa
3. Pesan untuk kawan
4. Raja syaitan
5. Serba salah
6. Madu tiga (cover P. Ramlee)
7. Warna kehancuran
8. kembara illusi
9. Janji yang sama
10. Biarkan saja
11. Mimpi dan hidup
12. Nostalgia rock n' roll
13. Karmila
Selepas album 2001 Kobra terus menghilangkan diri tanpa dapat dikesan. Apapun hidangan yang disediakan olehy Kobra antara penyemarak muzik metal tempatan meskipun hadir seketika.
Rabu, 18 November 2009
Tiada lagi After Forever...
After Forever mengundurkan diri dari dunia metal…
Sedar tak sedar sudah lebih 15 tahun After Forever terlibat secara langsung dalam dunia metal antarabangsa. Band yang berasal dari netherland ditubuhkan dalam tahun 1995, diawal penubuhan mereka memainkan music yang lebih berorientasikan muzik death metal. Namun setelah Floor Jansen menyertai After Forever dalam tahun 1997 arah tuju muzik mereka juga berubah dan menjurus kepada muzik symphonic metal. Gandingan asal After Forever terdiri dari Floor Jansen, Mark Jansen, Sander Gommans, Luuk van Gerven, Jack Driessen dan Joep Beckers.
Gandingan terkini sehingga After Forever dibubarkan secara rasminya antara anggota ialah Floor Jansen - vokalis (1997–2009), Sander Gommans - Gitar dan grunts (1995–2009), Bas Maas – Gitar dan vokal kedua (2002–2009), Luuk van Gerven - Bass(1996–2009), AndrĂ© Borgman - Drum dan percussion (2000–2009)dan Joost van den Broek - Keyboard (2004–2009).
After Forever sempat mengeluarkan 5 buah album studio antaranya ialah:
1. Prison Of Desire (2000)
2. Decipher (2001)
3. Invisible Circles (2004)
4. Remagine (2005)
5. After Forever (2007)
Selain itu mereka juga ada menerbit ep, demo, single dan kompilasi seperti berikut;
EPs
Exordium (2003)
Singles
"Follow In The Cry" (2000)
"Emphasis/Who Wants To Live Forever" (2002)
"Monolith Of Doubt" (2002)
"My Choice/The Evil That Men Do" (2003)
"Digital Deceit" (2004)
"Being Everyone" (2005)
"Two Sides/Boundaries Are Open" (2006)
"Energize Me" (2007)
"Equally Destructive" (2007)
Demo
Ephemeral (1999)
Wings Of Illusion (1999)
Kompilasi
Mea Culpa (2006)
secara rasminya After Forever mengumumkan persaraan mereka dari dunia metal pada 5 februari 2009 yang lalu. Ini sebenarnya berlanjutan dari waktu rehat yang mereka ambil sejak Januari 2008.
Berikut adalah pengumuman rasmi yang dikeluarkan oleh After Forever tentang pembubaran seterusnya pengunduran mereka dari dunia metal.
Dearest Fans,
After nearly 15 years and with heavy hearts, we have decided to call an end to a great and exciting time as After Forever. We are extremely proud of what we have accomplished, and especially of the road we took to get here. After Forever has never been a band that repeated itself; we always tried out new things, even though many of them were certainly done at a risk. We think that that has been one of the reasons we’ve always enjoyed enormous support from all our loyal fans.
The break we took in 2008 made us appreciate all the more what we’d experienced. Now more than ever, we can look back on so many fantastic moments, something we never would have expected to be part of when we started the band all those years ago.
However, that break also made us aware of the fact that we can only continue After Forever with the energy, the full 110%, that we have always put into it and we’ve noticed lately that there is something missing. We have always been musicians who create music with lots of passion, and during the break we built up our own lives again and have been musically active and experimenting in several genres.
Although After Forever is very special to us, we feel that we have reached the point where we need to explore the world of music in each of our own different ways. Thus, we’ve decided to quit while we’re ahead. We are sincerely proud of every CD; each album represents a unique period, and all comes together in our last album "After Forever," which made all of our dreams possible. We hope After Forever will continue to be a source of inspiration for new bands and musicians alike so that our music can live on.
As band members, but also as friends, we’ve experienced so very much; highs and lows, good times and bad. We'll keep supporting each other in all of our various individual projects and continue inspiring one another in making music.
Our MySpace page www.myspace.com/afterforever will be used for updates on all of these projects and of course After Forever-related news, as well.
You can be sure that this is not an easy decision for any of us. We'd like to thank all of our fans for their support, also during the break.
We know that this will be a big disappointment to you, dear fans, and it makes it that much harder for us. You have always given us your all and it was our pledge, in turn, always to give at least as much back to you for as long as we exist. In this moment, that’s unfortunately just not possible, so we'd rather leave you all the albums and gigs we achieved with maximum input. We'd also like to thank Nuclear Blast, TEG and MOJO for their patience and enthusiasm, the live crew, the fan club, the fan sites and everybody who's helped in every way possible.
We'll miss you all.
Most Sincerely,
Floor, Sander, Joost, Bas, Andre and Luuk
After Forever
Ahad, 1 November 2009
Tuah
Band : Tuah
Muzik : Heavy Metal (fushion)
Aktif : 2002
Ahli
Adly - vokal
Man - gitar
Wan - bass / akustik gitar
Aizam - drum / tamborine
Discografi
Album
Tuah (2002)
Tuah band yang pada mula mengelirukan shaqmetal, apakah ini band yang pernah popular diawal perkembangan muzik rock di Malaysia, awal 80an iaitu band Desire yang pernah hadir dengan album Sumpitan Senja, Tolak Campur Kali Bahagi dan Kata Kata rupanya tidak. Tuah adalah Tuah dan stail muzik mereka juga berbeza.
Album sulung Tuah yang diterbitkan oleh Tuah sendiri memuatkan lagu Tuah, Ingat-ingatlah, Kadang lu berbeza, Terpisah, Hinakah aku, Kau dan aku, Sumpitan senja, Mata dunia, Simpang dan Semoga semuakan jadi nyata.
Kayangan
Band : Kayangan
Muzik : Heavy metal (fushion)
Aktif : 2002
Ahli
NZ - gitar
Zuber - bass
Mael - vokal
Awang - drum
Discografi
Album
Cari Makan (2002)
Sebahagian besar di kalangan kita tidak kenal dan tidak tahu akan keujudan band yang diberi nama Kayangan suatu waktu dahulu (2002). Waktu yang tidak terlalu jauh ke belakang. Kayangan cuma sempat tampil dengan album sulung mereka berjudul 'Cari Makan' yang diterbitkan sendiri oleh Kayangan. Band yang dianggotai oleh NZ - gitar, Zuber - bass, Mael - vokal dan Awang - drum.
Lagu yang dimuatkan dalam album sulung mereka itu ialah Makan (feat DJ Syko-G), Cari, Aku, Wasiat terakhir, Buas, Apa itu, Batu, Boleh blah, Makan, Aku (video edit) dan 4B megamix (feat DJ Syko-G). Rasanyer album Kayangan sekarang ni sudah tidak ada di pasaran kalau adapun mungkin terlalu susah nak dapat. Sekadar untuk kita nikmati bersama nanti, shaqmetal akan cuba muatkan dalam playlist shaqmetal sendiri. Ianya masih dalam perancangan.
TRIMATRA
Band : Trimatra
Muzik : Rapcore
Aktif : 2002
Ahli
She-D - drum
Bambang - bass
Eyyo - gitar dan back-up vokal
Samiez Anelka - programming, loop dan rap
Fairoze - vokal
Discografi
Album
Bising Bising (2002)
Sebut nama TRIMATRA mungkin kita terfikir semula jenis muzik yang mereka bawa yang bunyinya agak pelik waktu itu iaitu dalam tahun 2002. Di Malaysia waktu itu nama seperti nama Linkin Park dan Limp Bizkit belum lagi meletup dan mungkin segelintir insan saja yang kenal akan band itu, namun begitu TRIMATRA sebenarnya sudahpun berada di pasaran arus perdana waktu itu membawa muzik yang seakan Linkin Park atau Limp Bizkit yakni Rapcore, subgenre yang terlalu baru buat halwa telinga masyarakat Malaysia waktu itu. Waktu itu kita masih tidak dapat lagi menerima muzik sedemikian sehinggalah produk Linkin Park dan Limp Bizkit dibawa masuk ke Malaysia barulah pendengar kita mula dapat menikmati muzik sedemikian.
Persoalannya apakah yang diketengahkan oleh TRIMATRA terlalu advance / awal atau terlalu terkehadapan dalam mengetengahkan jenis muzik? Baru sekarang kita sedar yang sebenarnya TRIMATRA telah mendahului kita dalam menjelajah muzik namun kita tidak pernah menghargainya. Kita kurang beri sokon gan pada mereka dazn bila mereka sudah entah kemana barulah kita nak mencari-cari mereka. Nasi sudah menjadi bubur TRIMATRA pun entah ada entah tiada. Namun kita sebenarnya rugi bila kita membiarkan band sbegitu berlalu tanpa sokongan yang kuat.
TRIMATRA yang dianggotai oleh She-D, Bambang, Eyyo, Sameiez Anelka dan Fairoze cuma terdaya tampil dengan album Bising Bising dan mereka terus tiada berita. Album yang diterbitkan oleh Mohalim, bekas anggota band Iklim itu memuatkan 10 buah lagu seperti Bising, Tomahawk, Enigma, Ganggu, Khayalan, Neraca, Trauma, Hidup, Dera dan 13 April.
Menurut penerbit album TRIMATRA, Mohalim, "Album TRIMATRA adalah album melayu tempatan yang berkonsep rock masa kini (waktu itu - 2002) yang memuatkan elemen-elemen hip-hop, techno,ethnic, punk, reggae, metal, hardcore, loop drum dan juga efek bunyi. Gabungan elemen tersebut telah melahirkan TRIMATRA".
Cuma andaikan kalaulah TRIMATRA masih giat memainkan muzik mereka ketika ini pasti mereka seperti juga setanding band rock atau metal yang telah menyinar ketika ini. Sayang mereka yang advance dengan subgenre sebegitu kita telah abaikan... fikirkanlah semula.
Aisunam kemana menghilang...?
Aisunam yang pernah dikenali dengan nama The Federated dan juga FGI sudah agak lama tidak kedengaran berita tentang mereka. Album sulung mereka Aisunam VS Federated juga telah menjengah peminat mereka. Namun perkembangan tentang mereka jarang kita dengar baik diakhbar, majalh ataupun media elektronik yang lain. Apakah cerita yang terjadi pada Aisunam, si juara Ruara Juara ni sekarang? Ada juga berita mengatakan mereka buat event? Betul ke? Apa sudah jadi dengan dunia hib uran kita? Pemain peranan sudah jadi orang tengah? Untuk menjernihkan spekulasi itu shaqmetal cuba merisik dan mencuri dengar berita tentang mereka. kata vokalis Aisunam, Fauzi, mereka sibuk dengan pelbagai aktiviti terutamanya show, bukan sibuk buat event. Dan yang terkini menurut Fauzi mereka terlibat dalam Konsert Gegar Generasiku di PadanfgSemarak, Angkasapuri pada 1 November 2009(hujung minggu ini). Ternyata mereka masih aktif lagi namun publisiti untuk mereka kurang itu yang menyebabkan mereka seakan-akan mendiamkan diri. Hakikatnya mereka tetap sibuk ke sana dan sini untuk show dan gig. Jadi jangan ada timbul spekulasi lagi ok... Apapun kita saksikan bersama Konsert Gegar Generasiku bermula jam 8.30 malam di Padang semarak, Angkasapuri 1 November 2009, saksikan band Aisunam, Bunkface, Azlan & The Typewriter, Aizat dan banyak lagi.
Aisunam jalan terus... dan shaqmetal suka dengar lagu Bisikan.
Terkenang Kembali....
Sesekali bila mendengar band lama syok juga... Untuk sejam dua shaqmetal sempat menikmati alunan lagu-lagu rock dan metal dari beberapa buah band akhir 90an dan awal 2000an... antaranya band Giegiel, Tuah, Kayangan, Kobra, Viper, Crash dan Trimatra. Seronok juga bila mendengar hasil buah tengan mereka... Dalam ulasan akan datamng kita akan cuba untuk mengetengahkan beberapa band metal tempatan yang rasa-rasanya sealiran dengan jalur metalk yang shaqmetal ketengahkan ini.
Ini adalah iklan... tiada kena mengena dengan catatan dalam blog ini.
schadenfreude the crispy garnish that tastes just like its name
Ini adalah iklan... tiada kena mengena dengan catatan dalam blog ini.
schadenfreude the crispy garnish that tastes just like its name
Langgan:
Catatan (Atom)