…symphonic power metal made in Russia
Catharsis sebuah nama yang sinonim dengan dunia metal lantaran itu nama Catharsis digunakan oleh lima band yang berbeza anutan muziknya iaitu, symphonic band power metal dari Russia, anarchist hardcore punk band dari Chapel Hill, North Carolina, art band dari Peranchis, technical power metal dari San Deigo, Caliufornia dan band deathcore dari Wiscasset, Maine. Catharsis yang diketengahkan dalam ruangan ini ialah band symphonic power metal dari Russia.
Russia meskipun kurang menyerlah dalam melahirkan band-band metal dalam persada muzik metal dunia, namun kehadiran band yang dianggotai oleh Oleg Zhilvakov, Oleg ‘Mission’ Mishin, Igor ‘Jeff’ Polyakov, Aleksandr Timonin, Julia Red dan Alexey ‘Professor’ Barzilovich tidak harus dipandang sebelah mata.
Melihat kepada nama-nama anggotanya, band ini bukanlah sebarangan band yang hadir sekadar melepaskan batuk ditangga. Kehadiran dengan nama Catharsis sudah cukup memberi impak yang kuat apatah lagi anggota yang berpengalaman seperti vokalisnya Oleg Zhilyakov yang mempunyai keunikan tersendiri bila menyampaikan lagu-lagu nyanyiannya begitu juga dengan pemain gitar dan flute iaitu Oleg ‘Mission’ Mishin yang pernah menganggotai band End Zone dan Modem sebelum itu, cukup memberi impak yang kuat untuk Catharsis. Selain itu pemain drumnya, Alexey ‘Professor’ Barzilovich, pernah menganggotai band seperti End Zone, Modem dan Symbol.
Selain itu pemain keyboardnya adalah seorang wanita iaitu Julia ‘Red’ Engorova manakala seorang lagi gitaris catharsis ialah Igor ‘Jeff’ Polyakov dan pemain gitar bassnya Aleksandr Timonin merupakan bekas anggota band Satarial.
Transformasi dan pertukaran anggota…
Dalam merealisasikan impian Catharsis untuk standing dengan band-band metal yang lain dipersada antarabangsa Catharsis melalui beberapa transformasi muzik dan perubahan ahli-ahlinya. Pada asalnya Catharsis tampil dengan muzik doom metal dalam demo mereka dan kemudian beralih ke symphonic power metal dengan kelahiran album kedua mereka, Febris Erotica.
Sejak dari awal penubuhan Catharsis dalam tahun 1996 sehingga terbitnya album terbaru mereka beberapa ahli telah masuk dan keluar dari pintu Catharsis antaranya Oleg Zhilyakov - vokalis menyertai Catharsis (2000 hingga sekarang), Oleg Mission (ex-End Zone, Modem) - gitaris dan peniup flute (2002 hingga sekarang), Igor "Jeff" Polyakov - gitar rhythm (1996 hingga sekarang), Julia "Red" Egorova - keys, sound effects (1997 hingga sekarang), Andrey Ischenko (Вал'Кирия, ex - End Zone, Modem, Symbol ) - drums (2002 hingga sekarang) Alexander Timonin ( ex - Satarial ) - bass (2002 hingga sekarang), Sergey "Immortal" Bendrikov - vocal (1997 hingga 1998), Anthony Arikh – gitar utama (1997-2001), Tatiana Korablina - keys / back vocal (1997 hingga 1998), Vladimir Moochnov - drums (1997 hingga 2001), Alexandra Abanina - keys / vocals (1998), Alexey "Cry" Kraev - bass (1998), Roman Senkin - bass (ex End Zone) (1999), Andrey Kapachov - vocals (I.N.R.I.) (1999), Andrey Bartkevitch - vokalis (1999) dan Vadim Bystrov - bass (2000 hingga 2001)
Catharsis dalam bahasa Greek purba membawa maksud membersihkan atau menyucikan. Catharsis, band yang ditubuhkan di Moscow, Russia oleh Igor Polakov dan bekas vokalisnya, Sergey Bendrikov dalam tahun 1996. Sebagai percubaan, Catharsis pada mulanya tampil dengan sebuah album demo dengan stail muzik melodic doom metal.
Album demo yang dikeluarkan dalam tahun 1998 berjudul Child Of The Flowers mengetengahkan muzik doom metal begitu juga dengan album pertama Catharsis yang berjudul Plores Florum. Plores Florum merupakan demo album Child Of The Flowers yang diterbitkan semula sebagai sebuah album studio dalam tahun yang sama.
Namun dengan kelahiran album studio kedua mereka, Febris Erotica dalam tahun 1999, Catharsis membuat perubahan dalam stail muzik mereka kepada muzik yang lebih neoclassic, progressive dan heavy yang menjurus kepada stail symphonic power metal. Album tersebut mendapat banyak reaksi positif dalam majalah hiburan dan muzik di Russia. Malah pembaca majalah Rock City mengundi mereka sebagai ‘1999’s Best Rookies’ setelah cuma 3 bulan mengegarkan persada muzik metal Russia. Lantaran itulah Catharsis mulai dikenali ramai sebagai sebuah band metal yang ternama dan disegani di Russia.
Nama Catharsis terus mengharum dengan penghasilan album ketiga, Dea yang diterbitkan dalam tahun 2001. Menerusi album Dea, Catharsis mengguna khidmat vokalis baru mereka iaitu Oleg Zhilyakov.
Untuk memantapkan lagi jenama Catharsis dalam dunia metal Russia, pemain gitar berpengalaman yang juga pemain flute, Oleg “Mission” Mishin menyertai Catharsis dan seterusnya menjadi pencipta utama lagu-lagu dalam album ‘Imago’ yang diterbitkan dalam tahun 2003 dan album Wings diterbitkan dalam tahun 2005.
Untuk kedua-dua album tersebut kebanyakkan lirik ditulis oleh Margarita Pushkina, penyajak yang banyak mencipta lirik untuk band metal seperti Aria, Kipelov dan Mavrik.
Sebagai band yang dihormati dan cukup terkenal di Russia, dalam 2006 Catharsis telah dianugerahkan The Best Russian Metal Act semasa Russian Alternative Music Prize.
Demo
Melihat kepada laluan perjalanan Catharsis sepanjang pembabitannya dalam dunia muzik metal mereka telah menghasilkan tiga buah demu iaitu Child of the flowers (1997), Taedium Vitae (1999) dan Prima Scriptio (2003).
Demo Child of the Flowers telah dirakamkan penghujung 1997 dan diedarkan dalam tahun 1998 diatas usaha mereka sendiri. Ini merupakan demo instrumental pertama Catharsis dalam memulakan langkah menjejaki laluan seterusnya dalam dunia metal.
Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam demo tersebut ialah Catharsis (intro), Gates To Nowhere, Without You, Child Of The Flowers, Three Roads Of Doom, Inner Devotion, Tears Of My Soul (Outro), Drowned Maid dan Three Roads Of Doom (Live). Demo pertama Catharsis melibatkan Igor Polyakov – rhythm guitar, Julia Red – keyboard, Anthony Arikh – lead guitar dan Vladimir Moochnov – drums.
Demo kedua Catharsis menjenguk peminatnya dalam tahun 1999 yang juga dipterbitkan sendiri oleh Catharsis berjudul Taedium Vitae. Seperti juga demo pertama, Taedium Vitae ini juga demo instrumental yang telah dirakamkan di CDM Studio dalam bulan Jun 1999.
Taedium Vitae mengandungi 5 buah lagu iaitu Silentium, Febris Erotica, Towards the Acme, Taedium Vitae – part l dan Taedium Vitae – part ll.
Dalam mencari yang terbaik Catharsis terus muncul dengan demo ketiga mereka pada tahun 2003, berjudul Prima Scriptio yang diterbitkan oleh Igor Polyakov. Prima Scriptio menyenaraikan tiga buah lagu iaitu Alone, Bal-Forr dan Eerie Light. Demo Prima Scriptio ini melibatkan Oleg Zhilyakov – (Vokal dan backing vokal), Igor Polyakov (Rhythm Guitar dan Guitar akustik), Julia Red (Keyboards), Oleg Mission (Lead guitar, Acoustic Guitar dan Flute), Andrey Ischenko (Drums, Percussion), Alexander Timonin (Bass).
Single …Ballada Zemli
Sepanjang keujudan Catharsis, Ballada Zemli merupakan satu-satunya single yang pernah diterbitkan Catharsis. Single yang telah diterbitkan dan dirilis pada 16 Mac 2007 tersebut memuatkan lima buah lagu iaitu Vozmi Menya K Vorotam Vavilona (Take Me to the Babylon's Gates), Ballada Zemli (Earth Ballad), My Pobedim! (We Will Win!), Ballada Zemli (piano version) dan Krylya (Amatory version). Single yang diterbitkan oleh Igor Polyakov dan Oleg Mission di letakkan dibawah label Irond.
Album Live …Verni Im Nebo
Album live Verni Im Nebo ini seperti juga single Ballada Zemli yang mana ini merupakan album live pertama Catharsis yang diedarkan dalam bentuk cd dan dvd. Untuk album live ini Verni Im Nebo, Catharsis merilisnya dua peringkat iaitu dvd dirilis pada 17 Oktober 2005. Untuk dvd ianya mengandungi material koleksi foto dan video ketika sesi latihan serta tour mereka.
Peringkat kedua ialah pada 26 Mei 2006, cd live Verni Im Nebo dirilis dengan dua cd berserta bonus track khas untuk cd sahaja. Album live tersebut menyenaraikan dua puluh tiga track lagu-lagu terbaik Catharsis iaitu Uvertyura (Overture), Kto Ty? (Who Are You?), Serdtse Mira (Heart of the World), Krylya (Wings), Dalshe - Tishina (Farther - Silence), Zov Zverya (Call of the Beast), Zvezdopad (Starfall), Solo Na Fleyte (Flute Solo), Hold Fast, Madre, Simfoniya Ognya (Symphony of Fire), Prizrachny Svet (Eerie Light), Vzorvi Moi Sny (Explode My Dreams), Nash Put (Our Path), Izbranny Nebom (Chosen by the Sky), Talisman, Rassvetny Zver (Beast of the Dawn), Pomni Menya (Remember Me), Idi Za Solntsem (Follow the Sun), Tantsuy V Ogne (Dance in the Fire), Imago, Voin Sveta (Warrior of Light) dan Outro
Album ini diterbitkan bersama oleh Igor Polyakov dan Andrei Koryukhin di bawah label Irond sebagai penghargaan kepada peminat setia Catharsis yang sentiasa menyokong dan memberi semangat pada Catharsis.
EP … Catharsis
Selain hadir dengan demo, Catharsis juga tampil dengan tiga EP iaitu Proles Florum, Febris Erotica dan Prizrachnyj Svet. Proles Florum telah dirilis dalam tahun 1998 dibawah label Hobgoblin yang menyenaraikan tujuh buah lagu iaitu Catharsis, Child of the Flowers, Inner Devotion, Without You, Gates to Nowhere, Three Roads of Doom dan Tears of My Soul. EP Proles Florum ini amat bermakna buat Catharsis lantaran EP ini merupakan rakaman studio pertama untuk band Catharsis.
Dalam tahun 1999 iaitu bermula bulan Jun hingga Ogos mereka telah merakamkan lima buah lagu untuk EP kedua mereka iaitu Febris Erotica. EP yang juga diriliskan dalam tahun 1999 itu mengandungi lagu-lagu seperti Silentium, Febris Erotica, Towards the Acme, Taedium Vitae (part I) dan Taedium Vitae (Part II). Selain lagu EP tersebut juga memuatkan 3 video bonus iaitu The Making of Febris Erotica, My Love the Phiery (live) dan A Trip Into Elysium (live). Setelah diriliskan dalam tahun 1999, EP febris Erotica ini juga dirilis dan diedarkan semula bersama dengan album Dea dalam tahun 2004.
EP yang ketiga Catharsis, Prizrachnyj Svet yang bermaksud Eerie Light diriliskan dalam tahun 2004, namun kerja-kerja rakaman untuk EP tersebut telah bermula pada November 2003 dan siap sepenuhnya dalam bulan Mac 2004. EP yang diterbitkan oleh Igor Polyakov dan Oleg Mission memuatkan enam buah lagu iaitu Kto ty? (Who Are You?), Pomni menya (Remember Me), Prizrachnyj svet (Eerie Light), Serdtse mira (Stillife Remix), Heart of the World, Dancing in the Fire (Necromancer Remix) dan Eerie Light.
Album Studio
Setelah tampil dengan beberapa buah demo dan EP akhirnya Catharsis tampil dengan album komersial yang pertama iaitu Dea. Album Dea yang memulakan proses rakamannya dalam bulan Disember 2000, diterbit serta dirilis dalam tahun 2001 itu merupakan album komersial metal Russia yang paling berjaya dirilis dalam tahun tersebut. Album tersebut telah dirilis dan diedarkan di peringkat antarabangsa dalam tahun 2002 oleh Hammer Music. Melihat pada sambutan hebat terhadap album tersebut, Irond telah mencetalk dan merilis semula album Dea berserta dengan EP Febris Erotica dalam tahun 2004.
Album Dea menyenaraikan lagu-lagu seperti Igni et Ferro, A Trip into Elysium, My Love, the Phiery, Etude №1 A-Moll for Piano - op. l, Pro Memoria, Silent Tears dan...Into Oblivion.
Untuk album kedua Catharsis yang dirilis dalam tahun 2002 mereka telah memuatkan dua belas buah lagu iaitu 1'33 Until.... Imago, Heart of the World, Shatter My Dreams, Silence Flows..., Chosen by Heaven, Sunrise Beast, Tarantul (Instrumental), Dancing in the Fire, Star Waterfall, Crusader dan Follow The Sun (Bonus Track).
Album ketiga Catharsis merupakan album kembar kepada album Imago yang dirilis dalam than 2002 iaitu album Imago dalam bahasa Russia. Album yang memuatkan lagu yang sama Cuma dalam bahasa yang berbeza, album tersebut turut memuatkan satu bonus track video Imago khas untuk peminat Russia, Catharsis.
Dalam tahun 2005 Catharsis telah meriliskan album studio keempat, Krylya yang bermaksud sayap (Wings). Rakaman untuk album Krylya bermula Januari hingga Mac 2005 di bawah label Irond. Album ini juga diterbitkan oleh Igor Polyakov dan Oleg Mission telah dirilis pada 25 Mac 2005. Album ini memuatkan lagu Ouvertyura (Overture), Kto ty? (Who Are You?), Hold Fast, Kryl'ya (Wings), Nash put' (Our Way), Zov zverya (Call of the Beast), Talisman, Madre, Strazh vremyon (The Guardian of Times), Pomni menya (Remember Me), Simfoniya ognya (The Symphony of Fire) dan Pesn' luny (The Song of the Moon)
Sebagai sebuah band yang tampil dengan sub genre symphonic power metal elemen-elemen seperti power metal, neo classical metal dan progressive power metal turut disuntik dalam setiap lagu Catharsis. Ini menjadikan album Catharsis mengandungi bunyi yang unik dan menarik. Lantaran itu di peminat Catharsis juga mengkategorikan Catharsis sebagai band yang membawa muzik melodic doom metal(awal pembabitan), neo classical power metal, power metal dan progressive power metal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan