Jumaat, 4 Disember 2009
Design Your Universe - EPICA
Design Your Universe merupakan produk terbaru dari Epica yang telahpun diriliskan pada Oktober 2009. Ini merupakan album studio yang keempat Epica. Sebelum ini Epica pernah menghasilkan album seperti The Phantom Agony (2003), Consign to Oblivion (2005) dan The Divine Conspiracy (2007). Selain itu mereka juga pernah menerbitkan beberapa siri album kompilasi seperti We Will Take You With Us (2004), The Score - An Epic Journey (2005), The Road to Paradiso (2006) dan The Classical Conspiracy (2009).
Epica band symphonic metal yang berasal dari Netherland sebelum menggunakan nama Epica lebih dikenali dengan nama Sahara Dust. Antara EP dan single yang pernah dikeluarkan untuk album-album Epica ialah The Phantom Agony (2003), Feint (2004), Cry for the Moon (2004), Solitary Ground (2005), Quietus (Silent Reverie)(2005), Never Enough (2007), Chasing the Dragon (2008) dan Unleashed (2009). Manakala untuk video muzik, mereka telah menerbitkan video antaranya The Phantom Agony (2003), Feint (2004), Solitary Ground (2005), Quietus (2005), Never Enough (2007) dan Unleashed (2009).
Sebagai hasil pertama untuk mem[erkenalkan Epica mereka pernah menghasilkan demo yang berjudul Cry for the Moon dalam tahun 2002.
Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album Design Your Universe ialah ;
01 - Samadhi ~ Prelude
02 - Resign to Surrender ~ A New Age Dawns - part IV
03 - Unleashed
04 - Martyr of the Free Word
05 - Our Destiny
06 - Kingdom of Heaven ~ A New Age Dawns - part V
07 - The Price of Freedom ~ Interlude
08 - Burn to a Cinder
09 - Tides of Time
10 - Deconstruct
11 - Semblance of Liberty
12 - White Waters
13 - Design Your Universe ~ A New Age Dawns - part VI
14 - Incentive (Bonustrack)
Ahli terkini Epica
Simone Simons – mezzo-soprano vokal
Mark Jansen – guitar, grunts, screams
Isaac Delahaye – gitar
Yves Huts – bass gitar
Coen Janssen – synthesizer, piano
AriĆ«n van Weesenbeek – dram
Rabu, 2 Disember 2009
Al Farabi Band
Yang unik dan berbeza dari Al Farabi Band...
Ahli band;
Nasaie - vokalis
Nazrie - gitar utama
Niezam - bass
Syukry - penyanyi latar / percussion
Riena - gitar
Samuel - keyboard
Abdullah - drum
Al Farabi Band merupakan pendatang baru dalam dunia rock tempatan. Mereka tampil dengan konsep yang unik berbanding band rock yang lain. Sesuai dengan nama band tersebut konsep mereka lebih terarah kepada keagamaan. Bersesuaian dengan nama band Al Farabi adalah diambil dari nama seorang ilmuan islam yang terkenal iaitu ABU AL-NASR AL-FARABI. Al Farabi merupakan seorang ilmuan yang banyak menyumbang dalam bidang sains, falsafah, sosialogi, perubatan, matematik dan muzik. Konsep keagamaan, ketuhanan dan nasihat cukup jelas menerusi lirik setiap lagu yang dimuatkan dalam mini album mereka. Namun mendengar pada muzik bawaan mereka jelas muzik tipikal rock tidak mampu di sembunyikan Cuma mungkin stail muzik mereka diolah sedikit untuk menyesuaikan bunyi dengan lirik dan konsep bawaan mereka. Secara keseluruhan mini album ini hasilnya kurang memuaskan kalau kita dengar mixing dan imbangan muzik mereka. Apa yang dihasilkan terdengar masih raw(mentah) dan perlu diperhalusi lagi untuk mendapatkan bunyi yang lebih mantap. Kualiti vokal kalau kita amati bunyi harmoni masih boleh diperhalusi lagi. Apapun ini merupakan satu percubaan yang cukup baik dan berani dari Al Farabi Band kerana berani mengusulkan konsep album kegamaan yang jelas. Bukan sebelum ini tiada lagu sebegini seperti lagu dari band Wings – Bernafas dalam lumpur, Hijau bumi tuhan dari XPDC, dari album nasyid kumpulan Mestica lagu Badar 313. Al Farabi tampil dengan berpakaian mengikut lunas-lunas Islam yang mana menereka mengunakan serban dan pemain gitar wanitanya bertudung. Ini merupakan sesuatu yang unik dan agak baru dalam dunia rock tempatan. Mini album Al Farabi Band memuatkan 5 buah lagu iaitu ;
1. Never turn back (Instrumental)
2. Amanat
3. Searching the truth
4. Evolusi
5. Sunnah berjuang.
Labels:
abdullah,
al farabi,
al farabi band,
amanat,
evolusi,
nasaie,
nazrie,
never turn back,
niezam,
riena,
samuel,
seaching the truth,
sunnah berjuang,
syukry
Langgan:
Catatan (Atom)