Korpiklaani…. Suku kaum hutan yang unik
Dalam bahasa melayu kita boleh tafsirkannya menjadi suku atau kaum hutan namun dalam bahasa Inggerisnya bermaksud ‘Forest Clan’ atau ‘ Clan of the wilderness’. Mungkin juga kita masih tertanya-tanya apa ‘Forset Clan’ atau Clan of the wilderness’. Tapi bila disebut Korpiklaani mungkin juga sebahagian dari kita tahu dan kenal akan Korpiklaani – dalam bahasa Finland bermaksud ‘Forset Clan’ atau Clan of the wilderness’ – dalam bahasa Inggeris.
Korpiklaani adalah band folk metal yang berasal dari Finland yang bangkit dari jelmaan Shaman. Korpiklaani direalisasikan oleh ‘mastermind’ Korpiklaani, Jonne Jarvela pada tahun 2002 setelah dikenali dengan nama Shaman awal penubuhannya dalam tahun 1993.
Shaman
Awal pembabitannya, Shaman telah merakamkan lagu dalam bahasa suku kaum Sami dan menggunakan elemen muzik tradisional kaum sami secara meluas seperti sharmanic drum, yoik dan hummpa. Shaman sepanjang penubuhannya tidak mempunyai barisan pemuzik yang kekal selain tenaga utamanya Jonne Jarvela. Antara pemuzik yang pernah menjadi gabungan dalam Shaman selain Jonne Jurvela ialah Samu Ruotsalainen, Hosse Latvala, Veera Muhli, Toni Naykki, Henri “Trollhorn” Sorvali, Janne G’thaur, Tero Piirainen, Juke Erakangas dan Ilkka Kilpelainen.
Shaman telah mengeluarkan rakaman demo sinlge pertama berjudul Odda Mailbmi (New World) dan merakamkan album penuh pertama berjudul Idja (Night) dalam tahun 1999. Album terakhir Shaman, Shamaniac dikeluarkan dalam tahun 2002 telah memperkenalkan Korpiklaani yang sebenar.
Dalam tahun 2003 Jonne Jarvela telah membubarkan Shaman dan menubuhkan Korpiklaani secara rasmi. Namun sejarah awal penubuhan Korpiklaani bermula 2002 lagi ketika pembikinan album Shamaniac, Sharman.
Shaman merupakan ekspresi kegilaan muzik Jonne Jarvela dan ianya tidak akan berubah dalam Korpiklaani dan kegilaan itu akan berterusan.
Korpiklaani
Menurut tonggak utama selaku vokalis dan gitaris Korpiklaani, Jonne Jarvela, aliran muzik Korpiklaani terhasil dari imaginasi Jonne pada perubahan gaya muzik yang berkarekter lebih berat dengan pengaruh elemen muzik tradisional Finland bermelodikan folk metal dengan gabungan instrumen misteri yang menarik. Ini menjadikan Korpiklaani sebuah band hummpa folk metal yang unik dan menarik dengan gabungan instrumen tradisional kaum Sami seperti violin, seruling, yoik, trollhorn, sharmanic drum, jouhikko, woodwinds, accordion, percussion selain instrumen tipikal rock.
Menurut Joanne Jarvela muzik Korpiklaani seakan-akan ‘old people’s music’ dengan gitar heavy metal. Ini menjadikan muzik Korpiklaani suatu muzik lain dari yang lain lantaran pengaruh persekitaran dan kolaborasi dengan band seperti Fintroll menjadikan elemen folk pada Korpiklaani begitu unik. Kolaborasi Korpiklaani dan Fintroll direalisasikan menerusi Samu Ruotsalainen dari band Fintroll menjadikan pemain drum undangan untuk album Spirit of the forest dan Jarvela menyumbangkan yoiking untuk album Jaktens Tid. Selain itu kerjasama antara Korpiklaani dan band rock etnik Finland, Poropetra. Hittavainen dari Korpiklaani memainkan alatn muzik untuk Poropetra manakala Juha Jyrkäs dari Poropetra menulis semua lirik dalam bahasa Finland untuk Korpiklaani. Juha Jyrkas juga bermain instrument kantele untuk Korpiklaani dalam dua lagu Kädet siipinä dan Tuli kokko.
Korpiklaani dibarisi pemuzik yang unik seperti Jonne Jarvella (vocal / gitar), Kalle “Cane” Savijarvi (gitar), Jarkko “Hittavainen” Lemmentty (violin / jouhikko / woodwinds), Juho “JuhoKusti” kauppinen (accordion) dan Matti “Matson” Johansson (drum).
Muzik bawaan Korpiklaani lebih mengarah kepada semangat kenegerian, Finland dan mereka tidak takut dilabel sebagai band “yokels” yang mendiami kawasan hutan. Korpiklaani mendapat inspirasi dari keadaan persekitaran seperti yang dipertaruhkan dalam album hits mereka Spirit Of The Forest, 1993. Album tersebut juga mendapat jolokan album Seni Folk Metal Finland.
Dengan irama folk metal yang unik, misteri dan menarik serta gubahan melodi “humppa”yang mampu menarik pendengar untuk menari bersama dan memberi spektra refleksi pada Seni Folk Metal Finland ini.
Album dan demo
Album pertama Korpiklaani berjudul Spirit Of The Forest dikeluarkan dalam tahun 2003 kemudian album keduanya, Voice Of The Wilderness dikeluarkan dalam tahun 2005. Setahun kemudian Korpiklaani muncul pula dengan album ketiga mereka berjudul Tales Along This Road, manakala dalam tahun 2007 album Tervaskanto pula telah menemui peminat Korpiklaani.
Album Tervaskanto menyajikan melodi dan elemen stail folk metal yang lebih menarik. Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album tersebut lebuh bertenaga, catchy dan sangat melodic. Menerusi album Tervaskanto cuma dua buah lagu dalam bahasa Inggeris iaitu lagu Let’s Drink dan lagu Misty Fields. Gabungan kemahiran yang unik dalam permainan instrument tradisional yang asli, vocal yang garau dan kasar, melodi yang asli, lirik yang unik dan baik, bertenaga dan menyeronokkan menjadikan Tervaskanto mendapat perhatian luarbiasa dari peminat folk metal.
Dengan sokongan peminat setia Korpiklaani dan pengikut folk metal menjadi inspirasi pasa Korpiklaani untuk mencipta lebih banyak lagi lagu yang unik, tradisional, asli dan menarik menerusi melodi folk metal bawaan mereka yang tersendiri. Maka dengan inspirasi peminat Korpiklaani itu jugalah album kelima Korpiklaani, Korven Kuningas yang bermaksud “The King Of The Woods” akan menemui peminat Korpiklaani pada Februari 2008.
Single dari album Korven Kuningas, Keep On Galloping juga telah menemui peminat Korpiklaani secara ekslusif 14 Februari 2008, memuatkan dua buah lagu iaitu Keep On Galloping dan Paljon on Koskessa Kivia .
2009, Korpiklaani telah tampil dengan album terbaru yang berjudul Karkelo(dalam bahasa inggeris ‘Party’). Karkelo diriliskan pada 26 Jun 2009 dibawah label Nuclear Blast Records, memuatkan 13 buah lagu antaranya Vodka, Erämaan Ärjyt, Isku Pitkästä Ilosta, Mettänpeiton Valtiaalle, Juodaan Viinaa, Uniaika, Kultanainen, Bring Us Pints of Beer, Huppiaan Aarre, Könnin Kuokkamies" (Digipak bonus track), Vesaisen Sota, Sulasilmä, Kohmelo.
Korpiklaani memulakan rakaman album Karkelo pada 15 Februari 2009. Drum untuk lagu dalam album tersebut dirakamkan di Pentrax Studio yang terletak di Hollola dan instrument lainya dirakamkan di Grooveland Recording Studio, Lahti. Untuk album Karkelo, Korpiklaani telah mengeluarkan single berjudul ‘Vodka’.
Selain tampil dengan 6 album dan dua single Korpiklaani juga telah menerbitkan 7 video iaitu Wooden Pints (2003), Hunting Song (2005), Kadet Siipina (2005), Beer Beer (2005), Happy Little Boozer (2006), Tervaskanto (2007) dan yang terbaru Vodka(2009). Bersekali dengan album Tervaskanto, Korpiklaani juga telah menerbitkan DVD Bonus (Live di Wacken Open air 2006) yang memuatkan sebelas buah lagu terbaik Korpiklaani.
Sepanjang 2007 Korpiklaani telah mengadakan sebanyak 61 gigs di United Kingdom, Scotland, Netherland, Sweden, Belgium, Peranchis, Switzerland, Italy, Slovenia, Austria, Hungary, Croatia, Republik Czech, Poland, Helsinki, Jepun, Finland, Spain, Latvia, Estonia, Russia, Poland dan gigs yang terakhirdalam tahun 2007 telah diadakan di Alte Brauerei, Annaberg, Jerman.
Untuk 2008 beberapa lokasi telah dikenalpasti antaranya ialah Evijarvi, Finlandi – Janruari 2008, Finish Metal Expo di Helsinki Finland – Februari 2008, Bang Your Head Festival di Balingen, Jerman – Jun 2008, Tuska Open Air Metal Festival di Helsinki, Finland – Jun 2008 dan juga di Atarfe / Granada, Sepanyol – Jun 2008. Sepanjang 2008 banyak tempat yang telah dilawati Korpiklaani untuk konsert dan persembahan baik melibatkan band lain dan Korpiklaani secara solo.
Sepanjang 2009 lalu antara tempat yang telah dikunjungi Korpiklaani untuk konsert ialah Finland sendiri, seluruh Amerika Syarikat, seluruh Canada, seluruh Jerman, Romania, Ukraine, Hungary, Republik Czech, Netherland, Poland, Portugal, Peranchis, Belgium, Switzerland, Hungary, Austria, Italy dan Israel.
Menjelang sahaja 2010 Korpiklaani terus mengorak langkah untuk terus menguasai muzik folk metal global.Untuk tahun 2010 Korpiklaani akan mengadakan Paganfest UASA/Canada Tour kedua mereka dan disusuli rancangan untuk Tour Amerika Selatan yang dijadualkan dalam bulan Mac 2010. Dalam tahun ini, 2010 juga Korpiklaani akan masuk studio semula untuk kerja-kerja rakaman album terbaharu mereka yang masih dirahsiakan judulnya… kita nantikan bersama buah tangan terbaru dari Korpiklaani dalam tahun ini(2010).