Unik Dari Timur Tengah
Band dari timur tengah yang berpegang pada sub genre oriental metal
(mendengar pada muzik yang dihasilkan) menerusi
beberapa buah lagu mereka seperti lagu Cihangir, Ground zero pilgrim dan
lagu Caroline. Menurut kenyataan yang tidak dapat dipastikan kesahihannya Al
Qaynah merupakan usaha komposer dan pemuzik dari pelbagai latar belakang
budaya, pegangan dan etnik bagi menyalurkan hasil muzik yang begitu menarik.
Asal mereka ini dari bumi Afghanistan dan mendengar pada muzik bawaan mereka
yang begitu ketara dan kuat sekali pengaruh tanah tumpah darah mereka. Setiap
perincian muzik mereka seakan akan dilakurkan dengan pengaruh timur dan timur
tengah. Visi yang cukup jelas membawa penampilan mereka ialah mengetengahkan pa
yang mereka gelar sebagai ‘Eastern Metal’ dan sesetengah pengemar muzik metal
khasnya di barat mengelarkan bunyi sedemikian sebagai ‘oriental metal’. Apa pun penjelasan yang
telah diberikan hasil bunyi yang digarap oleh Al Qaynah merupakan bunyi unik
metal timur yang penuh dengan elemen-elemen lokal.
Sebahagian juga menyatakan itu sebagai refleksi bunyi ‘urban’ yang digaulkan dengan pengalaman
kemodenan yang lewat dalam masyarakat tanpa meletakkan sempadan sebagai titik
noktah pada hasil bunyi muzik mereka dan ini jelas selain terdapat lakuran
berat elemen timur tengah dimuatkan juga pengaruh India yang cukup ketara.
Tidak dapat dinafikan juga kalau diamati secara terperinci pada muzik mereka
elemen industrial juga terselit di situ. Secara amnya ia menghasilkan bunyi
yang unik dan menarik pada sebuah muzik metal moden. Dengan kata lainnya, frasa seperti ini boleh diletakkan pada apa yang telah
dilakukan oleh mereka ‘..using the
tonalities of the Middle East and India combined with a western base of
monotone droning metal.’
Juga
terdapat info yang menarik untuk
mengaitkan Al Qaynah dengan muzik metal,
meskipun info ini bukanlah sesuatu yang sahih namun bunyinya cukup pelik dan
berat maksudnya. “Konflik antara barat
dengan Islam dan negara-negara dunia ketiga –antara kerajaan di timur dengan
anutan agamanya sendiri, budaya, politik dan etnik minoriti – antara kerakusan
kapitalis dengan kesengsaraan sosial dan
patologi budaya telah menyuntik idea serta motivasi untuk memberikan semangat
dan tenaga bagi Al Qaynah berkarya.”
Projek yang
diusahakan oleh Al Qaynah juga dilihat sangat genting lantaran projek tersebut
juga sebagai simbol dan pengharapan pada ilusi yang berkemungkinan akan ujudnya
kedamaian dan tolak ansur, kerjasama antara umat manusia di dunia sejagat.
Bunyinya terlalu besar namun dengan usha yang kecil oleh Al Qaynah
mudah-mudahan impian untuk sebuah dunia yang aman damai akan ujud… Aminnnn.
Nota
Nama ahli band Al Qaynah belum dapat
dipastikan keseluruhannya shaqmetal Cuma dapat cungkin nama vokalis
untuk lagu Caroline iaitu Leila Bounous. Kiranya anda mempunyai detail
atau info lain tentang Al Qaynah tolong kongsikan bersama dengan shaqmetal dan
peminat yang lain. Drop pada ruangan
komen atau just email pada shaqmetal@rock.com.
Terima kasih.