Logo Design by FlamingText.com

Isnin, 13 April 2009

Score To The New Begining - Album Baharu Fairyland



Score to the New Beginning album terbaharu Fairyland bakal dirilis dalam waktu terdekat. Album dari band yang berasal dari Nice Peranchis itu akan memuatkan 10 buah lagu antaranya seperti berikut;
"Opening Credits"
"Across The Endless Sea Part II"
"Assault On The Shore"
"Master Of The Waves"
"A Soldier's Letter"
"Godsent
"At The Gates Of Morken"
"Rise Of The Giants"
"Score To A New Beginning"
"End Credits"
Ini merupakan album studio ketiga band symphonic power metal ini setelah mereka tampil dengan album Of Wars in Osyrhia (2003), The Fall of an Empire (2006) dan demo Realm of Wonders (2000). Album ini akan dirilis 21 April 2009 (Japan & rest of Asia), 29 April 2009 (Finland & Spain), 30 April 2009 (Germany, Austria, Switzerland, Benelux, France, Italy, Sweden) 4 May 2009 (Rest of Europe) dan 19 May 2009 (US & Canada).


* Ini bukan video sebenar untuk lagu The fall of an empire (Fairyland)

Album Eksklusif Dan Pencarian Pemain Bass Baharu Edenbridge


Exdenbridge yang telah menghasilkan album My Earth Dream tahun lalu kini bakal menghasilkan koleksi lagu-lagu semasa konsert mereka sepanjang 2008. Album yang diberi judul My Live Dream secara eksklusif akan dirilis pada 27 April 2009 ini. Album yang dikeluarkan dalam edisi khas itu Cuma dicetak sebanyak 1000 keping sahaja dan tidak akan terdapat dimana-mana. Ianya boleh dipesan melalui fanshop band Edenbridge.

Pencarian pemain bass baru Edenbridge…

Bassist Edenbridge, Frank Bindig mengambil keputusan untuk meninggalkan Edenbridge lantaran beliau ada projek tersendiri. Kini tinggal Sabine Edelsbacher – vocals (1998–present), Lanvall – guitar dan keyboards (1998–present) dan Max Pointner - drums (2008) sahaja mengendalikan Edenbridge.

DSO Terbit Album Baharu Penghujung Tahun 2009


Diablo Swing Orchestra(DSO), band yang tampil dengan sub genre Avant-garde metal ini berasal dari Sweden telah menghasilkan sebuah EP yang berjudul Borderline Hymns – EP (2003) dan album studio - The Butcher's Ballroom (2006). Stail muzik yang dibawakan DSO (Diablo Swing Orchestra) ini mengabungkan muzik symphonic metal dan operatic metal menjadikan muzik bawaan DSO sesuatu yang unik untuk didengar. Band yang dianggotai oleh Daniel Håkansson, Pontus Mantefors, Annlouice Loegdlund, Andy Johansson, Johannes Bergion dan Andreas Halvardsson ditubuhkan dalam tahun 2003. DSO bakal hadir dengan album baharu mereka pada suku keempat tahun 2009 untuk album yang berjudul Sing-Along Songs for the Damned & Delirious (2009).
Anggota DSO;
Daniel Håkansson – gitar dan vokal
Pontus Mantefors – gitar dan fx
Annlouice Loegdlund – vokal
Andy Johansson – bass
Johannes Bergion – cello
Andreas Halvardsson – drum

Lacuna Coil - Shallow Life (Album baharu)


Setelah menghasilkan album Karmacode dalam tahun 2006 band gothic metal dari Milan, Italy, Lacuna Coil berdiamkan diri seketika. Namun menjengah 2009 Lacuna Coil hadir dengan album studio yang kelima iaitu – Shallow Life. Album yang diterbitkan oleh Don Gilmore menurut lacuna Coil mempunyai sedikit pengaruh Arab. Menurut vokalis mereka Christina Scabbia, untuk album ini ada sedikit perbezaan atau kelainan tetapi ianya tetap mereka, Lacuna Coil. Untuk album ini lagu-lagu yang dimuatkan lebih menjadi – powerful, lebih lengkap dan lebih jelas dan terarah. Vokal pula lebih prominen dan chorus untuk lagu dalam album ini lebih kuat dimana peminat akan dapat mengaitkan dengan apa yang dimaksudkan. Album akan dirilis dipasaran Italy, Germany, Austria, Switzerland dan Benelux pada 17 April 2009, di United Kingdom, France, Greece, Denmark dan Norway pada 20 April 2009, di Amerika Utara , Spain dan Portugal pada 21 April 2009, Sweden, Finland dan Hungary padxa 22 April 2009 dan di Jepun pada 20 April 2009.
Antara lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ialah;
1. "Survive" 3:34
2. "I Won’t Tell You" 3:47
3. "Not Enough" 3:40
4. "I’m Not Afraid" 3:22
5. "I Like It" 3:42
6. "Underdog" 3:40
7. "The Pain" 4:00
8. "Spellbound" 3:21
9. "Wide Awake" 3:51
10. "The Maze" 3:38
11. "Unchained" 3:22
12. "Shallow Life" 4:00
Lagu bonus
13. "Oblivion" 4:09


*Lagu ini bukan dari album Shallow life, Lacuna Coil.

New Shores - Album Baharu Lunatica



New Shores - merupakan album terbaharu dari band symphonic / melodic progressive metal dari Suhr, Switzerland. New Shores yang telah dirilis pada 27 Februari 2009 yang baru lalu merupakan album studio penuh keempat dari band Lunatica. Antara album studio penuh yang pernah dihasilkan oleh Lunatica ialah Atlantis (2001, Frontiers Records), Fables & Dreams (2004, Frontiers Records) dan The Edge of Infinity (2006, Frontiers Records).
Antara lagu yang terkandung dalam album New Shores ialah;
New Shores - 5:19
Two Dreamers - 4:19
How Did It Come to This - 3:56
The Incredibles - 3:55
My Hardest Walk - 5:59
Farewell My Love - 4:23
The Chosen Ones - 5:17
Heart of a Lion - 3:52
Into the Dissonance - 4:11
Winds of Heaven - 3:52
The Day the Falcon Dies - 5:00


* Lagu ini bukan dari album terbaru 'Lunatica New Shores'.

Album Baharu Amberian Dawn - The Clouds Of Northland Thunder




Band Symphonic power metal yang berasal dari Finland, Amberian Dawn bakal tampil dengan buah tangan terbaharu mereka - The Clouds of Northland Thunder yang memuatkan 12 lagu. Album stdio penuh kedua Amberian Dawn tersebut akan dirilis pada 13 Mei 2009 depan.
Antara lagu yang dimuatkan dalam album The Clouds of Northland Thunder ialah seperti berikut;
1. He Sleeps in a Grove (3:20)
2. Incubus (5:03)
3. Kokko- Eagle of Fire (3:17)
4. Willow of Tears (4:10)
5. Shallow Waters (3:38)
6. Lost Soul (3:43)
7. Sons of Seven Stars (3:43)
8. Saga (4:06)
9. Snowmaiden (3:45)
10. Lionheart (3:43)
11. Morning Star (4:36)
12. Birth of the Harp (4:06)
Amberian Dawn ditubuhkan dalam tahun 2006 oleh Tuomas Seppälä, Sampo Seppälä and Tom Sagar. Antara anggota lain band Amberian Dawn ialah Heidi Parviainen – vocals, Tuomas Seppälä – gitar utama dan keyboard, Tommi Kuri – bass, Emil Pohjalainen – gitar, Joonas Pykälä-Aho – drum dan Kasperi Heikkinen -gitar.

Jumaat, 10 April 2009

Leaves’ Eyes bakal tampil dengan album baru


Band yang pernah menghasilkan album Lovelurn dalam tahun 2004 dan album Vinland Saga dalam tahun 2005 bakal hadir dengan album baharu dalam tahun ini(2009). Setelah berehat panjang Leaves’ Eyes merancang untuk hadir dengan album terbaru yang berjudul Njord. Album yang bakal diberi judul Njord itu akan menemui peminat yang ternanti-nantikan hasil terbaru Leaves’ Eyes masih belum dipastikan bila akan dirilis. Lagu-lagu yang bakal dimuatkan dalam album tersebut juga masih menjadi rahsia. Nantikan kemunculan album Njord 2009. Band Symphonic Gothic Metal yang berasal dari Ludwigsburg, Germany dan Stavanger, Norway ini ditubuhkan oleh suami Liv Kristine vokalis Leaves’ Eyes iaitu Alexander Krull dan ahli bandnya Atrocity.
Band symphonic gothic metal ini mengabungkan elemen-elemen folk dari Norway dan Jerman dan ditubuhkan dalam tahun 2003 sejurus sahaja Liv Kristine keluar dari band Theatre of Tragedy. Selain itu elemen seperti atmospheric, metal dan klasikal juga disatukan dalam gaya muzik dan lagu Leaves’ Eyes.
Ini menjadi lebih unik dengan vokal Liv Kristine, vokalis utama Leaves’ Eyes sesekali di bantu oleh backed up vokal dengan vokal death grunt oleh Alexander Krull .
Uniknya nama band Leaves’ Eyes ialah ianya diambil dari nama Liv Kristine iaitu Liv (Leaves’) dan leaves pula ada hubungkait dengan alam semulajadi yang mana ianya menjadi sumber inspirasi Liv Kristine untuk menulis semua lirik lagu untuk band Leaves’ Eyes.

Leaves’ Eyes dianggotai oleh
Liv Kristine Espenaes Krull (vokalis)
Alexander Krull (vokalis)
Thorsten Bauer(gitar),
Mathias Roderer(gitar),
Alla Fedynitch(bass)
Seven Antonopoulus(drum)

Album Studio
Lovelorn (2004)
Vinland Saga (2005)
Njord (2009)

Single dan EP
Into Your Light (Single, 2004)
Elegy (Single/EP, 2005)
Legend Land (EP, 2006)
We Came with the Northern Winds - En Saga I Belgia (CD/DVD, 2009)

Videos
"Into Your Light" (2004)
"Elegy" (2005)
"Ein letztes Mal" (2007) *Umbra et Imago Cover*


*Elegy adalah lagu dari album terdahulu Leave's Eyes.