Bila menyebut nama Raven pasti kita teringat pada band heavy metal yang berasal dari Newcastle, England band yang bersekutu dengan New Wave of British Heavy Metal movement. Band Raven yang dimaksudkan ini ialah band yang berasal dari negara jiran, Singapura. Mungkin nama itu agak asing bagi peminat muzik metal Malaysia, namun Raven mulai berdiri kukuh di negara jiran, Singapura. Dari pengamatan shaqmetal muzik Raven agak unik dan menarik terutamanya menerusi album Semboyan. Muzik power metal mereka agak menyerlah meskipun tidak sehebat bunyi melodi yang dihasilkan oleh Primal Fear atau Magica atau beberapa nama band besar yang lain, namun kelibat dan hasil karya Raven boleh dikatakan menarik.
Bukanlah shaqmetal nak mengulas album Semboyan dari Raven, tidak sama sekali. Apa yang shaqmetal ingin kongsikan menerusi ruangan ini ialah, muzik atau melodi yang ditampilkan oleh Raven ketara ada perbezaannya. Perasaan power metalnya nampak dengan stail atau gaya muziknya serta olahan vokal Raven. Ini juga bukanlah untuk mempromosikan album Semboyan dari Raven tetapi sebagai warga yang ingin berkongsi info serta bahan rasanya kehadiran Raven membawa elemen yang menarik untuk didengar dan diterokai.
Sekali dengar bunyi banyak mirip kepada heavy tetapi bila diamati ianya jelas terarah kepada power metal. Secara jujurnya bukanlah shaqmetal nak mengatakan band Raven ini membawa jalur muzik power metal. Lantaran shaqmetalpun tak pasti apakah sebenarnya muzik bawaan mereka kerana shaqmetal cuma mendengar album Semboyan itupun teman shaqmetal dari Singapura yang bagi album tersebut pada shaqmetal, jadi pengamatan shaqmetal sekadar pada album Semboyan, bukan secara keseluruhannya. Mungkin lebih elok band Raven sendiri yang menjelaskan kepada masyarakat metal apakah muzik bawaan mereka.
Sekadar beberapa info untuk kita kongsi bersama, album Semboyanh dari band Raven diterbitkan tahun lalu, 2008 yang memuatkan 8 lagu yang semuanya ok… boleh dihayati antaranya Semboyan, Gelora jiwa, Rahsia dan emosi, Nyalakanlah, Dari buwaiyan, Dunia matiriyal, Bagaikan teori dan Semangat membara. Dari kebanyakan trek tersebut cuba dengar trek 5 lagu Dari buwaiyan, perasaan power metal nampak cukup jelas dalam lagu tersebut.
Album tersebut diterbitkan oleh Zoul dan keseluruhan muzik disusun oleh Zoul dan Raven sendiri. Raven dianggotai oleh Zainal Olum –vokal dan gitar kedua, Khairul ‘Boy’ Anuar – vokal utama dan gitar utama/lead guitar, Zed Zaini - vokal dan gitar kedua dan Razak Mamat – vokal dan dram. Untuk keyboard, Raven menggunakan khidmat pemuzik undangan. Apapun untuk mengetahui lebih lanjut lagi dari pangamatan anda sendiri rasanya elok anda dengar sendiri hasil kerja Raven – Semboyan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan